Wednesday, October 28, 2009

Perpecahan PAS dan Kerajaan Perpaduan : Satu Analisis Berani


oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Setelah dipersetujui oleh sekelian ahli PAS di dalam Muktamar Agung PAS dahulu, bahawa PAS mestilah berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencapai lebih banyak kejayaan di dalam PRU ke-13 mendatang, dan menutup terus agenda Kerajaan Perpaduan. Namun isu ini kembali panas di dalam kepimpinan PAS.

Apa sebenarnya yang berlaku di dalam PAS hari ini? Rata-rata kepimpinan dan ahli bawahan PAS menyatakan soal adab, perpecahan dalaman dan macam-macam fundamental jemaah yang semakin mengelirukan fikrah asliyah (pemahaman sebenar) ahli-ahli kecil PAS.

Rakyat seluruhnya maklum, PAS adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini. Dan PAS perlu berperanan sebagai satu badan yang mengembangkan kefahaman Islam yang sebenar menggunakan 'baju' PAS kepada masyarakat bukan Islam. Ini tugas utama PAS selain terlibat di dalam politik.

PAS, Fundamental dan Dakwah

Seharusnya PAS perlu bersyukur dianugerahi pemimpin seumpama Dato Seri Nizar Jamaluddin yang berjaya memberikan contoh menyatukan golongan bukan Islam dan berjaya menarik mereka ke gelanggang kefahaman bahawa PAS adalah membawa fundamental Islam dalam aspek-aspek keadilan sosial dan kebajikan.

Lebih bernilai, DS Nizar memakai baju PAS pada dakwahnya kepada rakan-rakan Cina di dalam DAP dan PKR.

Jika di lihat sejak PRU 12 pada 8 Mac lepas, yang berjaya menterjemahkan mesej Islam kepada masyarakat berbilang kaum adalah PKR, bukan PAS. Itu pun setelah, PAS mula membuka ruangnya bertahalluf dengan rakan-rakan parti lain. Jika tidak, saya rasa PAS tidak mungkin akan membawa idea 'Kerajaan Berkebajikan'.

Pembentukan Pakatan Rakyat adalah permulaan baik sebuah perpaduan cara Islam

Jika dianalisis, sebab apa PAS gagal memperolehi majoriti sokongan pada PRU-11 dan kehilangan DAP sebagai rakan tahalluf, adalah kerana PAS waktu itu tegar dengan fundamentalnya untuk membawa 'Negara Islam'. Namun, pada PRU baru-baru ini, PAS berjaya memperolehi lebih majoriti apabila mengenengahkan konsep 'Negara kebajikan' yang lebih dekat dengan rakyat.

Bukankah 'Negara Kebajikan' itu adalah hasil interpretasi sebuah negara Islam?

Patah Kebelakang

Namun, hari ini PAS seumpama hendak berpatah ke belakang, dan kembali menjadi sebuah parti yang dianggap jumud, konservatif dan tertutup, dalam keadaan masyarakat bukan Islam dari Cina dan India juga orang Islam yang kurang faham Islam yang sudah terbuka dan berlumba-lumba mahu mengetahui apa isi sebenarnya Islam yang di bawa PAS.

Mana tidaknya, tindakan 'kurang cerdik' Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Hassan Ali yang tidak sabar-sabar ingin menegakkan hukum Allah di muka bumi Selangor, lalu meluluskan Enakmen Undang-undang Arak bagi mencari pesalah minum arak. Sebab itulah saya tidak pelik, ia ditentang oleh rakan-rakan dari DAP yang tidak bersetuju, kerana saya yakin DAP masih belum faham undang-undang Hudud yang sebenar.

Apakah yang PAS faham kini apabila melaksanakan hukum Allah itu adalah dengan tujuh kesalahan Hudud tersebut perlu bermati-matian ditegakkan? Sedangkan, banyak lagi suruhan-suruhan dan galakkan supaya menegakkan keadilan, berhukum dengan adil, menentang kezaliman dan pecah-amanah, serta memusuhi rasuah. Hukum ini dimana letaknya?

Oleh sebab itu, pandangan saya isu 'Kerajaan Perpaduan' ini tidak akan timbul walau sedikit pun seandainya pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PAS faham dan jelas matlamat dan agenda dakwah yang saya sebutkan diatas.

