Saturday, April 4, 2009

Berguru Dengan Pensil Kayu


Rupa-rupanya, di dalam dunia ini, ramai orang yang sibuk. Tetapi ramai yang tidak tahu apa erti sebenar dia sibuk.

Beberapa minggu kebelakangan ini, saya berada dalam kesibukan. Sahabat-sahabat saya, Shazni Munir, Presiden PMIUM, turut sibuk, dengan tanggungjawab yang baru digalasnya. Wan Azman, ke hulu dan ke hilir sebagai orang penting dalam persatuan Borneo. Begitu juga Fitrah, yang begitu berat memimpin pelajar melalui tugas di dalam MPMUM.

Dua hari lepas, saya sempat ziarah seorang sahabat saya yang demam terlantar di rumah sewanya. Saya tanya, kenapa boleh jadi macam ni. Dia menjawab, tak cukup tidur, banyak buat kerja sangat. Selepas bertanya dengan kawannya, baru saya tau yang dia ni presiden sebuah persatuan. Saya pun sempat melemparkan nasihat : "Kerja-kerja jugak, keperluan badan kena penuhi. macam awak penuhi keperluan persatuan.." Dia tersengih.

Hm.. Saya pernah merasai suasana begitu, lebih-lebih lagi setelah amanah berat mendadak. Bila balik ke rumah, saya terperasan nak membelek buku karangan Steven Covey, 7 Habits.

Sharpen The Saw!

Mungkin anologinya boleh dicermati dalam cerita ini:

(( Encik Fahmi seorang CEO yang hebat. Syarikatnya sangat terkenal dengan eksport barangan kayu balak seperti perabot dan seb
againya. Sesungguhnya, setiap hari dia akan ada appoinment dengan pelanggan-pelanggan yang berminat dengan perniagaannya.

Boleh dikatakan setiap hari dia menelefon syarikat lain memesan dan menempah produk-produk kayu terkini.
Handphonenya hampir setiap bulan ditukar. Sekali naik pangkat, sekali jenama baru. Encik Fahmi memang seorang yang hebat.

Suatu hari, dia baru membeli handphone Nokia N76. Paling canggih dan terkini. Esoknya, dia menelefon pelanggan, tetapi tidak boleh. Cuba sekali lagi, pun tak boleh. Lalu telefonnya berbunyi begini: Baki dalam akaun anda kosong ringgit malaysia..

Rupa-rupanya, dia terlupa nak isi kredit! ))


Dalam hidup kita, walau sehebat mana pun dia. Memberi masa kepada diri itu sangat penting. Tak kiralah sesibuk Perdana Menteri negara, Presiden hatta CEO syarikat pun.


Memberi masa kepada diri ertinya, memenuhi kehendak diri yang yang menjadi fitrah insani Contohnya seorang majikan, jika melihat anak buahnya bermasalah, dia akan memberinya cuti. Cuti menyelesaikan masalah keluarganya mungkin, setelah selesai, dia akan bertugas semula. Di dapur pun, jika kita sudah habis memasak, pasti barang-barang seperti periuk, kuali, pinggan dan sebagainya disusun di tempatnya semula. Maknanya, kembalikan semula ke tempat asalnya.

Begitu juga manusia.

Kadang-kadang, jika sudah terlalu tertekan, manusia itu perlu dikembalikan sejenak ke tempat asalnya. Fikir sekejap dan bertenang. Memberi hak dan motivasi semula pada diri. Seterusnya menyusun kembali apa yang perlu dilakukan dan bertindak.

Apalah kiranya keluar sebentar picnic, berkhemah, mukhayyam dan sebagainya untuk lepaskan sedikit tekanan beban tugas sebelum kembali bekerja. Tak rugi masa pun, bahkan boleh meningkatkan kualiti kerja.

Sehebat Nabi s.a.w pun, ada masanya untuk dia sebagai manusia.

Atau mungkin juga kita boleh belajar dari sebatang pensil kayu!

6 comments:

Nur Madihah said...

salam...
erm,betul tu..saya setuju sangat2..

Aizat Salleh said...

Wasalam..
Setuju yang tidak berapa setuju..

fatin nasibah said...

salam..
ana x paham kaitan cite tu ngn pensil kayu..

Aizat Salleh said...

maksudnya, pensil kayu ni mesti sentisa diasah utk digunakan. Begitu jg manusia, mesti ada masa utk membangun diri bg mencapai sesuatu yg lebih baik..ok

fatin nasibah said...

owh..ni kes kena paham2 sendiri la ye...k, dapat analogi baru.

writer said...

kenapa pensil kayu? kenapa bukan kuali?
bila nak guna utk tujuan yg baru, kena basuh dulu..tak pun periuk belanga ke..

haha..