Sunday, November 8, 2009

Bantah Yuran KUIS Naik : Teruskan Pertahan Hak Mahasiswa!


Kenaikan lebih 50 peratus sejak 2007 didakwa bebankan ibu bapa

BANGI: Lebih 2,000 pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) mengadakan demonstrasi di pekarangan kolej itu semalam, bagi membantah kenaikan yuran pengajian yang dikenakan ke atas mereka.

Kumpulan pelajar terbabit berarak membawa poster, membantah tindakan Kuis menaikkan yurannya secara beperingkat bermula pada 2006 dan lebih 50 peratus pada 2007.

Pelajar terbabit turut menyerahkan memorandum kepada pengurusan Kuis menuntut supaya yuran mereka dikaji semula.

Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil, berkata selain memohon supaya yuran pengajian diturunkan, memorandum juga mengandungi cadangan supaya Kuis mewujudkan skim pinjaman dalaman.

Selain itu mereka turut meminta Kuis memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkatkan kadar pinjaman mereka.

"Memorandum itu adalah bantahan pelajar yang tidak berpuas hati dengan yuran tinggi yang tidak setimpal dengan kemudahan ditawarkan kolej, selain membebankan pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin.

"Kami harap kolej mempertimbangkan menurunkan yuran bagi pengajian diploma sehingga 15 peratus manakala pengajian sarjana muda 10 peratus," katanya.

Ahmad Syafiq, berkata memorandum itu dibuat hasil kaji selidik perbandingan yuran antara institusi pengajian tinggi swasta dan maklum balas daripada pelajar Kuis.

Memorandum itu diserahkan Ahmad Syafiq kepada Pegawai Khas Rektor Kuis, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Ahmad Syafiq mendakwa bantahan diadakan selepas rundingan yang diadakan pengurusan kolej sejak 2006 menemui jalan buntu.

Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuis, Nasrul Izad Mohd Isa, menegaskan MPM tidak terbabit dengan tuntutan dan penyerahan memorandum itu.

Timbalan Rektor Korporat dan Antarabangsa Kuis, Mohd Shah Abdullah, berkata yuran pengajian ditentukan selepas merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Struktur yuran kolej juga mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), selaku pemilik kolej.

"Bagaimanapun, kolej bersedia mempertimbangkan memorandum itu walaupun kesal dan kecewa dengan cara GMS berkumpul dan berdemonstrasi," katanya.

4 comments:

anaknogori said...

aslmkum...apala MPM KUIS..sptut korgla bela nasib mhsiswa KUIS ni,bkn GMS je....tgjwb korgla...amanah la woi...xkn nk kne ajar lgi..boleh plak siap xtlibat lgsg..ko bukak pekung kat dada sdrila...2 kn tgjwb korang...malula woi..sok kat akhirat Allah nk tnye blik...

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam, kamarul.

Tu yang pelik. Apa pun tahniah pd mereka2 yg bersusah-payah demi kebajikan mahasiswa.

bicarafakta said...

Salam,

Untuk membicarakan isu KUIS turun yuran, sila layari blog ini dan sila beri komen anda:

http://www.mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/

Kajian terhadap sesuatu isu perlu dilakukan supaya ia ditangani dengan baik dan berkesan..

Wassalam.

arrazzi alhafiz said...

Ramai hari ini pimpinan baik parti politik, NGO, mahasiswa rajin membuat ulasan berhubung isu semasa yang berlaku.

Cuma satu yang kurang, iaitu kegelojohan kita berkomentar sehingga tidak merujuk dahulu atau memohon penjelasan daripada pihak yang berkaitan. Natijahnya, fitnah bermaharajalela ke atas orang yang tidak bersalah. Dalam isu ini, pastinya Presiden MPMKUIS, Sdr. Nasrul Izad B. Mohd Isa.

Rasanya tidak sukar. Senang sebagaimana senangnya saya mencari blog pimpinan MPMUM.

Tak susah untuk layari http://www.mpm-kuis.org , nombor-nombor telefon untuk hubungi tersedia di skrin.