Saturday, April 3, 2010

Mari minum arak ramai-ramai


oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Tulisan saya ini adalah kepada masyarakat diluar sana yang beragama Islam.

Keputusan Sultan Pahang semalam yang menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika kepada kerja-kerja kemasyarakatan sangat membimbangkan saya.

Bagi ahli yang memperjuangkan isu-isu kewanitaan mungkin berpuas-hati dengan alasan nilai-nilai 'kemanusiaan' untuk mengubah hukum tersebut.

Kita boleh lihat beberapa kesan yang bakal berlaku :

1. Keputusan tersebut secara rasminya telah menghalalkan aktiviti minum arak kepada orang beragama Islam di Malaysia.

2. Institusi kesultanan bakal menjadi kuasa paling besar memutuskan hukuman tanpa mengambil-kira keputusan mahkamah. Selepas daripada ini, sesiapa yang ingin meminum arak boleh mendapatkan restu dari Sultan.

3. Orang Islam boleh meminum arak, tetapi perlu memastikan ada hubungan yang baik dengan 'orang-orang besar' untuk membawa misi kemanusiaan apabila dijatuhkan hukuman sebat kelak.

4. Kenyataan mufti Perak, Dato' Seri Harussani tidak menggambarkan seorang ulama apabila mengatakan hukuman tersebut boleh dipinda kerana bukan hukum Hudud. Sepatutnya beliau awal-awal lagi sudah membangkang hukuman sebat enam kali itu jika benar ia bukan hukuman Hudud. Beliau cuba mencelarukan masyarakat Islam.

5. Selepas ini tidak perlu lagi menggunakan saluran mahkamah untuk menjatuhkan keputusan, kerana institusi kehakiman sudah tidak lagi berguna dan dipercayai.

Apalah yang zalimnya dan tidak perikemanusiaannya hukuman sebat itu? Sudahkan mereka melihat bagaimana prosedur sebatan syariah?

Jika kemanusiaanlah ukurannya, adalah lebih baik menukarkan hukuman sebat sivil yang saya kira lagi dahsyat berbanding sebatan syariah.

No comments: