Saturday, July 25, 2009

FESKUM dan Kebobrokan HEPA UM

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

1. Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) adalah program tahunan Universiti Malaya. Program menyambut bakal graduan yang berjaya. Program yang menentukan imej dan maruah UM di persada Malaysia.

2. Bagaimanapun, kali ini pendekatan FESKUM agak berlainan. Ini digagaskan oleh pengarahnya, saudara Syazwan Bin Mohd Hassan melalui pen'transformasi'an FESKUM.

3. Jika dahulu banyak program yang kurang bermanfaat, namun kali ini sebaliknya. Antaranya ialah konsert yang sebelum ini dihadiri artis-artis tempatan, kali ini dibekukan.

4. Aktiviti diselaraskan waktunya. Apabila tiba waktu solat, semua penggerai wajib untuk berhenti berniaga dan solat bersama-sama pengunjung di Dewan Tunku Canselor.

5. Malam kebudayaan pelbagai bangsa bertemakan keilmuan dan mengangkat nilai budaya dan intelektual melalui persembahan berlainan kaum dan agama.

6. Ia selari dengan tema kali ini 'Keilmuan Disanjung, Kecemerlangan Dijunjung'.

7. Oleh sebab itu, Hal Ehwal Pelajar (HEP) kali ini begitu kuat menyekat arus perubahan yang dibawa MPMUM dalam FESKUM.

8. MPMUM dimaklumkan yang baki dalam akaun FESKUM tahun lepas berjumlah hampir satu juta. Tetapi HEP tidak membenarkan jawatankuasa FESKUM untuk menggunakan wang tersebut untuk pengurusan. Alasannya, untuk dimasukkan dalam tabung kebajikan pelajar.

9. Saya sudah muak dengan alasan HEP yang sungguh bodoh dan tidak matang.

10. Tidak cukup itu, syarikat-syarikat tajaan utama FESKUM turut dihubungi HEP untuk memburukkan MPMUM. Katanya, FESKUM kali ini dikendalikan oleh puak-puak pembangkang.

11. Sekali lagi saya menyebut, ia satu tindakan yang dungu dan kebudak-budakan.

12. Saya tak tahu sampai bila HEP mahu menjadi 'pak turut' kepada juak-juak yang tidak senang dengan perubahan dan kebenaran. Bagai anjing layaknya.

13. Maaf jika terlalu kasar, namun itulah realitinya.

No comments: