Thursday, May 27, 2010

Ibu dan secawan milo panas.

Gambar dipetik dari laman sesawang 'kehidupan' : Gambar lama sekitar 80-an tatkala penulis kecil bertatih.

oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Mengingati dan menghargai orang-orang yang banyak berjasa kepada kita merupakan satu nilai yang sangat murni dan baik.

Jika tokoh negarawan diingati kerana jasanya membina negara dan melahirkan generasi yang akan menggantikannya memimpin.

Jika tokoh akademik diingati akan sumbangannya menyampaikan ilmu kepada pelajar dan masyarakatnya selain mengkaji sesuatu yang baru.

Tidak lupa, jika seorang ibu diingati dan dikenang akan jasanya yang melahirkan, mendidik serta mengasuh anaknya menjadi 'manusia' di muka bumi ini.

Ibu dan secawan air milo

Sejak kecil tatkala darjah 1, sebelum ke sekolah ibu saya akan menyediakan sedikit sarapan. Katanya buat alas perut sebelum ke sekolah. Kalau lapar, mengantuk.

Paling saya tidak lupa air milonya yang panas. Jika terlalu panas, saya akan menambah sedikit air kosong, maka ia menjadi suam.

Air milonya tidak sama rasa dan sedapnya dibandingkan kalau saya minum di kedai mamak tatkala brainstorm bersama-sama rakan-rakan rumah.

Sedapnya bukan kerana susunya yang banyak, atau milonya yang pekat. Tetapi kerana dibuat oleh orang yang paling saya sayangi dan kasihi.

Hingga hari ini, jika balik ke rumah, ibu saya akan sediakan air milo kerana dia tahu, saya peminat airnya itu. Adik-adik saya semua tidak minat, melainkan saya seorang sahaja. Dia tetap sediakan walaupun adik-adik saya tidak minum, kerana dia tahu saya minum dan akan habiskannya.

Air milo dan kasih sayang

Itu baru cerita air milo.

Sebenarnya saya dedikasikannya kepada ibu sempena Hari Ibu dan Hari Guru yang berlangsung pada bulan ini. Sibuk mana pun kita, janganlah dilupa orang yang paling banyak berjasa pada kita.

Sekadar berkongsi rasa. =)

2 comments:

Mohd Afiq Mohd Saleh said...

seorang ibu bukan sekadar DIINGATI tetapi jua DI HATI.

air milo memang tidak digemari oleh adik-adik, sebab semua nak jadi 'orang tua' minumnya yang 'o' je, teh o, nescafe o dan lain-lain 'o'

sampaikan kalau nak dibandingkan minuman 'o' dengan minuman yang paling best pun, teh o ibu juga akan habis dulu.

satu lagi ada juga air yang adik-beradik tak minum, iaitu air kosong yang dibekalkan oleh ibu tiap-tiap hari ke sekolah. (hehe..jangan tipu, semua kena mengaku). bawa sekecil manapun botol mineral, air kosong tetap tak akan habis, masing-masing degil nak minum air kantin yang belum tentu elok.

apa pun air tangan ibu dalam masakan tiada tandingan. Nasi lemak telur goreng ibu paling sedap di dunai. mungkin sampai dalam syurga pun makanan yang bampit minta dulu, nasi lemak telur goreng ibu.

ibu dan abah memang banyak berjasa.
Tuhan ampunkan dosa mereka atas susah payah mereka menjaga kami, anak-anak yang nakal ini..."

Masturah Abu Bakar said...

Subhanallah. .

Allahurabbi, ampunkan dosa ibu-bapaku, rahmati mereka, berkati mereka, mudahkan urusan mereka.