oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh
Satu hari di hujung minggu, saya dan seorang sahabat bernama Rusydi ke Kampung Baru untuk ke Pejabat Baitul Mal MAIWP atas urusan kajian universiti.
Petangnya, kami merancang untuk solat Asar di Masjid Jamek Kampung Baru.
"Jaga-jaga kasut, kat sini banyak pencuri, letak di tempat sembunyi sedikit" pesan saya pada dia.
Memang di masjid ini banyak berlaku kecurian terutama kasut. Orang yang baru pulang kerja singgah solat sering kehilangan kasut. Tetapi sejak kebelakangan ini ada pegawai masjid yang menjaganya ketika solat.
Selepas solat, saya didatangi seorang lelaki Cina tua. Dari jauh kelihatannya dia seperti marah-marah. Akhirnya dia mendekati saya.
"Cik, ada sikit duit? Mau makan, dari pagi tak makan.." pintanya.
"Awak dari mana?" saya bertanyanya semula. Biasanya jika orang minta derma, saya akan bertanya dahulu latar belakangnya.
"Saya muallaf, baru sebulan masuk Islam" dia berkata sambil menunjukkan kad akuan memeluk Islam. Tertera namanya 'Ridzuan Bin Abdullah' dan tarikhnya memeluk Islam.
"Datang sini mau minta sikit derma sama itu zakat sana" sambungnya lagi.
Mungkin ke tempat saya pergi tadi rasanya. Rusydi tiba kepada saya selepas itu.
Dia menyambung, "Tadi lepas solat itu Asar, saya pergi ke pejabat masjid. Mau jumpa itu imam"
"Saya minta sikit wang untuk makan, dia kata sambil marah-marah, sini bukan tempat minta derma, kalau mau duit pergi kerja atau pergi minta sedekah." katanya sambil menggerakkan tangannya. Saya agak dia melakonkan kembali tindakan Imam tadi.
"Saya ingat, Imam kopiah putih ada pakai, solat, tapi kedekut, tengking orang. Macam ni ka orang Islam?" ayat terakhirnya itu menyebabkan saya tersedak air liur.
Saya memandang Rusydi. Dia menggelengkan kepala tanda tak tahu nak jawab apa.
"Macam nilah Ridzuan. Kamu ambil ini duit, pergi makan. Lepas tu datang pusat zakat di belakang sana, cuba minta bantuan di sana ya" saya cuba memujuknya. Saya menghulur lima ringgit, Rusydi sepuluh ringgit.
"Ok, terima kasih abang, terima kasih.." Setelah bersalaman, dia berlalu.
Saya start motorsikal saya, kemudian Rusydi membonceng. Kami berlalu dengan pelbagai persoalan di kepala.
Jika anda di situ, mungkin anda lagi banyak persoalan.. Ada komen?
28 Oktober 2010 (Khamis) 11.57 a.m,
Pinggiran Batu Caves,
Selangor.
10 comments:
salam..
ana risau muallaf tu x bape kuat nnt.. huhu~
W'salam.
Memangla tak kuat, sbb tu dia boleh kata macam tu..
Yg lebih risau, org Islam la...
sepatutnya bukan golongan2 revert ni mmg kena dapat zakat ke ust?ni mesti org y dah bawa dia masuk Islam lepas tangan camtu je..
erm.. mksd ust??
To Madihah,
Sepatutnya badan kebajikan muallaf ni yang pegang mereka, kebanyakan dibiarkan menyebabkan mereka tidak diajar agama dengan baik. Akhirnya kadang2 mereka tukar agama semula.
Mereka masuk Islam kadang2 bukan kerana faham, tetapi tarikan2 yang lain..
Maka, Iman mereka belum kuat untuk berhadapan dengan cabaran..
To Fatin Nasibah,
Maksudnya kefahaman muallaf itu masih tidak kuat, tidak berapa faham mengapa masuk Islam, sebab itu mereka menyangka 'orang yang Islam' semua baik2 belaka...
blog sdr telah dilink/paut ke http://suaramajlis.blogspot.com tq
Terima kasih saudara Azizan Yaakob kerana sudi link..
situasi semasa.. islam takut/sukar didekati kerana orang org yg berada di dalam islam itu sendiri.. islam yg sepatutnya mendukung maksud sejahtera, tidak diletakkan di kedudukan sepatutnya.. terima kasih atas perkongsia.. semoga kita sama² mendapat manfaat.. amin..
kebetulan pula..baru-baru ini ana ada buat kajian lapangan utk asigment bertajuk " Kelas Fardhu Ain di kalangan Non Muslim". buat pengetahuan semua, siapa yg dikatakan muallaf bukanlah seumur hidupnya memakai gelaran itu,tapi pihak jabtan Agama telah meletakkan tahap itu hanya sekitar 7 tahun awal dri tarikh bila mereka memeluk Islam.dan dalam lingkungan itu, mereka layak utk mendapat ZAKAT atau asnaf,bantuan dan sbgainya,apa yg menjadi masalah skrg adalah SAUDARA bARU tidak dapat matang seperti yg dijangkakan ( sepatutnya 7 tahun sudah mencukupi )kerana mereka tidak dapat menghabiskan silibus yg ditetapkan olh pihak jabatan Agama.dalam masa yg sama mereka merasakan diri masih layak menerima zakat dan ada segelintir mereka bergantung hidup sepenuhnya dgn Jabtan Agama.Persoalannya disini, adakah cukup bagi Jabtan Agama bg menanggung semua itu dengan realiti peruntukkan yg diperolehi adalah kecil berbanding jabtan2 lain ( selain Agama ) di bawah kerajaan Malaysia kini? tambahan pula dalam budget 2010 juga turut mengecilkan lagi jumlah drp tahun lepas..~cukup sahaja jika perhatikan bantuan kepada golongan Asnaf ( dermasiswa ) yg sepatutnya diberikan kepada pelajar,sgt Rumit dan melambatkan!
-Nor Syahida Hashim-Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan.
Post a Comment