Saturday, April 17, 2010

Saya nak ke Afghanistan


oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Dua hari lepas, saya dihadiri seorang sahabat baik saya, Naim. Dia berkunjung ke rumah saya. Katanya mahu berehat dan melakukan sedikit kerja persatuan.

"Anta tak sihat ke?" saya menyoalnya. Kelihatan matanya sedikit merah dan sering terbersin.

"Ya la, Aizat. Macam nak demam" jawabnya. Suaranya agak serak.

"Anta rehatlah. Stop dulu kerja tu. Kalau tak larat, passing pada orang lain" saya memberi nasihat padanya.

Saya selalu teringat. Naim antara salah seorang sahabat saya yang sangat rajin berpersatuan. Dia sangat aktif. Seingat saya, dialah orang yang menghidupkan team sukarelawan PMIUM.

Dia tidak suka kerja-kerja besar. Dia suka kerja-kerja teknikal dan bawahan. Kebanyakan kerja-kerjanya tidak disebut dan disiarkan kerana dia bukan figure.

Itu yang saya kagum padanya. Seorang lagi sepertinya adalah Syazwan Ahmad. Dia serajin Naim dalam keterlibatan kerja-kerja dakwah, sampaikan saya segan dan malu padanya diatas kerajinan mereka ini.

Suatu hari

"Ana nak berjihad kat Afghanistanlah Aizat", suaru hari Naim berkata pada saya.

Saya tekun membaca buku ketika Naim bertanyakan saya.

"Hm.. Boleh ke?" "Kenapa di sana?" saya menyoalnya kembali.

"Ana nampak di Malaysia ni, nak dapat syahid susah. Tak ada peperangan menentang musuh Allah seperti di sana" jawabnya.

Saya meletakkan buku. Terkesima dengan jawapan dia.

"Bukankah pilihan raya tu satu medan peperangan?" saya bertanya dia.

"Betul. Tapi bagi ana tak sama macam di sana" dia menjawab.

"Jihad pilihan raya kita masih lagi boleh buat perkara-perkara yang kita ingini, seperti makan, minum dan kadang-kala kita sempat berehat lagi.."

"Tapi, orang berjihad di Afghanistan, mereka dah tak fikir itu semua. Mereka tinggalkan semua nikmat dunia mereka. Mereka serahkan keseluruhan jiwa dan nyawa mereka pada perjuangan, pada peperangan" ujarnya lagi.

"Sebab tu bagi ana tak sama.."

Nyawa dan Jihad

Saya termenung seketika. Benar apa yang dikatakan Naim pada saya.

Hari ini roh-roh seumpama itu sudah kurang kedengaran. Suara manusia yang seperti Naim semakin tenggelam. Tak ramai yang berfikir seperti dia.

Susah berjumpa orang yang memperkatakan soal jihad secara terang-terangan. Jika menyebut jihad, orang akan melabel kita ekstrim, pengganas dan sumpamanya. Dan kadangkala kita juga terpengaruh dengan itu.

Tapi, mungkin juga Islam itu perlu ekstrim. tetapi ekstrim pada musuh-musuh Allah. Biarlah orang melabel kita eksrtim. Tetapi eksrtim untuk Islam, tak mengapa.


Saya teringat ada seorang anak Melayu yang pernah syahid berjihad di Afghanistan. Buku catatan jihad beliau itu saya baca hingga tidak sedar air mata saya menitis. Menyelinap roh perjuangan beliau pada saya.

Saya berharap suatu hari Naim dapat apa yang diimpikannya. Dan saya harap saya juga akan menyusulinya. Bertemu Tuhan bersama-sama rakan-rakan yang syahid di sana.

Doakan.

Saturday, April 10, 2010

Tuan Guru Nik Aziz, secebis dedikasi.

oleh : Mohd Aizat bin Mohd Salleh

Alhamdulillah, tesis saya semester ini akhirnya siap sepenuhnya. Saya diamanahkan untuk mengkaji berkenaan pemikiran politik Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap isu semasa di Malaysia. Sesuatu yang agak mencabar.

