Friday, July 31, 2009

Kebobrokan HEP Bakal Didedahkan Sidikit Masa Lagi

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

1. Sepanjang berada di kampus, inilah keadaan yang mana paling banyak berlakunya isu dan insiden di Universiti Malaya.

2. Kalau diingat dahulu, saya dan Fadzil (Biro Kolej dan Luar Kampus MPMUM), pernah menghantar memorandum tuntutan tegas kepada TNC HEPA berkenaan supaya menyelesaikan pelajar yang dibuang dari kolej.

3. Namun tuntutan itu tidak dilayan.

4. Rentetan isu dua bekas pelajar USM dan UPM yang dituduh menceroboh UM, memberi ruang kepada pentadbiran mewujudkan polisi keselamatan dengan menghadkan penggunaan kereta.

5. Pada Isnin lepas pula, seorang pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri Vista Angkasa. Peristiwa berlaku di luar kampus.

6. Disebelah sudut lain, kumpulan jawatankuasa yang menguruskan FESKUM sedang bergelumang dengan pegawai-pegawai HEP yang cuba untuk mengagalkan program tersebut.

7. Semua ini perlu dijawab dan ditangani HEP dengan segera.

8. Dan saya akan mendedahkannya satu persatu kebobrokan mereka.

Tuesday, July 28, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT TAN KIAN CHONG

Catatan oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Saya dan seluruh warga MPMUM mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Kian Chong atas pemergiannya. Semoga Tuhan mencucuri rohnya.

Tan ditemui mati jam 11.30 pagi semalam di bawah pangsapuri Vista Angkasa, Kuala Lumpur. Tan dari Fakulti Sains, tahun 4. dahulu beliau pernah menetap di kolej kediaman ke-4. Tan berasal dari Muar, Johor.

Saya dan Fadzil (Biro Kolej dan Luar Kampus) sempat bersua dengan keluarga Tan pagi tadi di Pusat Perubatan UM dan bertanyakan khabar. Kami juga menyampaikan sedikit sumbangan dari MPMUM kepada keluarganya.

Moga keluarga Tan lebih kuat untuk melalui hari mendatang.

Salam takziah.


Fadzil sampaikan sedikit sumbangan dari MPMUM untuk keluarga kepada adik Tan



Saya, adik Tan dan Fadzil sewaktu bertemu di PPUM

PERHATIAN PENTING!


DIALOG ISU-ISU SEMASA KAMPUS

BERSAMA

PROF DR GHAUTH BIN JASMON

NAIB CANSELOR
UNIVERSITI MALAYA

TARIKH: 28 JULAI 2009
HARI: SELASA (HARI INI)
MASA: 8.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN GEMILANG KOLEJ KEDIAMAN KE-12

SEMUA MAHASISWA UM DIJEMPUT HADIR.
LONTARKAN SEGALA MASALAH & CADANGAN ANDA.

ANJURAN:
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
UNIVERSITI MALAYA (MPMUM)

Saturday, July 25, 2009

Menyantuni Anak-anak.

catatan oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Hafiz, Chong dan Saya, sempat bergambar sebelum masuk ke dalam wad.

Jumaat lepas, di celah-celah kesibukan, sempat juga kami pimpinan MPMUM turun menziarahi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kami berkesempatan ke Wad Pediatrik (Kanak-kanak).

Kunjungan kami disambut mesra ahli keluarga pesakit. Alhamdulillah, sedikit sumbangan kami serahkan kepada keluarga pesakit.

Terima kasih saya ucapkan kepada Saadah dan Zakiah, selaku wakil Persatuan Jururawat Pelatih (PJP) dan Kak Is dari SAHABAT PPUM yang banyak membantu kami. Semoga jasa kalian dikenang. Tidak lupa pimpinan MPMUM yang turun, Chong, Kak Falina, Masaida dan Hafiz Ilyas. Jika berkesempatan lagi, kita ke wad lain..

GALERI LAWATAN:

Hafiz, Timb.Naib YDP, menyampaikan sedikit buah tangan kepada pesakit. "Adik jangan lupa makan ubat ye, moga cepat sembuh"

Dari kiri: Zakiah (Jururawat pelatih), Chong (NYDP) dan Hafiz dengan adik Rania.

