Alhamdulillah, lima hari beturut-turut pimpinan mahasiswa Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) turun roadshow bersama masyarakat kampus, mendengar luahan masalah, menerima pelbagai cadangan yang membina, tak tertinggal juga kritikan serta nasihat yang telus dan baik. Semuanya kami (MPMUM) menerima dengan hati yang sangat terbuka dan bersedia untuk melaksanakan dan melakukan perubahan.
Seorang mahasiswi berkata pada saya: “Harap sangat-sangat MPMUM dapat bantu kami kurangkan harga makanan. Kami bukan bekerja yang bergaji, kadang-kadang duit pinjaman tak cukup lepas tolak perbelanjaan kolej dan akademik. Saya keluarga susah..”
Tersentuh saya, lalu menjawab: “Insya Allah dik, kami akan cuba sedaya-upaya. Kebajikan student adalah segala-galanya bagi kami.” Satu pengharapan dan janji yang mengubat lagi saya.
Medan Tarbiyah Allah
Turun naik Pejabat HEP (Hal Ehwal Pelajar) adalah satu perkara yang lumrah buat MPMUM. Minggu lepas sahaja, saya beberapa kali naik-turun. Sahabat saya Fadzil, exco Kolej Kediaman dan Luar Kampus, hampir setiap hari ke HEP kerana selesaikan isu kolej 4, 10 dan 12. Ayuni, setiausaha MPM, lepas sahaja kelas terus ke HEP selesaikan perkara-perkara secretariat. Tak tahulah berapa kali ulang-alik, mungkin lebih banyak. Sahabat saya, YDP, Ridzuan, lagi banyak. Dengan perjumpaan kolej-kolej, pentadbiran, jemputan-jemputan mahasiswa yang mahu masalah diselesaikan dan macam-macam lagi. Itu tidak masuk lagi kerenah birokrasi HEP yang melambatkan serta melembabkan gerak kerja kami. Saya tak tahu nak kata apa, hanya Allah sahaja yang balas jasa-jasa mereka ini.
Cuma satu sahaja yang kami impikan. Dalam rentas penat lelah untuk memenuhi segala kehendak dan menyelesaikan masalah masyarakat kampus. Hanyalah segugus doa dari kalian buat kami tabah dan istiqomah dalam perjalanan ini. Kami yakin, hanya dengan doa dan pertolongan Allah segala-galanya pasti berlaku. Buat yang mengharap, pendokong-pendokong kami, penyokong-penyokong dan seluruh mahasiswa, kami akan lakukan yang terbaik dengan kemampuan yang kami ada.
1 comment:
Salam~~!
Birokrasi di HEP adalah sistem pengurusan yang disediakan. Jangan terlalu pesimis...
Harap diadakan lebih banyak pertemuan dan dialog bersama mahasiswa~
**MPMUM bukan PMIUM~
Post a Comment