Friday, February 27, 2009

MPMUM : Episod Sebuah Perjuangan

Alhamdulillah, lima hari beturut-turut pimpinan mahasiswa Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) turun roadshow bersama masyarakat kampus, mendengar luahan masalah, menerima pelbagai cadangan yang membina, tak tertinggal juga kritikan serta nasihat yang telus dan baik. Semuanya kami (MPMUM) menerima dengan hati yang sangat terbuka dan bersedia untuk melaksanakan dan melakukan perubahan.


Setiap kolej kediaman dan mahasiswa punyai masalah tersendiri. Bermula daripada perbelanjaan, yuran kolej, kesihatan, kemudian pergi kepada soal-soal keselamatan terutama mahasiswi, pemindahan pelajar dari kolej, masalah kemudahan seperti wireless, polisterine, sehinggalah membawa kepada isu air yang lebih besar. Semua itu kami catat satu persatu di dalam buku diari kami MPMUM, sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang sesekali tidak kami mungkiri.


Letih, memang letih. Namun ia terubat dengan senyuman dan wajah pengharapan sahabat-sahabat mahasiswa yang mahukan sesuatu dari kami. Isyarat telah diberikan dalam pilihan raya kampus bau-baru ini. Terusik hati saya, tatkala saya bersama beberapa rakan turun di satu kolej, saya membuat survey berkenaan harga makanan.


Seorang mahasiswi berkata pada saya: “Harap sangat-sangat MPMUM dapat bantu kami kurangkan harga makanan. Kami bukan bekerja yang bergaji, kadang-kadang duit pinjaman tak cukup lepas tolak perbelanjaan kolej dan akademik. Saya keluarga susah..”


Tersentuh saya, lalu menjawab: “Insya Allah dik, kami akan cuba sedaya-upaya. Kebajikan student adalah segala-galanya bagi kami.” Satu pengharapan dan janji yang mengubat lagi saya.


Medan Tarbiyah Allah


Turun naik Pejabat HEP (Hal Ehwal Pelajar) adalah satu perkara yang lumrah buat MPMUM. Minggu lepas sahaja, saya beberapa kali naik-turun. Sahabat saya Fadzil, exco Kolej Kediaman dan Luar Kampus, hampir setiap hari ke HEP kerana selesaikan isu kolej 4, 10 dan 12. Ayuni, setiausaha MPM, lepas sahaja kelas terus ke HEP selesaikan perkara-perkara secretariat. Tak tahulah berapa kali ulang-alik, mungkin lebih banyak. Sahabat saya, YDP, Ridzuan, lagi banyak. Dengan perjumpaan kolej-kolej, pentadbiran, jemputan-jemputan mahasiswa yang mahu masalah diselesaikan dan macam-macam lagi. Itu tidak masuk lagi kerenah birokrasi HEP yang melambatkan serta melembabkan gerak kerja kami. Saya tak tahu nak kata apa, hanya Allah sahaja yang balas jasa-jasa mereka ini.


Petang tadi, terduduk kepenatan. Baru tersedar, luas benar medan tarbiyah Allah. Satu ketika dahulu, berada dalam persatuan PMIUM, diajar dan diberitahu berkenaan dengan ujian, cabaran serta mehnah yang bakal ditempuhi buat pendakwah yang inginkan kebenaran. Pasti akan melikuinya. Para Nabi dan sahabat dahulu lebih hebat, ada yang dibunuh, ada yang dibuang negeri dan ada yang terpaksa berkorban hatta keluarga sendiri.


Hari ini, saya dan sahabat-sahabat MPM melaluinya. Benar, walaupun tidak sehingga seteruk pejuang-pejuang kebenaran dahulu, tapi inilah medan kami. Ini jalan perjuangan yang perlu dilalui iaitu untuk menggapai satu kebenaran dan menyerahkan hak kepada yang sepatutnya.


Teruskan Tabah Menegakkan Kebenaran


Cuma satu sahaja yang kami impikan. Dalam rentas penat lelah untuk memenuhi segala kehendak dan menyelesaikan masalah masyarakat kampus. Hanyalah segugus doa dari kalian buat kami tabah dan istiqomah dalam perjalanan ini. Kami yakin, hanya dengan doa dan pertolongan Allah segala-galanya pasti berlaku. Buat yang mengharap, pendokong-pendokong kami, penyokong-penyokong dan seluruh mahasiswa, kami akan lakukan yang terbaik dengan kemampuan yang kami ada.


Selebihnya, kita serahkan pada Allah.

1 comment:

syuhadah dzarawi said...

Salam~~!

Birokrasi di HEP adalah sistem pengurusan yang disediakan. Jangan terlalu pesimis...

Harap diadakan lebih banyak pertemuan dan dialog bersama mahasiswa~

**MPMUM bukan PMIUM~