Apa perlu bergabung dengan UMNO, walaupun atas nama 'menyelamatkan umat Islam', yang PAS sendiri pun tidak akan pasti dan yakin, jika mereka bergabung dan membentuk kerajaan, hukum Islam akan berjaya dilaksanakan. Untuk menyelamatkan 'orang Melayu', bolehlah!

Kejayaan Islam Hadhari Pak Lah

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' ini boleh dikatakan salah satu propaganda untuk mensekularkan PAS dengan meletakkan perjuangan kefahaman Islam jauh menyimpang dari fundamental yang diura-urakan PAS itu.

Mengikut bacaan saya juga, ia adalah salah satu kebijaksanaan Perdana Menteri dahulu, Pak Lah yang berjaya menterjemahkan idea 'Islam Hadhari'nya untuk menyatu-padukan ummah atas nama Islam.

Oleh itu, pemimpin-pemimpin PAS yang dahulunya berdegar-degar mengutuk Islam Hadhari, sedangkan pada hari ini mahukan pula 'Kerajaan Perpaduan', maka mereka ini masih belum faham perjuangan Islam sepenuhnya, atau pun menganut kefahaman Islam Hadhari.

Apa yang berlaku hari ini, boleh diselesaikan. Soal, EGM dan sebagainya, hanya metodologi penyelesaian sahaja. Apa yang penting, PAS mesti mengenal-pasti jalur-jalur kelemahan di peringkat kepimpinan melalui medan-medan tarbiyah antaranya usrah dan pertemuan fikri mereka.

Pemahaman Islam yang seharusnya menepati pada waktu dan kondisi hari ini, sambil digabungkan dengan keluasan konsep Islam perlu diperhatikan kembali. Dan penerangan ini perlu dilengkapi dengan penghayatan sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam pentadbiran politik baginda di Madinah yang memiliki kaum dan agama yang berbilang, dan bukan sekadar mencontohi peringkat dakwah di Mekah yang hanya mengutarakan dakwah fasa rahsia dan seterusnya kepada fasa terang-terangan.

Bagaimana pula dengan dakwah Nabi s.a.w di Madinah yang lebih luas dan terbuka? Bagaimana hubungan Nabi s.a.w dengan golongan bukan Islam? Apa kerjasama politik dan ekonomi yang baginda telah laksanakan?

Persoalan ini perlu ditanggapi dengan kritikal dan ilmiah. Bagi saya PAS masih lagi punyai peluang untuk berubah, sebelum mereka membuat perubahan.

Akademi Pengajian Islam,
Rabu, 5.35 petang (28 Oktober 2009).

Monday, October 26, 2009

"Mahu berkahwin dengan.."

catatan: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Saya menulis catatan ini sambil mendengar alunan Kenny-G Song (titanic) yang saya perolehi dari laman blog abang saya. Hari ini saya mahu berhenti seketika berbicara isu dan gelagat politik.

Entah mengapa terditik nak menulis soal kahwin. Dua hari lepas saya ke Perak berbincang soal pertunangan. Teringat saya juga sahabat seperjuangan Fahmi Suhaimi (Setiausaha Kerja PMIUM) sudah pun selamat majlis perkahwinannya. Juga pada hari yang sama. Tahniah.

Namun sebelum tu, juga kepada ibunda tercinta Azaiah Binti Harun yang baru sahaja melepasi ulang tahun hari lahirnya yang ke-51. Orang yang paling banyak mendidik saya walaupun beliau bukan seorang guru.

Maaf jika tulisan ini terlalu peribadi. Maaf ya..

Perihal Kahwin

Ada orang bertanya saya suatu hari, "Bagaimana nak membentuk perkahwinan yang bahagia?" "Kalau boleh sehingga akhir hayat.."

Hmm.. Soalan yang sangat tajam! Sesak juga dada nak menjawabnya. Tapi bagi saya mudah saja.

"Apa tujuan kahwin?", saya bertanya kembali.

"Memenuhi tuntutan fitrah", rakan saya menjawab.

"Ok.. Selain itu?", saya menyoal kembali.

"Mengelakkan seseorang itu terjerumus ke dalam kemaksiatan", dia menjawab.

Sebelum dan Selepas

Banyak orang berkahwin, hanya memikirkan apa yang perlu dibuat sebelum kahwin. Persediaan, kelengkapan, duit dan macam-macam lagi.

"Hantarannya berapa dulang?"

"Mas kahwinnya berapa?"

