Monday, February 22, 2010

Kisah saya dan seorang jururawat

Catatan : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Minggu lepas, saya ke sebuah pusat perubatan kerajaan, untuk mengambil ubat. Sakit tulang belakang yang kadang-kadang menusuk memaksa saya ke situ. Sesudah x-ray, saya diarahkan ke kaunter pengambilan ubat.

Kebetulan saya terserempak dengan sekelompok jururawat yang sedang bertugas. Wajah mereka tampak manis ceria walaupun saya tahu mereka kepenatan seharian bekerja.

Dalam banyak-banyak profesion kerja, yang saya rasa masih lagi tak dapat menandingi pengorbanan mereka, salah satunya adalah jururawat, selain guru, polis, bomba dan sebagainya.

Tanpa saya sedari, seorang jururawat bertudung duduk di sebelah saya. Bukan sebelah sangat, tapi lebih kurang jaraknya dua kerusi menunggu. Saya kira mungkin dia sedang menunggu seseorang.

Melalui pakaiannya, saya duga, dia jururawat pelatih daripada institusi di sekitar pusat perubatan ini. Beberapa rakan saya juga pernah memberitahu tentang mereka ini.

“Tunggu ubat cik?”. Suara halus menegur saya.

Saya agak tersentak. Suara itu dari jururawat di sebelah saya.

“Ya. Agak lama juga ya urusan di sini”. Saya menjawab.

“Biasalah cik, ramai patient. Kenalah tunggu giliran. Sabar sikit ya.” Dia membalas sambil tersenyum.

Mendidik manusia

“Err.. Saya nak tanya sikit boleh tak?” Saya memulakan soalan baru.

“Eh.. Boleh je silakan. Tanya apa tu encik?” Dia menjawab. Tersenyum lagi.

“Dah berapa lama cik berkhidmat sebagai jururawat?” Soal saya.

“Oh.. Dekat tiga tahun dah. Saya praktikal sekarang. Bulan lima hadapan saya tamat dan posting ke tempat lain beberapa tahun lagi.” Jawabnya.

“Mesti mencabar kerja sebagai jururawat kan?” Entah macamana soalan itu boleh keluar dari mulut saya.

Dia tersenyum. “Eh.. Tak lah. Ok je. Saya memang minat kerja-kerja macam ni” Dia menjawab, saya agak dia menjangka soalan saya itu.

“Biasalah, berhadapan dengan patient. Macam-macam jenis perangai ada. Dan macam-macam jenis penyakit. Yang penting kita boleh berikan mereka harapan dan tenang untuk terus hidup.” Dia menjawab panjang.

“Kadang-kadang kena suapkan makanan mereka. Kadang-kadang basuh najis mereka. Mereka kurang upaya, kita kena bantulah..” Katanya lagi. Senyuman tidak pernah lekang dari mulutnya.

“Jadi jururawat syaratnya mesti seorang penyabar dan penyayang, kan?” Saya bertanya lagi.

“Hmm.. Tak juga. Kalau tak seorang yang penyabar dan penyayang, pun, bila kerja jururawat, automatically dia jadi penyayang.” Ujarnya. “Sebab suasana yang akan mendidik dia jadi begitu.” Tambahnya lagi.

“Err.. Encik, saya kena pergi dulu ya. Ada patient panggil saya. Semoga cepat sembuh ya.” Ucapnya sebelum berlalu meninggalkan saya. Sejurus itu nama saya dipanggil untuk mengambil ubat.

Tak sedar masa rupanya bersembang dengan seorang jururawat. Patutlah pesakit tak jemu dengan mereka. Besar juga pengorbanan tugas mereka mendidik, menyelamatkan dan menguruskan pesakit. Seperti juga tugas seorang pendakwah untuk mendidik, menyelamatkan dan menguruskan akidah umat Islam kini.

Susahnya sama seperti mereka jururawat. Syaratnya tidak ada, bahkan automatically mesti menjadi penyabar apabila ingin menguruskan akhlak dan akidah umat. Cabarannya sama, cuma tempatnya saja yang berbeza.

Lupa saya tanyakan nama dia..

12 comments:

Mohd Shafie Bin Hashim said...

penyakit tahun akhir....:). mg berjaya tuan pengerusi Bantah!

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam,
Kpd saudara Shafie, kisah tiada kena mengena dengan sesiapa, yang hidup mahupun yang telah mati..
TQ.

AZLINAH AWANG said...

ada kaitan la ust aizat.yang menulis pun masih hidup.

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
terima kasih ustazah azlinah yang sudi baca entry yg agak kontroversi.

** Ratu Syahadah** said...

salam..erm..calon y agak baik tu.hehe.. kdg2 Allah datangkan seseorang utk kite pelajari sesuatu dan ambil hikmah drpnya..smga terus istiqamah ya Ustaz!!

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
terima kasih ratu syahadah. Moga mendapat syahadah yang sebenarnya.

tarbiyah_world said...

bgus2...

PUTERI ISLAM said...

salam...
perkongsian yang menarik...
boleh diapply dlm gerak kerja..

Tetuan Aiman said...
This comment has been removed by the author.
ana_teem said...

entry y bes~
moga yang terbaik untuk murobbi kami:D

Shazni Munir Mohd Ithnin said...

Apabila sang pejuang sudah mula mencari 'teman', maka teman yang dicari pastinya bukan calang-calang orang. Si dia harus siap untuk mempunyai ciri-ciri yang mampu membantu gerakan & dalam masa yang sama berupaya untuk bersama-sama bersusah senang dalam perjuangan. Semoga berjaya dalam pencarianmu akhi...

Asiah yusro said...

subhanALLAH....