Tuesday, November 23, 2010

"Maaf, aku tidak dapat menyintaimu.."


oleh Mohd Aizat bin Mohd Salleh

Mereka bertemu setelah memeterai 'janji' untuk hidup bersama sebagai suami dan isteri yang sah.

"Moga Sakinah boleh menjadi pelengkap hidup saya nanti" kata Farid kepada bakal isterinya, Siti Nur Sakinah.

"Insya Allah abang, saya akan berusaha menjadi isteri yang taat dan solehah" balas Sakinah. Pertemuan di rumah bertemankan anak saudaranya, begitu hening dan damai.

"Jangan banyak berjanji, takut tak tertunai. Cukup beritahu abang yang Sakinah akan buat yang terbaik dalam hidup. Itu sahaja" Farid seperti mengingatkan.

Bertemu dalam satu 'gelanggang' perjuangan yang sama sangat mengujakan. Masing-masing dengan aspirasi dan teori dakwah serta impian kasih-sayang yang tinggi melayang.

Walaupun Farid seorang yang dihormati di kalangan sahabat-sahabatnya. Dia pernah memimpin ketika di kampus dahulu. Namun, dia tidak 'meninggi diri' tatkala berkata soal kehidupan realiti.

"Abang pilih Sakinah kerana perjuangan, kerana kehidupan abang penuh perjuangan. Sebab itu abang tak mengharap apa-apa pada Sakinah" kata Farid kepada isterinya suatu hari.

"Maksud abang? Abang tak cintakan Sakinah?" soal Sakinah. Begitu naluri wanita.

"Bukan begitu sayang. Abang sayang Sakinah. Abang harap Sakinah boleh menyayangi kehidupan abang sepertimana abang menyayangimu" balas Farid. Syahdu seketika.

Selepas empat tahun, setelah kelahiran anak ketiga mereka, Farid semakin sibuk menguruskan kehidupan, keluarga dan dakwahnya. Seperti biasa, kerja dakwah sangat banyak berbanding keluarga.

Farid masih lagi utuh menjadi manusia, daie dan pejuang yang istiqamah.

Kehidupan mereka sedikit sebanyak berubah. Sakinah sudah mula merungut akibat kepulangan Farid yang selalu sahaja lewat, tengah malam.

"Abang, kalau boleh janganlah pulang lewat sangat. Tak kasihan pada anak-anak? Sakinah?" tegur Sakinah.

"Maaf sayang. Abang ada urusan mesyuarat bersama sahabat-sahabat dalam parti tadi. Kebetulan selepas itu ziarah sahabat yang baru sahaja kehilangan anaknya dalam kemalangan" jawab Farid perlahan. Dia menarik nafas sedikit kerana kepenatan baru pulang.

Jam di dinding berlalu menunjukkan 1.30 pagi.

"Urusan, urusan juga, tapi jangan sampai tinggal keluarga.." jawab Sakinah semula.

"Abang bukan tinggal terus sayang, hm..tak apelah usah dipanjangkan ya, Insya Allah abang cuba buat yang terbaik" kata Farid.

Suatu hari, anak ketiga mereka jatuh sakit. Demam panas.

Setelah dua minggu di hospital, keadaan semakin kritikal. Demam panasnya memberi kesan kepada jantung dan paru-paru. Peluang sembuh hanya 20 peratus.

Tanpa diduga, Allah lebih menyayangi anaknya.

"Abang, kita dah hilang seorang anak kita.." ujar Sakinah sedih.

"Allah uji kita. Moga diganti dengan yang lebih baik. Kita redha dengan takdir ini sayang" balas Farid menenangkan isterinya.

"Saya tidak mahu kehilangan abang pula" kata Sakinah lagi.

Selepas kehilangan anaknya yang ketiga. Farid pasrah. Perjuangannya dan kehidupannya. Semua itu menyesakkan dadanya. Benarlah kadang-kala keluarga menjadi sebahagian dari halangan perjuangan.

Namun ia juga adalah tanggungjawab yang diamanahkan Allah.

"Sakinah.. Abang mohon maaf seandai tidak menjadi suamimu yang baik" Farid berkata suatu ketika.

Dia menyambung, " Sesungguhnya, abang memang menyayangimu.."

"Terima kasih abang. Sakinah juga sayangkan abang.." jawabnya.

"Tetapi, abang tidak dapat menyintaimu" balasnya.

Sakinah terdiam.

"Jika memilih antara perjuangan, abang tidak dapat menyintaimu seperti mana orang lain bercinta" tambahnya lagi.

"Maaf takrifan cintaku begitu. Abang sayang padamu, tetapi abang tidak dapat menyintaimu.."

"Abang..." sayup suara Sakinah.

Farid semakin jauh..

(Tulisan ini adalah kisah yang mungkin berlaku, atau tidak mungkin berlaku. Sekadar catatan penulis)

10 comments:

madihah said...

sedihnya...tak tau nak komen ape..tq ust krn berkongsi..

PanjiSemarang said...

"Jika memilih antara perjuangan, abang tidak dapat menyintaimu seperti mana orang lain bercinta"...

ceritamu sahabat, benar2 menyentak hati dan perasaan.. benar kata Pencinta, tidakkan ada cinta yang lebih tinggi dari cinta kepada Penciptanya..

madihah said...

kebetulan siang tadi,sesudah mendengar sesi tazkirah, saya bertanyakan cerita ini kpd ust(si pentazkirah).katanya, boleh jatuh hukum haram krn si suami tidak menunaikan fardhu ain(melainkan ada y menjaga isteri dan anak2nya), sedangkan masih ada@ramai y pergi berjuang, means bukan bermaksud tiada kita, maka jatuhlah Islam. Perjuangan satu fardhu kifayah.

Wallahu'alam...

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Kepada madihah:
Antara tanggungjawab dan amanah...kedua2nya perlu dipikul sebaik mungkin...

Perlu diingat, Abu Ubaidah di zaman Nabi tika peperangan Badar terpaksa membunuh bapanya kerana aqidah..

PUTERI ISLAM said...

salam..

Syukran atas perkongsian. Menarik untuk difikirkan...cinta Illahi yang utama.

** Ratu Syahadah** said...

cerpen yg dikarang dgn jiwa yg mengamatinya semestinya lebih menghayati ape yg ingin disampaikan..bg pembace yg hanya membace tanpa pengamatan mgkin menggap ianya tdk mgkin berlalu pd zaman ini..tp ianya mgkin berlaku. mgkin berlaku pd seorg insan biasa yg memiliki smgat juang yg luarbiasa..ianya bkan mustahil..
adakah salah seorgnye adalah penulis cerpen ini..?? hrm...barakallahufiq ustaz..~~

madihah said...

ok,syukran...

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Kepada Ratu Syahadah

Ratu Syahadah mungkin lebih memahami apa yg tercatat dalam cerpen tersebut...

Aisyah Ashiqin said...

Assalamua'laikum... cerpen yg ringkas dan dalam maksudnya... ana yakin rmai muslimah yg berdiri di saf perjuangan tidak mahu mrk mjadi penghalang pjuangan zaujinya..cuma bg ana, terlalu mudah farid berpaling daripada isterinya...didiklah dulu, seperti mana rasulullah mendidik isteri2 baginda dgn petunjuk wahyu dari ALLAH...

sekadar pandangan...moga terus utuh dalam perjuangan...

Nurul Jannah Binti Ismail said...

salam.ustaz ape kesudahannye?