"Jangan lupa ajak sedara-mara jauh dan dekat, datang kenduri.."

Tapi banyak orang tidak panjang berfikir. Apa yang akan berlaku selepas daripada perkahwinan tersebut. Seminggu, sebulan, setahun selepas perkahwinan itu.

Saya bertanya kembali, "Adakah berkahwin itu sekadar memenuhi tuntutan fitrah sahaja?"

Adat mengikut Ibadat

Kalau kita fikir, sebab apa tok nenek kita boleh bahagia perkahwinan mereka hingga ke hari ini. Nak kata bercinta macam kita, dulu-dulu bukannya ada handphone nak bersms. Kalau boleh pun, berjumpa. Itu pun masih takut-takut lagi. Tapi hubungan boleh kekal hingga ke tua.

Orang dulu yang mengikat mereka sekuat itu adalah pengamalan adat dan budaya mereka. Misalnya anak dara dahulu banyak pantang larangnya, dijaga dengan penuh cermat dan tingkah lakunya penuh hati-hati.

Berbeza dengan zaman sekarang, anak daranya sudah bebas dan terbuka. Mereka banyak terlibat aktiviti sosial dan bergaul, serta ibu bapa juga ramai yang kurang mengikat mereka.

Oleh itu, apa yang mengikat mereka ini?

Jawapannya adalah akhlak dan agamanya.

Sebab itu, kepada yang bakal-bakal berkahwin, supaya letakkan border siap-siap bahawa agama merupakan asas yang penting dalam pemilihan jodoh.

Bila agama kita letakkan awal, maka tak timbul soal adat itu, adat ini. Bersandinglah, merenjislah dan macam-macam lagi. Kerana kedua pihak memahami corak kehidupan ala apa yang diwarisi dan diaplikasi oleh satu-satu pihak itu.

Berkahwin bukan untuk diri

Dan apabila itu, maka visi dan misi berkahwin itu tidak lagi menjadi sempit tatkala kita dah letakkan sebab agama itu yang utama.

Berkahwin bukan sekadar melepaskan tuntutan fitrah, bahkan perkahwinan itu adalah untuk membina sebuah keluarga yang beriman, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, membentuk peribadi anak-anak menjadi pemimpin yang baik pada masa depan, dan akhirnya membuahkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera yang mengamalkan nilai-nilai Islam.

Dan matlamat berkahwin itu sudah tidak lagi menjadi tuntutan individu diri sendiri, malah semakin luas lagi untuk membina sebuah khilafah Islam sejagat.

Selamat berkahwin kepada semua yang bakal berkahwin. Berkahwinlah untuk agama bukan untuk diri sendiri.

Kepada Abg Dzulkhairi, abg Shahir dan Abg Yusri dengan pasangan masing-masing yang bakal berkahwin. Khususan ila Abang Afiq yang bakal bertunang.. Selamat berbahagia..

Thursday, October 22, 2009

Berusrah dengan keluarga ustaz Ramadhan

catatan oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Pagi tadi jam 7.05 pagi, saya menerima sms berkenaan pemergian anakanda Ustaz Ramadhan Fitri ke rahmatullah. Tatkala saya membacanya, terkedu seketika. Baru minggu lepas saya berkunjung menziarahi Siti Fatimah di Hospital Putrajaya.

Ustaz Ramadhan walaupun dua minggu bersengkang mata menjaga anaknya, masih mampu tersenyum apabila saya dan Rusydi tiba di Masjid UPM.

“Ustaz, bersabar ya”, saya memeluk ustaz.

“Terima kasih akhi, inilah rezeki yang Allah bagi pada ana”, ujar ustaz. Bergetar suaranya.

Di matanya tergenang sedikit berkaca. Saya memahami situasi seorang ayah kehilangan anaknya.

Datang dan Pergi

Serasa baru semalam saya mengucapkan tahniah atas kelahiran Siti Fatimah kepada Ustaz Ramadhan dan Kak Khadijah. Sewaktu saya menziarahi ustaz di rumahnya dalam satu kenduri aqiqah.

Minggu lepas sahaja, dua orang yang banyak mendidik saya juga mendapat cahaya mata. Ustaz Hisomuddin dan Ustaz Shahrulzaman.Ustaz Hisom menerima orang pertama, manakala Ustaz Shahrul anak yang kedua. Tahniah saya ucapkan.

