Friday, October 2, 2009

Happy Mooncake Festival dan Meneruskan Agenda Perjuangan

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Semalam, saya mengucapkan selamat meraikan Pesta Tanglung kepada rakan-rakan perjuangan saya yang berbangsa Cina.

Tahniah buat sahabat saya, Chong Yah Hui selaku penasihat Pesta Tanglung Universiti Malaya (PTUM) kerana berjaya melaksanakan program gemilang tersebut. Tema kali ini adalah 'Budaya Asas Perpaduan' sangat tepat dengan konsep 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri.

Bukan mudah untuk mewujudkan perpaduan, apatah lagi dalam negara Malaysia yang berbilang kaum. Justeru, program seumpama ini, walaupun asasnya dianjurkan oleh kaum Cina, namun ia bukanlah asing bagi bangsa lain untuk mengikutinya.

Semangat tentera Han patut diambil iktibar. Apabila kerajaan Mongol menjajah Dinasti Han, semangat membebaskan penjajahan tanah air begitu kuat, lalu mereka menggunakan kuih bulan (Mooncake) yang didalamnya diselitkan risalah memerdekakan negara dari tentera Mongol. Ini bermakna kuasa asing harus secara tradisinya dihapuskan dari menjajah pemikiran generasi Cina kini.

Dalam meraikannya, saya tidak lupa menasihatkan bahawa perjuangan masih belum selesai. Dalam bahang Aidilfitri dan sambutan Tanglung, perjuangan menentang ketidak adilan dan ketelusan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang mesti terus diagendakan dan disemarakkan.

Sekali lagi, MPMUM menyatakan pendirian tegas mahu agar sistem E-Voting dimansuhkan atas faktor ketidak telusan dan keraguan. Sistem ini bukanlah yang mendesak untuk dilaksanakan. Apa masalahnya terus menggunakan sistem mengundi manual yang walaupun lama untuk pengiraannya jumlahnya.

Pada minggu lepas juga, saya bertemu dengan Law Society membincangkan perkara yang sama. Premis mereka juga tidak bersetuju atas alasan demokrasi dan ketelusan berpolitik di kampus semakin mati.

Apa yang pasti, E-Voting akan tetap dilaksanakan. Tetapi pihak HEPA mesti ingat bahawa mahasiswa hari ini sudah cerdik. Jangan sampai mahasiswa turun ke jalan raya memboikot dan tidak mengundi satu hari nanti.

No comments: