Friday, May 29, 2009

Menyuburkan Tarbiyah Jihadiyah Dalam Gerak Kerja Islam

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Mungkin tulisan saya kali ini agak berat untuk dipersembahkan dan dikunyah oleh rakan-rakan pembaca, yang saya khususkan kepada sahabat-sahabat yang bergelanggang dalam gerakan Islam.

Bila mana menyebut soal jihad, saya pasti akan membawa ingatan saya pada nostalgia dalam bergerak kerja di Asasi Nilam Puri satu ketika dahulu. Seingat saya, ketika memegang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPPAPIUMNP). Kawan-kawan saya ramai sebut, fasa-fasa itu, banyak medan retorik. Penuh dengan idealisme.



Buku-Buku

Biasa di rak bilik, buku-buku santapan 'aqliyah bertajuk 'Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna', 'Jundullah tulisan Ustaz Said Hawwa', 'Maalim fi at-Tariq karya Syed Qutb', 'Da'wah Fardiyyah oleh Mustafa Mahsyur', 'Maza ya'ni intimai'i lil Islam oleh Ustaz Fathi Yakan',(paling glamour) 'Qiyadah Jundiyah oleh Mustafa Mahsyur' dan macam-macam lagi.

Buku-buku ini ada ruhnya tersendiri. Kerana, yang menulisnya adalah manusia yang paling berpengalaman ketika itu yang bergelumang dalam medan dakwah dan jihad. Ibarat tulisan Syed Qutb dalam kitabnya Tafsir fi Zilalil Quran. Tafsir yang ditulis tatkala beliau di dalam penjara. Cuba anda bayangkan suasana dan ruh ketika beliau menulis.



Buku-buku inilah yang menyegarkan kembali elemen-elemen ruhani dan tarbiyyah serta memanaskan semangat jihad. Ketika satu-satu masa dihambat rasa penat dalam berjuang, saya mencapai buku ini menatap satu dua kata-kata tokoh pejuang. Memulihkan semangat jihad untuk teruskan perjuangan.

Kata-kata

'Kita bukan generasi yang memulakan perjuangan. Tetapi ia dimulakan oleh para nabi terdahulu, lalu diteruskan oleh generasi kini, dan akan disambung oleh generasi akan datang. Jika kita merasakan kitalah pemula, maka kita akan dihambat perasaan susah hati..'

Itu kata-kata As-Syahid Syed Qutb.

'Sebagai pemimpin, kita mesti lebih daripada orang lain. Andai kita selangkah tersilap, maka orang-orang dibawah kita ( yang dipimpin), sepuluh kali lebih tersilap..'

Itu kata sahabat saya Shazni Munir, Presiden ketika itu.

'Buatlah yang terbaik sehabis mungkin. Sekurang-kurangnya, ada yang boleh dijawab dihadapan Allah kelak, seandai ditanya apa yang kita lakukan untuk menolong Islam..?'

Kata-kata itu, adalah pembakar-pembakar semangat jihad tatkala dirundung keperitan dalam berjuang. Sungguh menusuk hati. Kadang-kadang bila terfikir sendirian boleh menitiskan air mata. Betapa perjuangan ini sangat penuh liku-liku.

Tenggelamkan Dengan Ruh Jihad

Ayuhlah. Kita suburkan kembali ruh-ruh jihad ini dalam jemaah kita. Banyak-banyakkan kita menyebut jihad, kematian dan peperangan menentang musuh Allah. Kita rancakkan kembali dengan laungan takbir Allahu Akbar! dalam pertemuan-pertemuan kita.

Banding-bandingkan kerja buat kita terhadap Islam dengan rakan-rakan kita di Palestin, Kashmir, Chechnya yang menggalang-ganti tubuh badan demi Islam, yang mempertaruh darah dan air mata untuk menyalut kemuliaan Islam.

Ayuh.. Perjuangan kita baru sedikit, bahkan tidak pun bermula lagi..