Dua hari lepas juga saya terima sms daripada sahabat seperjuangan saya, Hafiz Sabri. Katanya baru menziarahi seorang ahli jemaah yang kematian anaknya berusia 19 tahun, kemalangan jalan raya.

Betapa hidup ini menerima insan yang datang dan pergi. Melengkapi sunnatullah. Membawa kita merenungi kembali diri dan alam. Hidup tidak lama, mesti segera buat bekalan.

Mati sebagai penasihat

‘Akhi, pengajaran paling baik adalah mati.’ Sahabat saya Hafiz Sabri pernah mengingatkan dalam satu usrah saya dengannya.

‘..mati itu tidak mengenal usia muda atau tua, kita kena banyakkan amal ibadah, jangan lakukan kemaksiatan yang nampak dan tersembunyi..’

‘..hormatilah ibu bapa, kerana ketiga-tiga amalan ini memudahkan kita untuk sakaratulmaut..’

‘..dan menjadi bekalan kekal kita di kubur dan akhirat. Banyakkan menginsafi kerana kita tidak tahu adakah esok masih lagi pasti milik kita..’

Terima kasih ustaz Ramadhan, saya banyak belajar dari usrah pagi tadi. Juga kepada Siti Fatimah. Menasihati saya dalam ‘tidur’nya.

~Takziah dan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Siti Fatimah Binti Muhammad Ramadhan Fitri Ilyas atas pemergian jam 6.02 pagi tadi.~

Tuesday, October 20, 2009

Bodoh dan Membodohkan Orang Lain

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Apabila saya mendapat tahu berkenaan rakan-rakan saya daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) akan dipanggil prosiding atas kesalahan menjemput ahli politik di dalam program mereka, saya terus menghubungi Yah Huei, untuk mendapatkan penjelasan.

Memang benar, mereka disabitkan kesalahan atas alasan 'menjemput orang luar' di dalam program persatuan mereka. Ini kerana sepatutnya (dalam tatatertib) tidak boleh menjemput selain ahli persatuan.

Begitu juga rakan seperjuangan saya Haafizuddin (mantan Presiden PMIUM) dan Abu Ubaidah turut disabitkan kesalahan kerana menjemput ahli politik merasmikan Mesyuarat Tahunan PMIUM (AGM).

Semakin hari sudah semakin tidak rasional tindakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) terhadap mahasiswa. Dan ia semakin menjadi-jadi.

Saya tidak tahu apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pentadbiran HEP kepada mahasiswa ini. Program-program perbincangan ilmiah disekat, macamana nak melahirkan mahasiswa yang beridealisme? Tapi kalau program-program berbentuk hiburan, punyalah beri sokongan!

Rupanya saya mendapat jawapan, yang saya boleh simpulkan di sini: 'HEP nakkan mahasiswa yang bodoh dan tidak intelek, yang hanya habiskan masa sebagai mahasiswa di UM hanya untuk berseronok-seronok'

Jangan bermimpilah nak bercakap soal mengapa graduan UM tidak mendapat tempat di pasaran kerja di luar, kalau program-program pembinaan skill dan idealis di UM pun tidak dibenarkan.

Apa ertinya bergraduan dengan pointer yang tinggi, tetapi tidak mampu menjadi orang berguna (yakni berkhidmat dan mendapat tempat) di dalam masyarakat. Kalau macam tu, baik belajar di pondok, keluar-keluar dah boleh jadi ustaz dan dihormati masyarakat.

Kalau kita tak 'bodoh', sekurang-kurangnya kita gembira bila orang lain lebih pandai dari kita. Ataupun usahakan untuk orang lain lebih 'tidak bodoh' dari kita. Bukannya jadi bodoh, tapi membodohkan orang lain. Lagi bertambahlah orang bodoh kat dunia ni!

Thursday, October 15, 2009

Menggapai Nusrah daripada Allah

oleh Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Hari ini jam 5 pagi, ditemani secawan kopi. Saya hirup perlahan-lahan. Mata ketika ini menghadap laptop untuk mencatat sedikit idea setelah beberapa hari blog saya menyepikan diri.

Sambil-sambil itu, saya cuba merenung kembali suasana gerakan mahasiswa Islam di kampus. Semalam, saya sempat berusrah bersama-sama dengan ahli-ahli PMIUM di kolej kediaman kelima selepas subuh.

