Sunday, June 14, 2009

Prof Sidek Baba Yang Paling Layak Jadi Menteri Pelajaran

Coretan: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Hari ini, orang bising-bising tentang transformasi sistem pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan kini sudah tidak relevan lantaran sudah banyak unsur yang perlu dinilai semula.


Mahasiswa bergelanggang dengan mengadakan satu konvensyen penilaian semula sistem pendidikan anjuran GAMIS pada awal bulan depan.


Kecoh pula apabila mata pelajaran SPM dikurangkan hadnya kepada 10 subjek sahaja, dan matapelajaran Bahasa Inggeris mahu diwajibkan lulus sebagaimana Bahasa Melayu.


Semua memperkatakan mengenai pendidikan, sekarang.


Ketika kita sibuk-sibuk mencari formula terbaik untuk sistem pendidikan, sebenarnya sudah dibentangkan jalan keluarnya oleh seorang ilmuan yang tidak asing, Prof Dr. Sidek Baba.


Beliau berkata, hanya tiga elemen yang menjadi teras pendidikan berkesan terhadap insan. Pertamanya dari sudut kerangka ilmu yang ingin disampaikan. Kedua adalah strategi pendidikan dan yang ketiga ialah bagaimana kredibiliti pendidik dalam menyampaikan ilmu.


Kita membincangkan berapa A menentukan kecemerlangan

seorang pelajar. Lalu kita akan dapati kini pelajar berlumba-lumba mendapatkan seberapa banyak A.


Kita memikirkan bagaimana pelajar mahu menguasai Bahasa Inggeris. Kemudian timbullah PPSMI dan mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.


Sedangkan kita tidak mengenengahkan soal kualiti pendidikan yang melahirkan insan yang berpekerti mulia, menjunjung tinggi nilai keilmuan, melahirkan keikhlasan dalam mendidik serta ilmu sebagai pembimbing generasi kearah modal insan yang tinggi.


Menteri Pelajaran sendiri agaknya tidak nampak akan perkara sepenting ini.


Atau mungkin saya rasa, Prof Dr Sidek Baba adalah orang yang paling layak menjadi Menteri Pelajaran!

2 comments:

Inche Osem Gaban said...

salam akhie. boleh tlg ana dapatkan buku pendidikan rabbani tu x?

Aizat Salleh said...

Wasallam.
Ada je dekat kedai2 buku.
Kalau nak minta ana carikan pun boleh.