Sunday, October 19, 2008

Muwasafat Tarbiyah : Muhasabah yang Perlu Dicermati

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Akhir-akhir ini, gerakan Islam khususnya semakin ketandusan keahlian yang diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan gerakan agar terus bernafas. Kualiti dan kuantiti ahli sudah kurang dibicarakan dan dilumati dalam mengkaderkan pelapis. Pasca pilihan raya umum baru-baru ini, sedikit sebanyak meng’arah’kan hala tuju gerakan Islam menjadi lebih ’kepolitikan’ berbanding persoalan-persoalan tarbiyah atau didikan yang dahulunya sering digemakan. Ini juga tanpa disedari turut berlaku dalam gerakan mahasiswa Islam (GMI) di kampus.

Hari ini, gerakan akan berbangga dapat melahirkan ahli yang ramai yang mampu menampung kekosongan gerak kerja Islam. Kuantiti yang berbilang ini kadang-kala membuaikan rasa selesa bagi gerakan. Demonstrasi, kuliah-kuliah ilmu, setakat ini masih lagi dapat didominasi dan dimobilasi bagi ’menggerun’kan pihak musuh dengan kehadiran ahli-ahli ini. Namun, adakah kuantiti ini selari dengan kualiti yang diperlukan dalam sesebuah gerakan?

Persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh ahli gerakan: Sejauh mana pemahaman ahli dalam jihad-jihad yang mereka sertai selama ini? Yang sanggup berhadapan dengan risiko-risiko lebih besar lagi? Yang bukan sekadar menjadi front liner dihadapan, bahkan bersedia dilenyek kereta kebal tentera seandainya memerlukan ahli gerakan berbuat sedemikian?

Lalu, beberapa perkara yang disebut muwasafat tarbiyah harus diteliti semula. Gerakan perlu meletakkan standard kader ahli dengan sekurang-kurangnya memenuhi beberapa kriteria-kriteria berikut:

Aqidah yang sejahtera (aqidatun salim) : Kefahaman aqidah islamiyyah yang jelas hendaklah dipasakkan dengan utuh dan jitu seumpama akar pokok yang menjalar jauh ke dalam tanah. Bukan sekadar meneliti tauhid-tauhidnya sahaja, bahkan aqidah perjuangan dipraktikalitikan dalam tindakan mereka.
Ibadah yang sahih (ibadah soheh) : Dalam pada itu, kehidupan mereka terangkum dalam ibadah yang natural dan bersih daripada sebarang unsur bid’ah. Melaksanakan ibadah berpandukan ilmu yang dipelajari. Seluruh ibadah dilaksanakan tanpa memilih-milih sama ada yang sunat mahupun wajib.
Akhlak yang mantap : Seorang ahli gerakan adalah seorang daie yang menjadi contoh terbaik orang disekeliling. Mana mungkin seorang ahli gerakan mengucapkan kata-kata nista dan umpat tanpa sebarang sebab. Mereka juga menjaga adab-adab dalam berjemaah disamping melestarikan ukhwah islamiyyah.

Mampu bekerja : Yang dimaksudkan ini adalah bijak dan berkapasiti pengorbanan yang tinggi dalam menyelesaikan amanah dan tanggungjawab.

Berpengetahuan luas (ilmun wasi’) : Pra-syarat inilah yang semakin dilupakan oleh sekelian ahli gerakan. Dek mengejar tanggungjawab dan amanah yang diberikan sehingga terlupa mengisi ilmu di dada. Silibus-silibus pengkaderan haruslah disemak dan dianalisis semula agar ia benar-benar ilmiah dan semasa. Majalah, surat khabar serta internet perlu diakses dan sensitif agar tidak kosong dadanya daripada ilmu pengetahuan semasa.

Tubuh yang cergas : Ini tidak dapat dinafikan lagi. Kesihatan tubuh perlu dijaga. Kebanyakan ahli gerakan kadangkala mempunyai tabiat makan yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, perancangan makan juga perlu disusun untuk melahirkan ahli yang sihat tubuh badannya.