Oleh kerana sudah berjanji lama. Adik saya Amiruddin begitu mahu sangat diberikan sedikit pengisian kepada ahli-ahli disana, katanya sudah lama tidak ada tazkirah dari pimpinan PMIUM. Berat untuk saya tinggalkan, saya penuhi jua.

Dua perkara sahaja yang saya sebut dan tinggalkan kepada mereka. Iaitu, dua faktor paling besar yang menjadi kekuatan paling ampuh untuk lahirkan ahli gerakan yang iltizam dengan perjuangan.

Pertamanya ialah kekuatan pergantungan seseorang itu dengan Allah s.w.t dalam semua perkara. Ini yang paling penting.

Kenapa dalam gerak kerja dan perancangan strategi yang kita laksanakan, kadang-kadang mudah sangat kita rasa kecewa sekiranya ia tidak memenuhi kehendak dan matlamat tersebut. Terkadang juga kita mula menyalahkan sistem, ahli yang gagal memberikan komitmen dan pelbagai lagi.

Sebabnya, kita tak sandarkan sepenuh perancangan kita pada Allah. Tidak merasakan keputusan akhir adalah datang daripada Allah sahaja. Dan tiada sikap sentiasa meredhai apa jua yang akan diberikan oleh Allah dalam perjuangan kita.

Keduanya, saya sebut untuk menilai sejauh mana kepimpinan dan kehebatan sesorang ahli gerakan itu dengan cara kita melihatnya berjaya menyelesaikan masalah dalam kondisi dan suasana yang sangat kritikal dan terdesak.

Kerana, tugas pemimpin itu adalah tugasan selesaikan masalah orang lain. Membetulkan yang tidak benar dan memperbaiki untuk menjadi lebih baik.

Sebab itu, perlunya kekuatan rohani yang kuat dalam diri ahli gerakan. Ibadah sentiasa dijaga, amalan mesti dekat kepada Allah dan menghindarkan maksiat yang berlaku disekeliling. Barulah Allah bersedia turunkan nusrah-Nya.

Tak sedar, jam menghampiri ke 5.35 pagi. Kopi terus dihirup. 'Selepas ini mahu berjumpa Tuhan..'

Saturday, October 10, 2009

Mengapa E-Undi perlu dibantah?

PENDAHULUAN

Pilihan Raya Kampus (PRK) pada sesi kali ini menyaksikan penggunaan sistem E-Undidalam pemilihan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Kementerian PengajianTinggi (KPT) yang diketuai oleh Dato Seri Khaled bin Nordin, memutuskan bahawasistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh kampus. Dan ia turut berlakukepada kampus Universiti Malaya selain kampus-kampus lain. Secara umumnya,sistem ini dilihat sangat tersusun dan moden dalam situasi penggunaan teknologimaklumat kini, namun disebalik itu, terdapat satu usaha untuk mencabul kesuciansistem demokrasi kampus yang selama ini dipertahankan oleh mahasiswa.

KRONOLOGI PERLAKSANAAN SISTEME-UNDI DI UNIVERSITI MALAYA

Tahun 2007:

- Satumesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor –Timbalan Naib CanselorUniversiti telah diadakan bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Kampus(PRK) dan penggunaan sistem E-Undi dalam pemilihan akan datang.

- Dato'Mustapha Muhammad yang merupakan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi ketikaitu memutuskan semua IPTA untukmengadakan pemilihan MPP secara elektronik

Tahun 2008

- 5 Mac 2008 : Puan Thanavathi ( Penasihat Undang-Undang Bahagian HalEhwal pelajar) telah memohon laporan lawatan e-undi di UPM daripada YDP MPMUMsaudara Afandy Sutrisno Tanjung yangdiadakan pada13 Februari 2008 diiringi oleh Ketua Penolong pendaftar danpenasihat MPMUM ketika itu iaitu Encik Apandi Khalib.

- 13 Jun 2008 : lawatan pihak MPMUM untuk melihat pelaksanaan sisteme-undi di UIA. Juga melibatkan pemimpin pelajar yang lain termasuk PMIUM.

- 14 Ogos 2008 : lawatan ke UPSI untuk pelaksaan sistem e-undi.

- Pihak MPMUMpada sesi 2007/2008 sebulat suara tidak bersetuju dengan pelaksanaan sisteme-undi. Namun pihak HEP mengganggap pihak MPMUM gagal mengemukakan hujah yangkukuh kerana tidak mengemukakan sebarang bentuk penolakan daripada pelajarkampus.

