Thursday, December 2, 2010

PAS dan keperluan pimpinan muda

oleh : Mohd Aizat bin Mohd Salleh

PRU-13 semakin dekat. Isyarat awalnya sudah lama berbunyi melalui parti-parti kerajaan terutama UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN).

Menurut pengalaman pemimpin parti yang sudah lama melalui pilihan raya, kebiasaan sesebuah parti mengambil sekurang-kurangnya tempoh sepuluh (10) bulan untuk mempersiapkan jentera, kepimpinan dan menyelesaikan permasalahan dalaman parti sebelum menjadi benar-benar bersedia menghadapi pilihan raya.

Jika bagi parti pembangkang (PAS-PKR-DAP) yang mempunyai jentera parti yang terhad, mungkin mengambil tempoh yang lebih lama sehingga lapan belas (18) bulan.

Paling jelas adalah pengumuman Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Razak yang mahu menumpukan kepada pemulihan dalaman UMNO dalam tempoh terdekat serta resolusi Perhimpunan Agung UMNO yang mahu turun secara aktif kepada cawangan-cawangan.

PAS dan pimpinan muda

PAS perlu cepat dan pantas membariskan serta mengenengahkan pemimpin-pemimpin mudanya terutamanya di dalam kepimpinan parti dan calon pilihan raya.

Jika meneliti sirah peperangan Nabi s.a.w, Baginda membenarkan bagi tentera muslimin yang memiliki uban di rambut dan janggut untuk memakai inai. Ini supaya tentera yang melihat gerombolan tentera muslimin semuanya muda-muda dan gagah belaka. Peperangan adalah tipu daya.

Ini isyarat dari Nabi s.a.w agar panglima serta pemimpin muda sangat penting diletakkan sebagai barisan paling hadapan. Jika dalam konteks pilihan raya adalah calon-calonnya.

PAS tidak ketandusan pemimpin muda, malah banyak. Tetapi lambat serta kurang diketengahkan.

Lupakan sama ada ia dari aliran (sekolah) profesional mahupun ulama, yang penting ia mesti dikehadapankan dahulu.

PAS mempunyai pemimpin muda yang lama dan berpengalaman seperti Salahuddin Ayub (Naib Presiden serta MP Kubang Kerian), Dato Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS dan MP Bukit Gantang) disamping barisan Dewan Pemudanya.

Dato Husam Musa yang juga berpengalaman memasuki parlimen dan sekarang menerajui Kelantan juga wajar diketengahkan. Selain itu, ahli akademik yang dimiliki PAS juga mesti diketengahkan seumpama Dr Zuhdi Marzuki pensyarah fakulti Sains daripada Universiti Malaya.

PAS juga memiliki calon profesional yang ramai seumpama Dr Zulkefli Ahmad (MP Kuala Selangor) serta Dr Lo'Lo' Ghazali (MP Titiwangsa). Disamping pemimpin multi-racial seperti Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mereka ini perlu diangkat di dalam kepimpinan terlebih dahulu yakni melalui muktamar kepimpinan parti, seterusnya menjadi calon-calon berwibawa PAS di dalam pilihan raya.

Isu dan faktor calon muda

Ini kerana rata-rata pengundi yang bakal mengundi pada PRU 13 akan datang adalah daripada kelompok anak-muda.

Anak muda adalah generasi yang agresif, efektif dan aktif. Bila-bila masa boleh berubah dan cepat membuat perubahan berasaskan isu dan kefahaman mereka.

Isu anak muda banyak hari ini. Misalnya peluang pekerjaan, isu PTPTN bagi mahasiswa, sosial dan sebagainnya.

Penulis pernah mengikuti projek kajian persepsi pengundi yang dilakukan oleh firma Ilham Centre Sdn Bhd di negeri Melaka suatu ketika dahulu. Hasilnya adalah, hampir 90 peratus pengundi muda mengundi berdasarkan faktor calon.

Jika calon muda, berwibawa, berkeyakinan dan isu yang tepat kepada mereka dan diperjuangkan oleh golongan sebaya (muda) seperti mereka, calon itulah yang bakal diundi.

Ini adalah realiti yang perlu diperhatikan PAS segera. Golongan senior di dalam PAS (orang lama) juga sangat penting dari aspek pengalamannya, namun kelompok muda ini perlu diberikan tugas yang lebih mencabar menggalas calon pilihan raya.

5 comments:

Azizan Yaakob said...

blog sdr telah saya link di http://anginria.blogspot.com. Ia adalah sama dengan suarajlis. SM penuh dan terlalu banyak list.laman utamanya melayurayadaily. Moga saudara sering menulis agar dapat membantu bangsa kita yang kian tersepit. salam perjuangan dari saya.

aufa_rissa said...

Sekadar pandangan peribadi.. pimpinan2 muda dalam Pas(dianggap muda lg la..hehehe..)seperti Ir Nizar,Dr. Mujahid Yusof Rawa,Husam Musa, Dr.Dzulkefly Ahmad,Dr.Syed Azman,Dr.Hamzah(Pahang),Kamaruddin Jaafar,Ust Nik Zawawi (T'ganu), Khalid Samad,Hanipa Maidin,YB Ust Nasir Zakaria,Ust Ahmad Yahya (Kedah),Ust Ridzuan Md. Nor dan ramai lagi sebenarnya, perlu diberi peranan yg lebih lagi, untuk menyumbang, seiring dengan Salahuddin Ayub,Mahfuz Omar dan Ust Idris Ahmad.. Mat Sabu pun muda lg..hehehe..gurau je aizat..kadang-kadang,terlalu lama dengan jawatan yg sama,akan berlakulah 'statik' movement..kurang segar dan sebagainya..

-sekadar memerhati..=)

Aizat Salleh said...

bereh faris..

Aizat Salleh said...

bereh faris..

adzlyna86 said...

insyaAllah 5 tahun lagi. YB.Dr.Mohd Aizat Salleh..wah.tinggi harapan tu.