Thursday, June 10, 2010

Muktamar PAS : Menuju Putrajaya?

oleh : Mohd Aizat bin Mohd Salleh

Bermula hari esok (Jumaat) sehinggalah Ahad, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menstruktur semula agenda perjuangan melalui medium paling utama iaitu Muktamar Tahunan. Tahun ini genap 56 tahun PAS bermuktamar.

Dua tahun lepas, isu yang paling besar diperkatakan dan diperbahaskan adalah berkenaan 'Kerajaan Perpaduan' dan kerana adanya pemilihan pucuk pimpinan, maka isu ulama' dan profesional juga dimainkan.

Untuk sesi kali ini, apakah isu dan perbahasan utamanya? Bagi saya, mungkin beberapa perkara ini menjadi landskap perbincangan PAS. Itu pun jika PAS memandang bahawa mereka adalah parti utama bakal memerintah negara kelak.

Perkara tersebut saya jangkakan:

1. Persiapan dan agenda ke arah pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)

2. Pemerkasaan parti bersama-sama rakan tahalluf (DAP dan PKR)

3. Menyusun kabinet bayangan untuk persiapan menuju ke Putrajaya

4. Menyusun agenda dan perancangan apabila PAS sudah menjadi kerajaan Persekutuan

5. Menyusun sistem parti yang lebih kompleks, liberal dan sistematik untuk menjadi sebuah kerajaan kelak.

6. Menyusun dan menyenarai kepimpinan yang bakal menduduki jawatan di kementerian-kementerian.

7. Merancang dasar-dasar kerajaan Persekutuan yang konsisten dengan dasar parti PAS.

Bagi saya, PAS sudah agak sempurna untuk menjadi parti alternatif kepada kerajaan BN dan UMNO kelak. Dengan kehadiran Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, membuka lagi depa tangan PAS lebih luas melangkaui agama dan bangsa.

PAS juga diyakini punyai barisan kepimpinan seumpama DS Nizar Jamaluddin, YB Khalid Samad, DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi, YB Salehuddin Ayub dan ramai lagi.

Mereka ini bagi saya, boleh disebut menduduki kementerian-kementerian atau post-post menteri apabila PAS menduduki kerajaan kelak.

PAS perlu mengambil iktibar kemenengan gerakan Islam di seluruh dunia seperti di Turki, dan kemenangan Parti Konservatif di Britain untuk mencorak agenda perjuangan di dalam muktamar kelak.


1 comment:

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga perjuangan yg hak akn berdiri buat selama-lamanya di muka bumi ini..amin (^_^)