Menyantuni anak-anak

Adik Diyana, sudah tiga hari di PPUM kerana sakit tulang. Moga lekas sembuh.

Pimpinan MPMUM seronok melihat keletah pesakit kanak-kanak

FESKUM dan Kebobrokan HEPA UM

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

1. Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) adalah program tahunan Universiti Malaya. Program menyambut bakal graduan yang berjaya. Program yang menentukan imej dan maruah UM di persada Malaysia.

2. Bagaimanapun, kali ini pendekatan FESKUM agak berlainan. Ini digagaskan oleh pengarahnya, saudara Syazwan Bin Mohd Hassan melalui pen'transformasi'an FESKUM.

3. Jika dahulu banyak program yang kurang bermanfaat, namun kali ini sebaliknya. Antaranya ialah konsert yang sebelum ini dihadiri artis-artis tempatan, kali ini dibekukan.

4. Aktiviti diselaraskan waktunya. Apabila tiba waktu solat, semua penggerai wajib untuk berhenti berniaga dan solat bersama-sama pengunjung di Dewan Tunku Canselor.

5. Malam kebudayaan pelbagai bangsa bertemakan keilmuan dan mengangkat nilai budaya dan intelektual melalui persembahan berlainan kaum dan agama.

6. Ia selari dengan tema kali ini 'Keilmuan Disanjung, Kecemerlangan Dijunjung'.

7. Oleh sebab itu, Hal Ehwal Pelajar (HEP) kali ini begitu kuat menyekat arus perubahan yang dibawa MPMUM dalam FESKUM.

8. MPMUM dimaklumkan yang baki dalam akaun FESKUM tahun lepas berjumlah hampir satu juta. Tetapi HEP tidak membenarkan jawatankuasa FESKUM untuk menggunakan wang tersebut untuk pengurusan. Alasannya, untuk dimasukkan dalam tabung kebajikan pelajar.

9. Saya sudah muak dengan alasan HEP yang sungguh bodoh dan tidak matang.

10. Tidak cukup itu, syarikat-syarikat tajaan utama FESKUM turut dihubungi HEP untuk memburukkan MPMUM. Katanya, FESKUM kali ini dikendalikan oleh puak-puak pembangkang.

11. Sekali lagi saya menyebut, ia satu tindakan yang dungu dan kebudak-budakan.

12. Saya tak tahu sampai bila HEP mahu menjadi 'pak turut' kepada juak-juak yang tidak senang dengan perubahan dan kebenaran. Bagai anjing layaknya.

13. Maaf jika terlalu kasar, namun itulah realitinya.

Saturday, July 18, 2009

Kronologi Demonstrasi Bantah Kekejaman Thai dan Tangkapan 8 Mahasiswa

catatan oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Berikut sedikit catatan kronologi demonstrasi aman bantah kekejaman Thailand selepas solat Jumaat. Demonstrasi kami dicalari dengan insiden kekasaran polis dan tangkapan.

Jumaat, 18 Julai 2009:

2.15 petang : Selepas selesai solat Jumaat, saya dan beberapa mahasiswa berpakaian putih bersiap-sedia untuk memulakan demonstrasi. Disebelah saya juga Presiden ISIUKM saudara Idris.

2.25 petang : Kira-kira lebih 70 mahasiswa mula berkumpul di perkarangan masjid Tabung Haji berdekatan tangga. Dihadapan kami sekumpulan polis berpangkat tinggi mula berkumpul. kami mengangkat banner dan memakai headband. Saudara Azizan, ketua tarbiyah UKM memulakan ucapan.

2.30 petang : Polis mula mendekati kami, cuba menyuraikan himpunan. Namun kami melepasi setelah beberapa rundingan.

2.45 petang : Perarakan mula masuk ke tengah jalan setelah melepasi Kompleks Tabung Haji. Laungan 'Hidup Islam', 'Hancur Kekejaman' dan takbir bergema mengiringi perjalanan kami. Perkumpulan bertambah, beberapa pekerja mengikuti kami. Di jalan raya, beberapa kenderaan membunyikan hon tanda sokongan kepada bantahan kami.

