Thursday, May 6, 2010

Kes Aminulrasyid : Kerajaan perlu tubuh APCMC - erapakatan.com

KUALA LUMPUR : Kerajaan digesa mempertimbangkan semula cadangan yang pernah dikemukakan oleh aktivis hak asasi manusia agar ditubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis(IPCMC).

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) yang mewakili seluruh mahasiswa di Malaysia memandang berat kes pembunuhan Aminulrashid yang ditembak oleh anggota polis peronda minggu lepas dan bagi mereka ini merupakan insiden terburuk terhadap hak asasi manusia di Malaysia yang dilakukan oleh pihak polis Malaysia.

Kes ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia selepas beberapa insiden salah laku polis di dalam kes Kugan, Norizan dan yang terakhir kes pembunuhan adik Aminulrashid.

"GAMIS memandang, kes-kes seumpama ini supaya ia tidak lagi berulang pada masa akan datang kerana polis juga adalah salah satu daripada pegawai kerajaan yang perlu dipantau sekiranya terdapat salah laku atau tindakan yang melampaui norma-norma serta nilai hak kemanusiaan.

"GAMIS mengambil iktibar daripada isu dan insiden kes kematian Kugan di dalam tahanan serta kes Norizan yang ditembak anggota polis.

"Perkara tersebut tidak wajar berlaku pada masa akan datang," kata SetiausahaAgung, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Mohd Aizat Salleh dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Beliau yang mewakili GAMIS beranggapan tindakan anggota polis haruslah dikawal supaya tidak melebihi nilai hak kemausiaan dan tidak bertindak sesuka hati tanpa dibuktikan kesalahan seseorang pesalah itu.

"Itulah yang diajarkan oleh Islam bahawa seorang itu tidak boleh dijatuhkan kesalahan selagi mana tidak dibuktikan kesalahan.

"Islam sendiri menganjurkan supaya memberi keadilan kepada sesama manusia," jelas beliau lagi.

No comments: