Tuesday, October 20, 2009

Bodoh dan Membodohkan Orang Lain

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Apabila saya mendapat tahu berkenaan rakan-rakan saya daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) akan dipanggil prosiding atas kesalahan menjemput ahli politik di dalam program mereka, saya terus menghubungi Yah Huei, untuk mendapatkan penjelasan.

Memang benar, mereka disabitkan kesalahan atas alasan 'menjemput orang luar' di dalam program persatuan mereka. Ini kerana sepatutnya (dalam tatatertib) tidak boleh menjemput selain ahli persatuan.

Begitu juga rakan seperjuangan saya Haafizuddin (mantan Presiden PMIUM) dan Abu Ubaidah turut disabitkan kesalahan kerana menjemput ahli politik merasmikan Mesyuarat Tahunan PMIUM (AGM).

Semakin hari sudah semakin tidak rasional tindakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) terhadap mahasiswa. Dan ia semakin menjadi-jadi.

Saya tidak tahu apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pentadbiran HEP kepada mahasiswa ini. Program-program perbincangan ilmiah disekat, macamana nak melahirkan mahasiswa yang beridealisme? Tapi kalau program-program berbentuk hiburan, punyalah beri sokongan!

Rupanya saya mendapat jawapan, yang saya boleh simpulkan di sini: 'HEP nakkan mahasiswa yang bodoh dan tidak intelek, yang hanya habiskan masa sebagai mahasiswa di UM hanya untuk berseronok-seronok'

Jangan bermimpilah nak bercakap soal mengapa graduan UM tidak mendapat tempat di pasaran kerja di luar, kalau program-program pembinaan skill dan idealis di UM pun tidak dibenarkan.

Apa ertinya bergraduan dengan pointer yang tinggi, tetapi tidak mampu menjadi orang berguna (yakni berkhidmat dan mendapat tempat) di dalam masyarakat. Kalau macam tu, baik belajar di pondok, keluar-keluar dah boleh jadi ustaz dan dihormati masyarakat.

Kalau kita tak 'bodoh', sekurang-kurangnya kita gembira bila orang lain lebih pandai dari kita. Ataupun usahakan untuk orang lain lebih 'tidak bodoh' dari kita. Bukannya jadi bodoh, tapi membodohkan orang lain. Lagi bertambahlah orang bodoh kat dunia ni!

No comments: