Tuesday, March 23, 2010

Kenapa takut dengan mahasiswa?

oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Kongres Mahasiswa Nasional 2010 (KMN 10) akhirnya berjaya berlangsung pada Sabtu lepas walau berhadapan dengan tekanan dan sekatan pihak pemerintah.

Beberapa perkara dirumus dan diresolusikan, bagi menyusun semula agenda serta pergerakan mahasiswa dalam mendepani cabaran dan massa.

Pihak yang bencikan mahasiswa menjadi cerdik dan bijak, selalu sahaja menyekat dan menghalang pergerakan mahasiswa untuk menyedarkan masyarakat.

Cubaan menyekat

Rasionalnya, penganjuran Kongres Mahasiswa Nasional hanya bertujuan menyusun dan memberi nafas baru kepada gerakan dan mahasiswa untuk menjadi golongan suara ketiga bagi masyarakat.

Paling menyedihkan, saya mendapat tahu di universiti-universiti Lembah Kelang sudah pun mengeluarkan notis amaran kepada mahasiswa agar tidak menghadiri kongres tersebut. Alasannya berkait dengan politik.

Di Universiti Malaya, notis bertulis sendiri daripada Naib Canselor memberi amaran kepada mahasiswa yang terlibat akan dikenakan AUKU dan tatatertib.

Di UPSI juga, pengumuman-pengumuman rasmi dibuat di kolej-kolej kediaman lebih awal.

Tidak cukup dengan itu, pihak pengurus Dewan Centrum Setiawangsa, diarahkan oleh IPD Dang Wangi supaya membatalkan kebenaran menggunakan dewan walaupun sudah dipersetujui lebih awal oleh pengurus dewan membenarkan SMM menggunakannya untuk berkongres.

Bukan itu sahaja, saya menerima SMS bertalu-talu dari nombor tak dikenali, berbunyi amaran tidak menghadiri kongres. Jika tidak, tindakan tatatertib menanti saya dihadapan.

Kenapa takut mahasiswa?

Saya jadi kelakar dengan semua-semua yang terjadi sebelum kongres mahasiswa tempoh hari.

Kelakar kerana, kenapa takut benar pihak pemerintah kepada mahasiswa sehingga menggunakan seberapa banyak mungkin cara untuk menyekat mahasiswa. Polis, pentadbir universiti, AUKU, tatatertib dan sebagainya.

Paling bodoh, berselindung dengan penakut dibelakang akta.

Buat program sedikit, AUKU. Jemput ahli politik, AUKU. Berkongres, disekat. Berdemonstrasi, ditangkap.

Kita nak sebut kepada semua yang suka menyekat mahasiswa.

Apa faedah yang dapat dari menyekat kita? Duit? Kepuasan?

Mahasiswa terlibat politik, bukan kuasa yang dikehendakinya. Mahasiswa berdemonstrasi, bukan mahu merampas jawatan Naib Canselor. Mahasiswa bersuara, bukan mahu menjadi menteri.

Jadi, nak takut apa?

Sehingga hari ini, kita tidak pernah membuat gerakan gerila seperti Al-Maunah yang merampas senjata pada tentera dan menjatuhkan kerajaan.

Kita belum pernah menjadi menteri pengajian tinggi hasil daripada kita berdemonstrasi menuntut diberikan autonomi universiti.

Belum pernah lagi.

Adakah kerajaan mahu, mahasiswa bertindak lebih daripada itu? Adakah pihak pemerintah bersedia untuk melihat mahasiswa mengangkat senjata dan menjatuhkan kerajaan dengan cara 'berdarah' seumpama di negara Thailand?

Apa yang penting, mahasiswa boleh lakukan apa sahaja.

3 comments:

qudwaH_Humaira' said...

mereka juga belajar dari sejarah syeikh..mereka tahu apa kemampuan anak muda..sebab tu mereka sentiasa berjaga-jaga..

pandangan ana.

Aizat Salleh said...

takut mahasiswa sebab suaranya

Shazni Munir Mohd Ithnin said...

Merevolusi negara tidak pernah tercicir anak muda sebagai watak utamanya. Sejarah revolusi ketamadunan manusia sering memperlihatkan wajah aktif anak muda yang sedar dari mana mereka datang & ke mana mereka harus pergi. Ianya tidak mungkin berakhir hanya dengan sekali dua tindakan-tindakan semut yang cuba untuk menyakitkan gergasi yang sedang tidur. Bangkitnya gergasi itu hanya menunggu masa & ketika. Ketika gergasi itu sudah bangkit, barulah dunia akan menyedari, "Oh! Inilah anak muda & mahasiswa Malaysia..." Lantas meneruskan ungkapan, "Aku berbangga bergelar rakyat negara ini..."