Demonstan berarak dari Tabung Haji ke Kedutaan Thailand. "Hidup Islam!"..."Hancur Kekejaman!".
Laungan membakar semangat, demi sebuah kasih persaudaraan Islam.


2.55 petang : Kira-kira lebih 200 meter sampai ke Kedutaan Thailand, kumpulan demonstran dihalang oleh polis berdekatan Balai Polis Tun Razak. Seorang pegawai polis bernama Inspektor Zainuddin menghentikan kami. Beberapa unit keselamatan kami membuat rundingan.

3.00 petang : Laungan diteruskan. Kelihatan saudara Shafie, wakil SMM berunding dengan polis. Polis mengarahkan perhimpunan bersurai, namun kami membantah dan meminta budi bicara polis untuk mengadakan ucapan pimpinan mahasiswa. Inspektor Zainuddin bersetuju dengan syarat hanya 5 minit sahaja.

Shafie Hashim berunding dengan polis. "Beri kami lima minit sahaja, kemudian kami bersurai.."

3.10 petang :
Ucapan diteruskan. Namun, tiba-tiba beberapa pegawai polis bersama dua Special Branch (SB) membuat provokasi. Azizan selaku koordinator demonstrasi ditolak, seorang pegawai polis cuba merampas pembesar suara. Berlaku sedikit pergelutan. Saya dan Aiman, unit keselamatan turut dikasari. Beberapa pimpinan mahasiswa memohon supaya diberi ruang untuk menghantar memorandum. Polis membenarkan hanya 10 wakil sahaja. Di sebelah hujung, Song Yong, wakil DEMA ditarik Inspektor Zainuddin.

3.20 petang : Setelah rundingan, saya bersama 6 wakil mahasiswa dari pelbagai front dibenar ke Kedutaan Thailand, antaranya GAMIS, SMM, KAMMI dan DEMA. Kami berjalan kaki ke kedutaan. 10 minit kemudian kami tiba. Seorang wakil daripada kedutaan bernama Amin bersedia menerima memorandum kami. Memorandum berjaya diserah.

3.32 petang : Saya mendapat panggilan daripada Aiman, tiga demonstran ditangkap. Mereka adalah Song Yong, Shafie dan Fitri. Dibawa ke Balai Polis Tun Razak.

3.45 petang : Di Tabung Haji, himpunan telah bersurai. Namun, beberapa kelompok polis mengawal dihadapan masjid. Turut serta pasukan simpanan khas (FRU). 10 minit kemudian, dua lagi ditangkap di hadapan masjid. Saya difahamkan Fauzan dan Farid dirampas kad pengenalan sebelum polis menggari mereka setelah beberapa pergelutan. 5 minit kemudian, dua siswi pula ditangkap setelah dikepung polis.

4.00 petang : Fauzan dan Farid dibawa dengan kereta polis ke Balai Polis Dang Wangi. Mengikuti mereka ke sana juga dua siswi, Aisyah dan Syamsul Mahida. Saya bergegas menghubungi peguam.

4.30 petang : Saya tiba di Balai Polis Dang Wangi, namun saya dihubungi rakan, mereka (4 orang) sudah dipindahkan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi. Saya terus ke sana.

5.15 petang : Saya mendapat panggilan dari rakan di Tun Razak, 3 yang ditahan di Balai Polis Tun Razak akan dibawa ke IPD Sentul.

7.00 petang : Peguam tiba di IPD Dang Wangi. Setelah beberapa perbincangan, peguam bersetuju membantu kami melepaskan pelajar yang ditahan.

Song Yong sebelum ditahan.

7.35 petang : Kami dan peguam ke Balai Polis Dang Wangi di Kampung Baru setelah dimaklumkan dipindahkan ke sana. Saya mengikuti sesi soal jawab mereka. Saya dimaklumkan oleh pegawai penyaiasat (IO) dengan jaminan mereka akan dibebaskan malam ini (Jumaat). Di Balai Polis Sentul, peguam kami dihalang bertemu dengan tahanan. Akhirnya mereka ditahan semalaman untuk disoal siasat.

