Thursday, June 3, 2010

Rasulullah sudah ajar cara hadapi Yahudi

oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Sejarah telah mengajar kita bahawa tidak ada satu kelompok manusia yang kuat menentang Islam melainkan Yahudi (Zionis).

Orang Yahudi tidak punya tempat di dunia ini. Ketika peperangan Khaibar yang menyaksikan umat Islam bertempur dengan Yahudi dan sekutunya, Islam berjaya menawan benteng-benteng sekitar medan Khaibar, antaranya Benteng Ubay, Benteng Nizar dan Benteng Zubair. Kesemua benteng ini diduduki kelompok Yahudi sebelum ini.

Sehinggalah kemenangan di pihak umat Islam, dan Rasulullah dengan hikmah membenarkan kelompok Yahudi menempatkan diri mereka di situ dengan perjanjian dan perundingan yang dilaksanakan Baginda Rasulullah, itupun setelah mereka menghadapi kekalahan.

Walaupn sejarah membuktikan Rasulullah pernah membuat perjanjian dengan Yahudi, namun sejarah juga membuktikan bahawa Yahudilah kelompok yang paling mudah mungkir janji.

Signal yang diberikan Rasulullah adalah, tatkala usai perjanjian antara Baginda dan Yahudi, Rasululah menegaskan : "Walaupun berunding, tetapi Allah dan Rasul-Nya tetap tidak menjamin keselamatan kalian jika kalian menyembunyikan sesuatu kepadaku." (Manhaj Haraki)

Ini bererti, sikap dan tindak-tanduk Yahudi perlu diperhati dan dperhalusi.

Sekali lagi, perlanggaran perjanjian berlaku di era pemerintahan Saidina Umar, di mana mereka telah mewujudkan agama baru yang dilarang Rasulullah dalam perjanjian sewaktu Baginda masih hidup. Terbukti kelompok Yahudi suka melanggar janji.

Lalu Saidina Umar mengusir mereka, dan sehinga hari ini mereka tidak punyai kawasan mahupun negara mereka.

Dalam umat Islam menghadapi isu di Gaza, sewajarnya teladan dan pengajaran sirah nabi harus dijadikan sempadan. Di zaman nabi lagi mereka sudah mengkhianati nabi, apatah di zaman kita yang tidak punya khalifah.

Tidak cukup kecaman dan kritikan, tindakan yang lebih tegas sepertimana yang dilakukan khalifah Umar mengusir mereka dari peta dunia. Jangan berlumba-lumba kecaman siapa yang lebih hebat, tetapi cuba bertindak agar tiada lagi perangai Yahudi muncul di muka bumi ini.


1 comment:

محمد حذوان بن حميدان said...

ahsanta!
menjadi mslh yg amt besar apabila mnusia sudah tdk mahu kmbali kpd 2 teras utama rjukn dlm ISLAM.. (^_^)