Hari ini saya terpaksa mengkritik lagi tindakan beberapa pemimpin PAS. Ini kerana saya sayangkan PAS.
Saya memohon maaf, seandainya saya menafsirkan tindakan PAS mengadakan Seminar Politik baru-baru ini sebagai tindakan yang tidak tepat. Dan sikap masih ada segelintir pemimpin PAS yang tidak dapat 'menerima hakikat' persepsi rakyat kepada mereka, seakan membawa PAS u-turn ke arah yang semakin jauh dari landasan politik Malaysia.
Saya masih optimis, PAS merupakan satu-satunya parti yang bakal menjadi 'goverment in waiting' kepada kerajaan BN yang ada sekarang ini. Saya masih optimis.
Ini kerana, saya yakin PAS adalah sebuah parti yang paling lama bertahan dan bergelumang dengan cabaran, memiliki keahlian yang terbesar, serta sistem tarbiyah yang menjadi tunjang kekuatan ahli-ahlinya. Itu tidak dinafikan.
Saya menjangkakan perlunya pemimpin yang boleh menggantikan 'bahtera PAS' jika PAS mahukan masa depan mereka lebih baik.
Kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi (TGHH)
Saya tidak mempertikaikan kewibawaan TGHH serta kewarakan beliau. Malah keilmuannya disanjung tinggi. Saya dan seluruh rakyat Malaysia sangat menyayanginya sebagai ulama yang telah banyak berbakti kepada masyarakat, mencorak negara dalam jatuh bangunnya perjuangan Islam.
Namun, saya semakin tidak jelas, bahawa TGHH mampu memimpin sebuah gerakan politik sebesar PAS dalam jangka masa sekarang, yang berhadapan dengan kemelut politik yang sangat kritikal dan permasalahan dalaman PAS.
Hakikatnya, dalam banyak keputusan-keputusan TGHH akhir-akhir ini dilihat tidak tepat dan kurang tegas dalam menyelesaikan masalah dan beliau sebagai seorang pemimpin politik!
Apakah dengan isu sebesar Kerajaan Perpaduan yang berlaku, hanya diakhiri dengan ungkapan "Kita tutup pintu perbincangan" Itu sahaja?
Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)
Berbanding TGNA yang dilihat hari demi hari semakin licik dan pantas dalam berpolitik dan memimpin negerinya. Walau beliau dilihat seperti kurang sihat dan sering kali ke IJN.
Buktinya, bagaimana kerajaan negeri Kelantan pimpinan beliau, tegas membuat keputusan terhadap Wang Royalti yang dirampas kerajaan BN. Katanya: "Kita batalkan sahaja MOU Kelantan dengan Petronas". Noktah. Tegas, tajam dan tepat!
Dan saya pasti kerajaan BN kini tercungap-cungap dengan keputusan ini.
Game politik UMNO dan cabaran mendatang PAS
Apakah TGHH perlu bermain dengan game politik UMNO tanpa satu prinsip dan keputusan yang tegas dalam isu sekritikal Kerajaan Perpaduan?
Justeru, apakah juga munasabah ia diselesaikan dengan hanya mengadakan Seminar Politik selama lapan jam, lalu ketika itu pembentang yang cuba ingin menyelamatkan PAS teruk dihentam dan dikritik?
Di hadapan PAS kini bakal menghadapi satu situasi yang tidak terduga. Sama ada ahli-ahlinya sedar dan segera menyelamatkan PAS daripada tergelincir, atau terus sayang dan kekalkan segelintir pemimpin yang bertindak cuba mengkhianati prinsip PAS demi Melayu Islam.
Mohon semua ahli-ahli dan pemimpin berfikir semula dan buat pertimbangan yang tepat!
1 comment:
salam perkenalan...
mulanya mf jika pandangan saya ini kurang menepati pandangan saudara...bagi saya bila berjejak dalam perjuangan harakah Islamiah antara aspek yang perlu di ambil kira adalah 'siqah' kepada pimpinan...kita mungkin tahu ruang lingkup di luar sahaja...berita2 yang kita perolehi melalui media massa sahaja...perbincangan dalaman pimpinan di pihak MT,exco,bahagian pusat,cawangan dan dll tidak pula di war-warkan secara terperinci di massa...
perti PAS pasti ada solusinya tersendiri...cuma rakyat tergopoh gapah nak jawapan akhir,nokhtah...dan antara elimen penting perlu ada pada setiap pendokong & penyokong PAS adalah berlapang dada...insyallah ada jalan penyelesaiannya...
sekadar pandangan
Post a Comment