Tuesday, April 19, 2011

Mengapa masih belum berlaku revolusi?

oleh: Mohd Aizat bin Mohd Salleh

Kita merasakan bahawa selepas daripada revolusi yang berlaku di timur tengah baru-baru ini sama ada di Tunisia, Mesir mahupun yang sudah merebak di Yaman dan Libya, akhirnya akan melanda negara kita.

Ramai ahli politik Pakatan Rakyat menggunakan hujah revolusi ini dalam banyak ceramah dan pidato mereka. Bandingan yang dibuat seolah-olah umpama esok akan berlaku fenomena itu di Malaysia. Termasuk juga beberapa amaran akan bertindak sedemikian.

Namun, sehingga hari ini ia masih belum berlaku.

Beberapa sebab yang memungkinkan revolusi masih belum berlaku di Malaysia boleh dianalisiskan seperti berikut:

Pihak pemerintah

Ciri-ciri untuk berlakunya tentangan rakyat serta revolusi sudah dimiliki oleh pemerintah (Parti BN) pada hari ini sudah ada malah terlalu banyak. Umpamanya kenaikan harga barang, kos hidup yang meningkat, pembaziran secara berlebihan dalam kekayaan negara serta sikap pemimpin-pemimpin yang bermewahan

Namun, dalam masa yang sama, pemerintah juga cerdik. Mereka turut menyediakan projek-projek yang dikatakan untuk 'kebaikan' rakyat seperti projek dalam GTP dan ETP, selain daripada slogan 1Malaysia.

Dalam pilihan raya kecil msialnya, limpahan projek segera dibuat. Ia pastinya mengaburi mata sesetengah rakyat terutama yang berada di luar bandar.

Rakyat

Tanyalah sesiapa sahaja rakyat berkenaan kesempitan yang mereka hadapi, pasti ada sahaja yang dliuahkan.

Bermula daripada kos hidup yang meningkat naik, gaji yang tidak mencukupi sehinggalah kepada isu pendidikan anak-anak mereka. Ini belum lagi soal-soal masalah sosial dan keselamatan yang menyelubungi.

Seolah-olah negara ini seperti tidak selamat diduduki. Jenayah di sana sini. Kesempitan hidup memaksa berlaku jenayah, kecurian dan pembunuhan diri.

Di hujung bandar, masih kedapatan rakyat yang merempat dan miskin. Ada yang masih makan ubi dan kayu.

Namun, jangan disalahkan rakyat. Mereka tidak tahu mengapa mereka jadi demikian. Mungkin ada yang sedikit cerdik mengatakan bahawa wakil rakyat mereka 'goyang kaki'. Rakyat hanya tahu mengundi lima tahun sekali.

Parti politik alternatif (Pakatan Rakyat)

Dalam masa yang sama, walaupun menjadi parti yang alternatif kepada rakyat untuk menggantikan BN, namun Pakatan Rakyat seolah-olah tiada keputusan dan pendirian.

Mereka mendakwa demokrasi di Malaysia sudah tercemar. SPR menjadi kuda tunggangan BN. Pilihan raya berjalan dengan tidak adil dan berat sebelah dengan kewujudan pengundi pos, dan pengundi hantu. Media massa menjadi alat utama bagi kempen BN.

Sudahnya, masih lagi menantikan sistem pilihan raya sebagai medium untuk memerintah. Tidak percaya sistem, tetapi masih mahu lagi menggunakan sistem. Inilah yang dikatakan tiada keputusan jelas.

Desas desus mahu turun ke jalan raya, tetapi masih belum ada tanda-tandanya. Masih lagi disibukkan dengan isu remeh video seks. Manakala parti Islam (PAS) sibuk memilih pemimpin mereka.

Anak Muda

Tinggal lagi anak-anak muda yang ada sedikit kesedaran. Kita menantikan anak-anak muda yang tidak berparti ini mungkin boleh berbuat sesuatu. Ini kerana mereka tiada kepentingan parti. Tak perlu menunggu keputusan parti untuk bertindak.

Cumanya anak-anak muda jangan mudah dilalaikan dengan 'hiburan' pemerintah. Jika tidak, revolusi sukar berlaku.

Tiada pencetus

Dalam banyak-banyak revolusi, ia bergantung kepada pencetus. Di Tunisa, ia dicetuskan oleh anak muda yang membakar dirinya. Di Mesir perhimpunan rakyat merebak apabila kematian demi kematian rakyat ditembak polis.

Rakyat menunggu siapa yang bakal menjadi pencetus. Namun, biasanya pencetus ini adalah tidak dijangka. Dan akhirnya akan menjadi historic moment dalam negara.

Mohamad Bouazizi yang sudah mati terbakar itu pun, tidak tahu rakyat negaranya akan turun ke jalan raya membuat revolusi.

2 comments:

sri tribuana said...

Saya nak tergelak baca posting saudara. Malaysia tidak akan jadi seperti itu. Negara yg saudara 'impikan' itu bukan juga contoh yang baik. Perkara menginginkan revolusi jalanan ini tidak akan datang dari minda yg 'sihat'.

Jika berlaku kenaikan barang dan sebagainya,yg merungut org Melayu. Kaum CIna akan cari solution: tingkatkan kebolehan ekonomi dan terus bersaing. Di China dulu mereka dh rasa kerajaan zalim, mereka lari ke tempat lebih aman seperti Malaysia. Setakat cabara barang naik saja bukan sebab mereka nak berarak di jalanan.

Sementara malaysia terus memberi kekayaan kepada kaum bukan penduduk asal, dan syurga bagi mereka, kerana barang naik 'gaji tidak naik' menjadikan neraka kepada org Melayu. Kerana apa? Kerana org Melayu tidak kreatif, sibuk nak makan gaji, malas berusaha kalau gagal salahkan kerajaan, parti, mak ayah etc etc.

Melayu tidak sedar dari dalam perut sampai mati, kerajaan telah menanggung diri mereka sebenarnya. Jika kerajaan cabut affirmative action, lagi Melayu marah. Tak ada anak Melayu dpt biasiswa, sekolah belanja lagi mahal, perubatan hospital naik, tak ada insuran hospital pun xnk peduli, etc etc

Cina tak kisah ke kerajaan sebab selama ini pun sejak dari dalam perut sampai mati, mereka belajar menyara diri mereka sendiri. Dan sebagai Melayu saudara nak buat revolusi, revolusi apa, lepas rampas dari kerajaan lepas tu apa penyelesaian? Buat la sorang2 atau seketul dua jer..

Nak buat sesuatu kena guna otak bukan kepala lutut, buat apa masuk Universiti kalau tidak boleh jadi pemikir yg logik

Aizat Salleh said...

Saudara sri tribuana,

Mengapa bunyi macam takut saja?