Menguasai diri (mujahadutnnafs) : Ahli gerakan tidak boleh mendabik dada merasakan mereka sudah banyak melakukan kebaikan dek gerak kerja mereka. Kita sedia maklum, ahli gerakan perlu turun ke medan-medan dakwah bersama-sama dengan masyarakat yang pelbagai. Justeru itu, kekuatan jiwa daripada pengaruh yang menggugat harus dipertingkatkan. Di samping amalan-amalan rohani serta solat fardhu yang menjadi pertolongan.

Teratur urusannya (munazzamah) : Kebatilan yang terancang pasti jua akan menang seandainya kebenaran itu tidak tersusun dan berstrategi. Setiap ahli gerakan perlu berusaha mewujudkan planner harian untuk menyusun gerak kerja harian serta tidak mudah lupa dalam menjalankan amanah.

Sangat menghargai masa : Sudah menjadi kelaziman, ahli gerakan sewajarnya menjadikan masa sebagai aspek terpenting dalam hidup. Setiap yang berlalu tidak harus dipersiakan begitu sahaja. Sentiasa merasakan resah seandainya setiap saat yang bergerak tidak melakukan kerja-kerja Islam.

Bermanfaat kepada orang lain : Aspek inilah yang mahu dilahirkan daripada setiap gerakan Islam. Kehadiran ahli gerakan di mana-mana sahaja sentiasa dirasai dan ketiadaannya sentiasa ditunggu-tunggu. Bukan kerana glamournya, tetapi kerana rembesan tarbiyah dirinya cukup menjadikan orang sekelilingnya merasa tenang bersamanya.

Kita sedar akan realiti. Gerakan tidak mampu melahirkan ahli sesempurna itu. Namun, suatu sistem atau strategi harus dikemaskini kembali supaya matlamat adalah mengarah kepada kualiti ahli yang disebutkan di atas. Barulah gerakan Islam mampu ’menggegarkan’ musuh-musuh yang selama ini memandang enteng dan sebelah mata.

5 comments:

syuhadah dzarawi said...

segaLanya terletak pada kekuatan qiyadi~keLemahan tarBiah terLalu generaL uTk dibicaraKan. idea ni saudara boleh uLi lg..

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

memang benar. tetapi saya kurang bersetuju sekiranya kenyataan 'segalanya terletak pd kekuatan qiyadi',ini tidak benar ukhti. Seolah2 pimpinan disalahkan 100 peratus. bagaimana dengan ahli? yang sebenarnya berperanan lebih besar iaitu sbg naqib menggerakkan usrah. Ukhti, dua pkra besar yg perlu dicermati dlm tarbiyah: 1)sistem dan 2)nuqaba(individu yg menjayakan). Jika dua ini settle, insyaAllah tarbiyah akan kembali bernafas..

syuhadah dzarawi said...

saya tak akan kata apa yang saya kata betuL atau saLah...mungkin anda leBih jelas maksud kepimpinan dLm Islam... juz like 'inside out theory'..

Mohd Shafie Bin Hashim said...

sebenarnya, kekuatan sesebuah GERAKAN ISLAM adalah bergantung kepada 3 elemen iaitu Sistem, pimpinan dan pengikut. So jangan hanya menuding sebelah pihak tetapi koreksi semuanya. Yang penting how to make the kesatuan , kesefahaman, dalam berjuang itu yang sangat penting. TARBIYYAH adalah nadi dan batu asas utama di dalam GERAKAN ISLAM-sekadar pandangan

syuhadah dzarawi said...

haha...ada org terasa ke kat sini..? ok laa...saya tetap nak pertahankan kenyataan saya. SEGALANYA TERLETAK PADA KEKUATAN QIYADI..! gagalnya jemaah bila ada kepimpinan yang lemah, gagal mentafsir dan menilai perubahan situasi. gagal melaksanakan perubahan sebaliknya kekal menyalahkan sistem, ahli dan kelemahan sesetengah elemen, TARBIAH sebagai contoh.