Tahun 2009

- Sistem E-pendaftaranmula diperkenalkan dan dilaksanakan di UM semasa sesi pemilihan MPMUM 2008/2009

- Pihak HEPmerasakan UM perlu melaksanakan sistem e-undi bagi pemilihan MPMUM sesi2009/2010 kerana hampir semua kampus telah pun melaksanakan e-undi.

- MPMUM sesi2008/2009 tidak pernah dipanggil menghadiri sebarang perbincangan berkaitane-undi sehingga fasa akhir. Pada 4 Ogos 2009 baru-baru ini pihak MPMUMdipanggil untuk mesyuarat pelaksanaan e-undi dan memaklumkan institusi MPPperlu perakui apa-apa persetujuan yang telah dilakukan sebelum ini.

- Pada 14 September 2009, pihak pemimpin mahasiswa dan beberapa pimpinan MPMUMmenghantar surat minta penjelasan ke pejabat TNC HEP dan hanya diserahkan kepada Ketua Penolong PendaftarBahagian HEP Encik K.Purniamurthy dengan makluman TNC HEP tiada di pejabat.Beliau bersetuju untuk mengadakan sesi penjelasan dengan pimpinan mahasiswakeesokan harinya.

- 15 September 2009, jam 2.30 petang, di dewan Kompleks Perdana Siswa, satusesi penjelasan diadakan oleh pihak TNC HEP kepada pimpinan pelajar yangmembantah sistem ini. Berikut merupakan antara isi perbincangan bersama pihakpentadbiran HEP.

· Pihak MPMUMsesi 2008/2009 menegaskan tiada sebarang persetujuan dan perjanjian yangberlaku untuk pelaksanaan e-undi bagi kempimpinan sesi 2007/2008 ( saudaraAfandy sebagai YDP) mahupun sesi ini.

· Peruntukankewangan untuk tujuan operasi adalah RM 40,000.00, namun pihak HEP menafikanwang tersebut diambil daripada wang pelajar.

· Pihak TNCHEP menegaskan bahawa pihak beliau hanya melaksanakan arahan daripada Menterisebagai pegawai kerajaan.

· Sistemdibina dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak PTM. Penjelasan berkenaanaplikasi e-undi bagi mahasiswa OKU dan mahasiswa perubatan di Klang gagaldiberikan.

- 16 september 2009 : street test E-undi di KPS diadakan.

- 6 Oktober 2009 : Bermula roadshow ke Kolej-kolej kediamanbentang sistem e-undi.

- PilihanrayaKampus yang di jangkakan sama ada bulan Oktober 2009 Atau Januari 2010 masihmenjadi tanda tanya.

Pendirian BANTAH Terhadap Perlaksanaan E-Undi diUniversiti Malaya

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) bersama-sama dengan frontyang menyokong sebulat suaramembantah perlaksanaan sistem E-Undi di dalam Pilihan Raya Kampus (PRK). BANTAHberpendirian:

1. Ketelusan dan kerahsiaan undi mahasiswa dicabuli.

Denganmenggunakan nombor PIN yang disediakan oleh pengawal sistem, kerahsiaanidentiti mahasiswa yang mengundi sudah terdedah. Ini kerana pengawal sistemdapat mengesan calon manakah yang diundi.

2. Integriti pengawal sistem diragui ketelusannya.

BANTAH tidak pesimis terhadappengendali sistem ini. Namun, dengan sejarah pengendalian Pilihan Raya Kampus(PRK) yang lepas menjadi titik tolak kepada BANTAH meragui akan ketelusannya. Sebagai buktinya, berlaku penipuan dalam pengundian apabila terdapat pengundihantu di kolej kediaman Raja Dr Nazrin Shah.

3. Risiko terdedah kepada sabotaj (hack)dan masalah teknikal.

BANTAH bimbang terdapatnyaunsur sabotaj dari pihak-pihak tertentu lantaran penggunaan teknologi maklumatyang semakin canggih kini. Di samping itu, kerosakan teknikal sepertitergendala, terputus bekalan elektrik dan internet akan menggagalkan sistempengundian nanti.

4. Masih banyak tidak tahu gambaran sistem.

Hasil daripada beberapa kajian survey yang dilaksanakan, kebanyakanmahasiswa masih lagi belum memahami akan gambaran sistem pengundian yangsebenar. Ini membimbangkan BANTAH akan risiko kekurangan peratus yang akanturun mengundi kerana masalah ini.