9.45 malam : Saya, Hilman (wakil KAMMI), Jin Cheng (DEMA) dan Idris (GAMIS) berbincang untuk melakukan tindakan tekanan kepada polis bagi membebaskan rakan-rakan kami. Satu sidang media mesti diadakan esok dihadapan Balai Polis Sentul. Dalam sidang ini kami akan menjelaskan pendirian dan tuntutan mahasiswa atas insiden yang tidak demokratik ini.

10.00 malam : Saya dimaklumkan oleh peguam di Balai Polis Dang Wangi, bahawa soal-siasat hampir tamat. Mereka (4 orang) akan dibebaskan malam ini tanpa syarat. Saya masih lagi tidak mengetahui status rakan-rakan yang ditahan di Sentul. Yang pasti mereka bermalam di lokap malam ini.

11.00 malam : Soal-siasat masih diteruskan.

11.45 malam : Soal-siasat tamat. 4 mahasiswa ditahan di Balai Polis Dang Wangi dibebaskan setelah mengisi borang jaminan. Mereka disambut oleh beberapa mahasiswa dan penyokong.

12.05 malam : Kesemua aktivis mahasiswa pulang. Esok sekitar jam 9.00 pagi kami akan ke IPD Sentul untuk mengetahui status lanjut 3 rakan lagi yang ditahan.

Sabtu, 19 Julai 2009:

9.03 pagi : Saya tiba di IPD Sentul. Saya membuat keputusan untuk bertemu dengan pegawai penyiasat bagi 3 mahasiswa yang ditahan. Saya berjaya menemui Inspektor Sharizan, IO mereka. Beliau menyatakan, mereka akan dibawa ke mahkamah untuk diambil perintah reman. Saya menghubungi peguam mereka.

9.15 pagi : Beberapa rakan sudah mula hadir. Saya mendapat maklumat lagi yang mereka akan dibawa ke mahkamah sekitar jam 11 pagi.

10.00 pagi : Jin Cheng tiba. Di dalam IPD saya melihat kelibat 3 rakan yang ditahan digari dan dibawa ke suatu tempat. Saya mengangkat tangan, dibalas oleh mereka tanda respon.

10.45 pagi : Pegawai media mulai hadir. Saya, Hilman dan Jin Cheng serta wakil GAMIS bersedia untuk sidang media. Sejurus itu, trak polis yang membawa mereka muncul dan keluar melalui pintu hadapan Balai. Saya nampak mereka. Lalu kami melaung 'Student Power!' dan 'Bebas Mahasiswa!'. Disambut dengan lambaian mereka.

11.00 pagi : Sidang media berjalan seperti biasa.

11.25 pagi : Di mahakamah Jalan Duta, saya mendapat makluman dari rakan di sana bahawa peguam sudah tiba. Berlaku perbincangan antara peguam dan pihak polis. Akhirnya pihak polis mengaku bahawa penahanan mereka bertiga adalah satu kesilapan. Kami mencari Inspektor Sharizan untuk mendapat tahu status lanjut. Namun beliau menghilangkan diri. Timbalan Supritenden berjanji untuk membebaskan mereka sebelum jam 3 petang hari ini.

1.00 petang : 3 mahasiswa yang ditahan di Sentul dibebaskan dengan jaminan. Mereka lantas membuat laporan polis berikutan salah laku polis ketika tahanan. Sekitar jam 3 petang mereka dan penyokong, pulang.

Setelah ditahan sehari, kesemua mahasiswa yang ditahan dibebaskan. Terima kasih buat seluruh pejuang kebenaran dan sokongan. Bukti perjuangan tidak pernah mati.

Hidup Perjuangan!


Friday, July 17, 2009

Sekitar Ziarah Mahasiswa Luar Kampus

Catatan : Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Malam semalam, dalam kesibukan belajar serta mengurus beberapa tanggungjawab akademik dan kebajikan di fakulti, sempat juga meluangkan sedikit masa bertemu dengan mahasiswa luar kampus.