Semalam, saya mendapat satu email daari seorang rakan menceritakan pengalamannya ke Kelantan. Email itu:

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.


Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..


Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9)..


Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..


* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.



Bila mendapat email dan membacanya, saya tak tahu nak kata apa. Memang tidak silap saya memilih tajuk tesis saya berkenaan beliau.


Monday, April 5, 2010

Sindrom dan beberapa penyakit ahli gerakan

oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Salah satu program tarbiyah ahli gerakan

Hari ini, gerakan Islam, khususnya kelompok ahli-ahli gerakan Islam di kampus harusnya tidak boleh duduk diam dengan prestasi dan kedudukan mereka.

Semakin hari, saya semakin bimbang akan budaya kerja dan prestasi abna' al-harakah yang semakin teruk dijangkiti penyakit sindrom malas dalam bergerak kerja.

Sindrom dilihat berpunca daripada nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada ahli gerakan, khususnya nikmat kemenangan di dalam perjuangan.

Nikmat atau cabaran?

Di zaman Rasulullah s.a.w, tatkala diturunkan surah Al-Nasr yang bermaksud kemenangan, para sahabat ada yang menangis dan ada yang bergembira.

Ketika itu berbondong-bondong yang masuk ke dalam Islam sehinggakan kepada peristiwa Fathul Makkah menandakan Islam semakin diterima dan berkembangnya dakwah ke serata masyarakat.

Ibnu Umar, seorang sahabat nabi yang faqih menangis, walaupun ketika itu beliau masih muda. Beliau menangis kerana surah tersebut adalah signal dari Allah bahawa misi dakwah Rasulullah bakal tamat dan baginda akan diwafatkan oleh Allah.

Ibnu Umar menangis kerana umat Islam bakal menghadapi satu ujian kemenangan dengan ketiadaan manusia yang paling berjasa kepada Islam.

Sebab itu, di akhir surah itu disebutkan :

"maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

Allah mengingatkan, tatkala berada dalam nikmat kemenangan, hendaklah memperbanyakkan memohon keampunan. Ini kerana di waktu itu banyak nikmat diberikan kepada Allah yang boleh membawa kepada kelalaian dan cabaran.

Usrah medan terbaik pembinaan ahli gerakan

Sindrom 'Tak apaisme'

Salah satu penyakit ahli gerakan hari ini adalah sindrom 'tak apaisme'. Yang saban hari menjadi budaya buruk dan tabiat yang tidak menguntungkan gerakan Islam.

Dan kadangkala menjadi budaya pemikiran mereka.

Budaya yang apabila gagal atau terlepas melaksanakan sesuatu kerja-kerja jemaah, mereka mudah mengatakan 'tak apa' dan boleh diganti dengan perkara lain.

Satu contoh, apabila hari ini tak dapat menjalankan usrah atas sebab kesempitan waktu, maka mereka akan mudah menjawab : 'Tak apalah, kita ganti hari lain" atau "Nanti kita jumpa semulalah" dan sebagainya.

Ataupun, pada satu-satu program tamrin (latihan) atau kuliah ilmu, yang gagal dilaksanakan, maka dengan senang dijawab : "Jangan risau, nanti kita buat program back-up akan datang"

Sedangkan, dalam siri-siri program tarbiyah tersebut, punyai matlamat tersendiri dalam melahirkan ahli dan generasi yang baik dan berkualiti.

Paling merisaukan, abna' al-harakah yang akan lahir kelak, akan menerima tempias sindrom tersebut. Maka rungutan-rungutan ahli gerakan yang lesu, tidak berilmu, tidak pandai bergerak kerja dan macam-macam lagi akan kedengaran.

Berbincang, diskusi dan mencari jalan adalah tabiat ahli gerakan

Nak senang

Satu lagi penyakit yang kronik yang melanda juga adalah ahli-ahli gerakan mula mahu bermudah-mudah dan bersenang-senang di dalam bergerak kerja.

Alasannya adalah kita sudah berada dalam fasa kemenangan. Satu ayat yang pernah terpacul dari mulut seorang sahabat gerakan saya : "Kita sudah menang, gunakanlah segala kemudahan yang ada, buat apa susah-susah lagi macam dulu?"

