Saturday, April 25, 2009

Labih Baik Tak ada Hujah, Daripada Membodohkan Orang

Saya ada baca dalam surat khabar dua hari lepas, ada isu menarik berkenaan dengan budaya pemikiran umat Islam kita, khususnya orang Melayu Islam.

'Hukum fiqh yang diijtihad oleh ulama-ulama Islam adalah bersifat manusiawi'.

Begitu lebih kurang bunyinya. Artikel tersebut membincangkan berkenaan persoalan-persoalan fiqh yang dikemukan serta dibincangkan oleh ulama-ulama, lalu menghasilkan hukum untuk dilaksanakan. Bagi kelompok ini, mereka menganggap ia masih boleh dipersoalkan serta boleh dikritik. Dan apabila ia masih boleh diperbetulkan, maka tidak wajib mengikutinya seratus peratus.

Sekali dengar macam betul.

Pemikiran Bodoh

Saya tidak faham, kenapa masih ada golongan seperti ini. Tapi, saya tak pelik. Sebabnya, ramai orang sekarang faham Islam ikut selera masing-masing.

Kenapa ya, kalau isu-isu yang melibatkan hukum perundangan Islam, ramai orang Islam kita lebih suka mengkritik daripada melihat kebaikan disebaliknya. Contohnya, pemakaian tudung kepada wanita muslim.

Dalam isu lain seperti pengharaman babi kepada orang Islam. Saya ingin bertanya, mengapa Islam mengharamkan makan babi? Orang Islam biasanya akan menjawab, babi adalah binatang yang kotor dan di dalam isi daging babi tersebut terdapat cacing yang susah mati dan akan membawa kemudaratan kepada si pemakannya. Jawapan ini biasanya bagi menjawab mungkin persoalan non-muslim yang mahukan hujah yang kukuh.

Tetapi, cuba bayangkan ya, jika satu ketika, sekumpulan saintis berjaya menemukan satu formula untuk membunuh cacing tersebut? Dan sekumpulan penternak babi membuka ladang ternakan babi yang diurus dengan baik dan bersih. Maka apakah jawapan kita?

"Dah sebut dalam Al-Quran.. Ikut je lah.."

Biar Nampak Agak Kolot Tapi Berprinsip

Bagi saya, jawapan yang terakhir itulah yang paling betul. Walaupun nampak macam orang bodoh dan tak tahu skill berdakwah. Islam tak ada hujah dan macam-macam lagi. Memang pun. Tapi ia lebih baik bagi saya.

Inilah paradigma orang Islam kita sekarang.

Apa yang datang dari Islam, kena kaji dulu. Kena semak. Dengar orang cakap macam mana.

Kaji tu tak ada masalah, kerana Islam sendiri menggalakkan pengkajian. Tapi bila dah kaji, mula mempertikaikan hukum tak betul, tak sesuai, tak kena waqie dan sebagainya.

Macam isu yang saya bawakan mula-mula diatas, kenapa bila datang hukum yang telah ditetapkan dan dibincangkan oleh ulama-ulama, kita mudah nak pertikai kesahihan. Sehinggakan keluar perkataan 'ia bersifat manusiawi', 'ulama tidak maksum' dan lain-lain lagi.

Tapi, bila datang teori-teori sains daripada Barat, kita agungkan lebih-lebih. Sampaikan dah tak nampak di mana Al-Quran.

Inilah pemikiran orang Melayu Islam kita. Khususnya di Malaysia ini.

Sebab itu, betullah kata-kata seorang ilmuwan:

'Satu penemuan yang agung pada masa kini adalah, apabila kita berjaya membetulkan paradigma berfikir manusia, maka manusia akan merubah dunia..'

Allahu'alam.

((Sebarang buah fikiran dan lontaran, sila berikan komen anda. Terima kasih atas perkongsian anda!))

1 comment:

maslida@blogspot.com said...

hujah berdasarkan dalil. tidak akan tersasar....
tapi macam mana dengan orang yang tak ambik kisah langsung ek?