Jumaat lepas, di celah-celah kesibukan, sempat juga kami pimpinan MPMUM turun menziarahi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kami berkesempatan ke Wad Pediatrik (Kanak-kanak).
Kunjungan kami disambut mesra ahli keluarga pesakit. Alhamdulillah, sedikit sumbangan kami serahkan kepada keluarga pesakit.
Terima kasih saya ucapkan kepada Saadah dan Zakiah, selaku wakil Persatuan Jururawat Pelatih (PJP) dan Kak Is dari SAHABAT PPUM yang banyak membantu kami. Semoga jasa kalian dikenang. Tidak lupa pimpinan MPMUM yang turun, Chong, Kak Falina, Masaida dan Hafiz Ilyas. Jika berkesempatan lagi, kita ke wad lain..
GALERI LAWATAN:
Hafiz, Timb.Naib YDP, menyampaikan sedikit buah tangan kepada pesakit. "Adik jangan lupa makan ubat ye, moga cepat sembuh"
Dari kiri: Zakiah (Jururawat pelatih), Chong (NYDP) dan Hafiz dengan adik Rania.
2 comments:
Salam.. macam Yb la saudara Aizat.. Teroskan usah anda..
Wasalam,abg zali.
Terima kasih. Ana masih tak lupa pesanan2 mutiara kpd ana dulu.
Doakan kami.
Post a Comment