Sekali dengar macam betul.

Ya, dengan susah-susah dululah gerakan Islam berjaya mendapat kemenangan. Dan dengan susah-susah dululah banyak lahir ahli gerakan yang bersedia mengorbankan diri, jiwa dan segalanya untuk Islam.

Pendek kata, Islam tertegak dengan kesusahan.

Mana ada Islam tersebar dengan mudah? Rasulullah s.a.w di Madinah, perangya menentang musuh dan menyebarkan dakwah adalah sebanyak 77 kali, hampir setiap tahun berperang!

Bila sudah terjun ke medah perjuangan, bermakna kita bersedia menempatkan diri kita untuk bersusah-susah. Bersedia untuk berhabisan dan kekeringan duit, dan bersedia mendengar cemuhan dan hinaan daripada orang lain.

Amat malang ahli gerakan tidak bersedia menerima tabiat perjuangan yang sentiasa akan dilanda mehnah dan tribulasi.

Satu sahaja muhasabah yang perlu digerakkan dengan segera oleh ahli gerakan. Kembali kepada fundamental perjuangan iaitu asas-asas tarbiyah.

Kembali sahaja tidak cukup, malah perlu seiringkan dengan penghayatan (al-wa'yu) agar roh perjuangan memberkas dan merembes di dalam gerak kerja.

Gerak kerja yang tiada ruh perjuangan ibarat jasad yang tiada nyawa.

Bila bergerak kerja dengan tiada 'nyawa' gerakan, maka ahli-ahli akan mudah 'pancit' atau lebih sinonim disebut sebagai futur.

Inilah sindrom akhir yang paling ditakuti dan digeruni. Hebat pada permulaan, 'hilang' bila sampai ke kemuncak. Lebih daripada itu mereka pula menjadi kelompok yang menentang jemaah yang dibaiahnya dahulu.

Inilah yang perlu dijauhi dan dielakkan demi masa depan Islam dan generasinya.

Saturday, April 3, 2010

Mari minum arak ramai-ramai


oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Tulisan saya ini adalah kepada masyarakat diluar sana yang beragama Islam.

Keputusan Sultan Pahang semalam yang menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika kepada kerja-kerja kemasyarakatan sangat membimbangkan saya.

Bagi ahli yang memperjuangkan isu-isu kewanitaan mungkin berpuas-hati dengan alasan nilai-nilai 'kemanusiaan' untuk mengubah hukum tersebut.

Kita boleh lihat beberapa kesan yang bakal berlaku :

1. Keputusan tersebut secara rasminya telah menghalalkan aktiviti minum arak kepada orang beragama Islam di Malaysia.

2. Institusi kesultanan bakal menjadi kuasa paling besar memutuskan hukuman tanpa mengambil-kira keputusan mahkamah. Selepas daripada ini, sesiapa yang ingin meminum arak boleh mendapatkan restu dari Sultan.

3. Orang Islam boleh meminum arak, tetapi perlu memastikan ada hubungan yang baik dengan 'orang-orang besar' untuk membawa misi kemanusiaan apabila dijatuhkan hukuman sebat kelak.

4. Kenyataan mufti Perak, Dato' Seri Harussani tidak menggambarkan seorang ulama apabila mengatakan hukuman tersebut boleh dipinda kerana bukan hukum Hudud. Sepatutnya beliau awal-awal lagi sudah membangkang hukuman sebat enam kali itu jika benar ia bukan hukuman Hudud. Beliau cuba mencelarukan masyarakat Islam.

5. Selepas ini tidak perlu lagi menggunakan saluran mahkamah untuk menjatuhkan keputusan, kerana institusi kehakiman sudah tidak lagi berguna dan dipercayai.

Apalah yang zalimnya dan tidak perikemanusiaannya hukuman sebat itu? Sudahkan mereka melihat bagaimana prosedur sebatan syariah?

Jika kemanusiaanlah ukurannya, adalah lebih baik menukarkan hukuman sebat sivil yang saya kira lagi dahsyat berbanding sebatan syariah.