Thursday, August 13, 2009

Lagi Kebobrokan HEPA Menjelang Ramadhan

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

1. FESKUM berjalan lancar dengan mendapat pujian dari Pro-Canselor UM.

2. Walaupun banyak perkara dalaman yang teruk terutama yang datang dari pengurusan HEPA. Antaranya kontrak tender bunga yang penuh kesangsian perjanjiannya antara HEP dengan pemegang tender. Iaitu, pemegang tender diarah bayar kepada akaun HEP sebanyak RM53,000.

3. Apa autoriti HEPA dalam hal ini? Mengapa perlu dibayar kepada akau HEPA sedangkan yang lebih berhak adalah Bendahari UM atau legal standi dalam FESKUM, iaitu bendaharinya?

4. Kini, satu lagi kebobrokan HEPA berlaku. Saya dimaklumkan pengarah program bahawa program Penghayatan Ramadhan MPMUM yang akan disambut hujung bulan ini masih lagi belum diluluskan KKDnya. Sedangkan ia dihantar pada 17 Julai yang lalu, hampir sebulan lamanya.

5. Apakah susahnya untuk meluluskan program keagamaan seumpama ini? Setahu saya, tiada sedikitpun unsur melanggar peraturan universiti dan disiplin universiti dalam rancangan program tersebut.

6. Apakah HEPA sudah mula untuk menyekat program-program agama sebagaimana yang dilakukan sejak berzaman kepada persatuan PMIUM?

7. Atau HEPA mula menunjukkan taringnya, ingin memulakan permusuhan dengan kelompok yang ingin membawa kefahaman-kefahaman Islam?

8. Atau mungkin juga HEPA tidak mahu mahasiswa didedahkan dengan kefahaman Islam, dan pendidikan kerohanian atau dengan bahasa mudahnya 'HEP tidak mahu mahasiswanya menjadi individu berpekerti mulia'?

2 comments:

Syuwari Azhar Azman said...

Sedangkan Islam itu adalah sebaik-baik agama di muka bun=mi ini..
Entah mengapa ada yang ingin menyekatnya sedangkan yang menyekat itu sendiri beragama Islam.
adakah dia hanya islam pada kad pengenalan tetapi tidak pada penghayatan dan fahaman?
Wallahualam.

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Orang-orang yg begitu dengki melihat Islam dilaksanakan di muka bumi ini tidak akan senang dengan apa sahaja yg berkaitan dengan Islam..
Begitulah lumrah hak dan batil. Namun, batil perlu dihapuskan.