Sunday, June 14, 2009

Dr Fathi Yakan, semoga roh jihadnya kita hayati

catatan ringkas : Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Al-Fatihah buat seorang tokoh gerakan Islam kontemporari abad ini. Ustaz Dr Fathi Yakan yang kembali menemui Tuhan-Nya semalam (13 Jun 2009). Beliau meninggal pada umur 75 tahun setelah hampir 2/3 umurnya dihabiskan dalam gelanggang dakwah.

Antara sumbangannya yang paling besar saya kira adalah karya agungnya bertajuk 'Maza ya'ni intimai'i lil islam' (Apa Ertinya Saya Menganut Islam). Buku yang menjadi silibus usrah dan perbincangan di sekolah-sekolah dan kampus. Pandangan yang menjernihkan kefahaman kita terhadap Islam dan menyuntik kesedaran sebagai abna' al-harakah.

Seorang jurutera yang begitu memahami selok-selok dakwah.

Banyak anak-muda serta generasi kini mungkin kurang mengenali beliau. Justeru, setiap penggerak gerakan Islam harus mewacanakan pemikiran beliau. Supaya ada kesinambungan pemikiran perjuangan dan gerakan.

14 Jun 2009 (Ahad)