5. Kos yang tinggi untuk melaksanakan sistem

BANTAH tidak bersetuju apabila sistem ini dibangunkandengan kos yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi sumber kos melaksanakan sistemini dibimbangi menggunakan wang pelajar.

TUNTUTAN BANTAH TERHADAP PERLAKSANAAN SISTEM E-UNDI

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) berpendirian dan menuntut kepadapihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar danAlumni (HEPA) agar:

  1. 1. Segera menangguhkan perlaksanaan E-Undi dan mengembalikan pengundian kepadasistem manual.
  2. 2. Memindahkan lokasi pembuangan undi daripada kolej kediaman kepada fakultimasing- masing bagi menjamin ketelusan dan kebebasan.
  3. 3. Melibatkan badan-badan bebas dan berautoriti seperti SPR dan MAFREL, bagimemantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK).

BANTAH berpendirian, sistem ini harusditangguhkan dengan kadar segera bagi menjamin ketelusan Pilihan Raya Kampus(PRK) akan datang. BANTAH sesekali tidak menolak kecanggihan dan pembaharuanyang ingin dibangunkan, namun apalah ertinya seandainya ia dilaksanakan tetapimencabuli prinsip demokrasi dan keadilan serta membelakangkan hak bersuaramahasiswa.

BANTAH tidak mahu pemimpin mahasiswayang dipilih, lahir daripada sistem yang bobrok atau lebih mudahnya `pemimpinsistem' , tetapi mestilah pemimpin mahasiswa yang lahir adalah hasil daripadaproses demokrasi yang adil dan telus.

"Mahasiswa Tuntut Demokrasi Kampus Telus dan Adil"

Disediakan oleh,

Gabungan Mahasiswa BantahE-Undi (BANTAH

Thursday, October 8, 2009

UM Masih Terbaik

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Tahniah kepada Universiti Malaya kerana memperbaiki kedudukan dalam tangga 200 universiti terbaik dunia.

Dalam laporan web Times Higher Education yang dikeluarkan hari ini, memperlihatkan UM satu-satunya universiti di Malaysia yang tersenarai. Walaubagaimanapun, rakan sebenua, Singapura, masih lagi mendahului melalui National University of Singapore di tangga ke-30.

Semoga terus maju. Walaupun begitu, imej UM perlu juga diangkat selaku universiti yang bersih dan berintegriti dari aspek demokrasi kampus.

Senarai tangga 10 universiti terbaik dunia:

1

1

Harvard University

US

100

100

98

100

85

78

100.0

2

3

University of Cambridge

UK

100

100

100

89

98

96

99.6

3

2

Yale University

US

100

99

100

94

85

77

99.1

4

7

University College London

UK

98

99

100

90

96

99

99.0

5=

6

Imperial College London

UK

100

100

100

80

98

100

97.8

5=

4

University of Oxford

UK

100

100

100

80

96

97

97.8

7

8

University of Chicago

US

100

99

97

88

77

83

96.8

8

12

Princeton University

US

100

96

82

100

89

81

96.6

9

9

Massachusetts Institute of Technology

US

100

100

89

100

31

95

96.1

10

5

California Institute of Technology

US

99

72

87

100

100

89

95.9


Kedudukan Universiti Malaya:

180

230

Universiti Malaya

Malaysia

60

68

68

21

72

65

56.5


Kedudukan Universiti di Asia di dalam 200 rangking dunia:

Hong Kong (24 & 46):

24

26

University of Hong Kong

Hong Kong

96

89

87

56

100

95

87.5


46

42

Chinese University of Hong Kong

Hong Kong

87

77

77

55

97

79

79.6


China (49 & 52):

49=

56

Tsinghua University

China

98

83

95

34

45

34

78.9


52=

50=

Peking University

China

100

93

89

35

24

30

78.4


Jepun (55):

55=

61

Tokyo Institute of Technology

Japan

81

79

72

80

31

49

76.3


Korea Selatan (69):

69

95

Korea Advanced Institute of Science and Technology

South Korea

84

52

77

65

47

31

72.6


Singapura (73):

73=

77

Nanyang Technological University

Singapore

86

84

44

44

100

100

72.0


Taiwan (95):

95=

124=

National Taiwan University

Taiwan

93

82

39

57

29

25

68.9