Atas inisiatif beberapa sahabat pimpinan MPMUM yang lain, aktiviti ini bertemu secara langsung untuk mendengar sendiri, apakah masalah dan aduan pelajar luar kampus.

Beberapa masalah yang banyak diutarakan adalah pengangkutan bas, yuran sewa yang agak mahal, keselamatan diri dan harta serta beberapa masalah lain. InsyaAllah, dalam masa terdekat kami cuba usahakan mencari jalan penyelesaian.

YDP MPMUM, saudara Ridzuan menyerahkan sedikit sumbangan kepada seorang foreigner

Saya dan YDP bertanya khabar kepada siswi. "Isikan borang aduan ini, InsyaAllah MPMUM akan bawa suara dan permasalahan kepada pentadbiran", kata Ridzuan.

Tekun mendengar masalah yang diutarakan kepada rombongan kami.

"Ini sedikit buah tangan dari kami.."

Abang Alfian meluahkan masalah yang dihadapi. "Kecurian selalu berlaku disini.."

Akhirnya saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa luar kampus yang menyambut baik kedatangan kami.

Saturday, July 11, 2009

Jatuh Bangun Sepenggal MPMUM


Assalamualaikum Wrt Wbth dalam Salam Sejahtera.

Seluruh mahasiswa dan penyokong yang dikasihi.

1. Sedar tidak sedar, sudah sepenggal sesi kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang dipimpin oleh Pro-Mahasiswa di kampus UM.

2. Banyak teguran, kritikan, aduan dan harapan mahasiswa kepada kami. Ada yang kami mampu tunaikan dan ada juga yang masih tertangguh.

3. Sepenggal lepas begitu mengujakan dan mengajar banyak perkara. Kali pertama setelah hampir 6 tahun kampus tidak dipimpin Pro-Mahasiswa. Hampir setengah daripada penggal juga kami cuba belajar dan dalam masa yang sama bekerja.

4. Isu-isu kebajikan seperti pembuangan pelajar dari kolej, masalah air, keselamatan mahasiswi, dan kecurian, disamping isu intelektual dengan memperbaiki pengisian Minggu Haluan Siswa, dan menganjurkan beberapa forum isu semasa. Alhamdulillah, ia berjaya dilaksanakan.

5. Perlu juga diketahui, kami pada sesi kali ini berhadapan dengan begitu banyak sekatan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), maklumlah kerana Pro-M yang memerintah.

6. Bermula daripada penafian MPMUM mengikuti program-program bersama kementerian, menarik diri daripada Konvensyen MPPK, melambat-lambatkan permohonan kebajikan, menyekat MPMUM bertemu mahasiswa di kolej-kolej kediaman dan menghapuskan wang honorarium MPMUM untuk diberi kepada mahasiswa.

7. Begitu juga sebilangan exco-exco daripada Penggerak Mahasiswa (PM) yang tidak buat kerja dan hanya tahu mempertikaikan orang lain.

8. Itu semua asam-garam dalam pemerintahan kali ini.

9. Justeru itu, saya telah memutuskan beberapa perkara untuk kemaslahatan dan kebajikan mahasiswa yang mengundi saya pada PRK lepas. Untuk sesi akan datang ini.

10. Antaranya ialah mengurangkan keterlibatan dalam program-program besar yang kurang menguntungkan mahasiswa seperti menghadiri program luar anjuran kerajaan mahupun kampus lain. Fokus saya pada mahasiswa UM.

11. Mendekati masyarakat kampus dengan turun di kolej dan fakulti juga menjadi agenda besar saya. Nantikan penubuhan Pusat Khidmat Siswa khusus untuk pelajar APIUM sebagai medan untuk mengadu masalah dan menyampaikan maklumat terkini. Medium dua hala mahasiswa - pemimpin pelajar - pentadbiran.

12. Saya juga memutuskan, jika diizinkan Allah, untuk saya memberikan 10% daripada perbelanjaan PTPTN saya untuk tujuan kebajikan mahasiswa. Ini saya anggap sebagai sumbangan kepada mahasiswa yang memerlukan.

13. Semoga ia dipermudahkan. Mohon doa dari semua.