Monday, October 5, 2009

Kartika : Tahniah Fasihah dan Ayuni

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Tidak lupa juga kepada saudari Maryam yang begitu bersungguh untuk bertemu dengan Kartika. Katanya dahulu kepada saya, mahu membela hak wanita. Dengan cara yang benar-benar tepat.

Walaupun isu ini sudah tenggelam dek Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, saya memuji kesungguhan sahabat seperjuangan saya saudari Fasihah (Timb. Presiden PMIUM) dan rakan-rakannya. Isu umat Islam sentiasa akan dibincangkan kerana ia sejarah kepada kita.

Sister In Islam (SIS) bukan lagi penyelamat wanita. Mereka juga tidak layak untuk berbicara soal hak asasi wanita.

Di zaman nabi s.a.w, Rasulullah juga seorang pejuang hak asasi wanita. Manakan tidak setelah agama Islam di bawa ke dalam masyarakat jahiliyyah, kedudukan dan martabat wanita disanjung tinggi melebihi lelaki.

Jika dahulunya wanita hanyalah ibarat kain buruk yang boleh dipakai buang. Diambil jika diperlukan, dan dikesampingkan apabila tidak lagi bermanfaat. Namun, Rasulullah meninggalkan fahaman tersebut. Ini bermakna, perjuangan hak asasi wanita bukanlah berasaskan gender, namun ia berasaskan kefahaman Islam untuk menegakkan keadilan kepada kaum Hawa.

Maryam, Aziemah, Fasihah, Ayuni, Kartika dan Syazwan

Rasulullah bukan wanita, tetapi memperjuangkan wanita persis seorang feminis!

Di mana suara hak wanita daripada Sister In Islam dalam perkara-perkara kezaliman seperti Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang memisahkan seorang isteri dengan suaminya selama bertahun-tahun? Ini yang perlu dijawab oleh SIS dan ternyata ada agenda terselindung dalam setiap tindakan mereka.

Walaupun begitu, saya anggap Kartikalah pejuang wanita yang sebenar. Membuka mata masyarakat mempertahankan undang-undang Syariah Islam, dalam keadaan semua pemimpin-pemimpin negara dan politik Islam bacul menyuarakan kebenaran.

Tahniah juga kepada PMIUM dan HELWA MPMUM.

Maklumat berkaitan boleh rujuk: Pertemuan dengan Kartika di Sg Siput

2 comments:

qudwaH_Humaira' said...

ana menanti usroh seterusnya..

ogy said...

salam...saya dari syarikat penerbitan synergymate ingin mempelawa tuan untuk menghasilkan karya berbentuk novel islamik untuk diterbitkan oleh syarikat kami. sekiranya berminat boleh menghubungi saya di damya_ogy@yahoo.com.my atau

synergymate sdn.bhd
5a, jalan 1/5, seksyen 1,
bandar teknology kajang,
43500 semenyih selangor
tel: 03-87235830