Saturday, July 11, 2009

Jatuh Bangun Sepenggal MPMUM


Assalamualaikum Wrt Wbth dalam Salam Sejahtera.

Seluruh mahasiswa dan penyokong yang dikasihi.

1. Sedar tidak sedar, sudah sepenggal sesi kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang dipimpin oleh Pro-Mahasiswa di kampus UM.

2. Banyak teguran, kritikan, aduan dan harapan mahasiswa kepada kami. Ada yang kami mampu tunaikan dan ada juga yang masih tertangguh.

3. Sepenggal lepas begitu mengujakan dan mengajar banyak perkara. Kali pertama setelah hampir 6 tahun kampus tidak dipimpin Pro-Mahasiswa. Hampir setengah daripada penggal juga kami cuba belajar dan dalam masa yang sama bekerja.

4. Isu-isu kebajikan seperti pembuangan pelajar dari kolej, masalah air, keselamatan mahasiswi, dan kecurian, disamping isu intelektual dengan memperbaiki pengisian Minggu Haluan Siswa, dan menganjurkan beberapa forum isu semasa. Alhamdulillah, ia berjaya dilaksanakan.

5. Perlu juga diketahui, kami pada sesi kali ini berhadapan dengan begitu banyak sekatan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), maklumlah kerana Pro-M yang memerintah.

6. Bermula daripada penafian MPMUM mengikuti program-program bersama kementerian, menarik diri daripada Konvensyen MPPK, melambat-lambatkan permohonan kebajikan, menyekat MPMUM bertemu mahasiswa di kolej-kolej kediaman dan menghapuskan wang honorarium MPMUM untuk diberi kepada mahasiswa.

7. Begitu juga sebilangan exco-exco daripada Penggerak Mahasiswa (PM) yang tidak buat kerja dan hanya tahu mempertikaikan orang lain.

8. Itu semua asam-garam dalam pemerintahan kali ini.

9. Justeru itu, saya telah memutuskan beberapa perkara untuk kemaslahatan dan kebajikan mahasiswa yang mengundi saya pada PRK lepas. Untuk sesi akan datang ini.

10. Antaranya ialah mengurangkan keterlibatan dalam program-program besar yang kurang menguntungkan mahasiswa seperti menghadiri program luar anjuran kerajaan mahupun kampus lain. Fokus saya pada mahasiswa UM.

11. Mendekati masyarakat kampus dengan turun di kolej dan fakulti juga menjadi agenda besar saya. Nantikan penubuhan Pusat Khidmat Siswa khusus untuk pelajar APIUM sebagai medan untuk mengadu masalah dan menyampaikan maklumat terkini. Medium dua hala mahasiswa - pemimpin pelajar - pentadbiran.

12. Saya juga memutuskan, jika diizinkan Allah, untuk saya memberikan 10% daripada perbelanjaan PTPTN saya untuk tujuan kebajikan mahasiswa. Ini saya anggap sebagai sumbangan kepada mahasiswa yang memerlukan.

13. Semoga ia dipermudahkan. Mohon doa dari semua.

3 comments:

Ummu Syazwina said...

bagaimana boleh ana membantu sahabat2 mpm?...

Allah menjanjikan ganjaran yg besar buat hamba2Nya yg bersabar dan x putus asa berjuang dipihak yg benar... Kuatkan pergantungan pada Allah swt.

wslm.

qudwaH_Humaira' said...

hakikat hari ini ana beriman, pimpinan mahasiswa termasuk ana sendiri memerlukan satu sudut pandang yang lebih luas...

Aizat Salleh said...

Mahasiswa, keluarlah dari belenggu keongkongan. Bangkitlah kembali mengambil semangat mahasiswa dahulu. Tidak membincangkan perkara remeh dan menjadi agen perubah negara..
Aizat.