Saturday, November 6, 2010

Sketsa Tepi : Sepagi di HKL


Oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Kisah yang terjadi pada suatu pagi ini tiada langsung kena-mengena dengan sesiapa sahaja, sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Ia cuma sembang yang terjadi di subuah Hospital bertaraf Kerajaan.

Suatu pagi di ruang menunggu di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Pesakit 1 : Menunggu ubat ke?

Pesakit 2 : Tak, nak buat appoinment dengan doktor pakar.

Pesakit 1 : Oh ya ke.. sakit apa ya encik?

Pesakit 2 : Kanser.. Baru ni check di klinik, tak jangka kena bila doktor check, dia terus refer ke sini.

Pesakit 1 : Dah lama ke kenanya?

Pesakit 2 : Ntahlah..rasanya baru je ni.

Pesakit 1 : Oh..ok..ok.

Kedua-dua pesakit menunggu dipanggil jururawat.

Pesakit 1 : Hm..dengar berita PM kita masuk HKL juga..

Pesakit 2 : Yelah..saya pun ada baca juga berita.. Sakit demam cacar ke apanya..

Pesakit 1 : Ya, dia demam.. Tapi pelik ya, kenapa masuk HKL..

Pesakit 2 : Apa yang peliknya, biasalah tu.

Pesakit 1 : Tak adalah, biasa orang-orang besar ni tak main hospital-hospital kerajaan ni. Biasanya hospital macam Ampang Puteri ke, Gleneagles ke..

Sejurus kemudian, pesakit 2 dipanggil jururawat dan lima minit kemudian, dia keluar. Kelihatan mukanya agak masam.

Pesakit 1 : Dapat jumpa doktor? Bila appoinmentnya encik?

Pesakit 2 : Huh... Bila hospital kerajaan, macam nilah.. Ada ke dapat jumpa doktor lagi tiga bulan? Mati dululah saya ni sakit kanser..!

Pesakit 1 : .... (Diam tak terkata)

Pesakit 2 : Saya rasa kalaulah PM sakit, taklah kena macam ni..

Pesanan penaja : Kepada seluruh rakyat marhaen, jangan percaya dengan apa jua tindakan orang politik, meskipun yang melibatkan hal-hal kemanusiaan..

Sekadar berkongsi..ada komen?

2 comments:

nzlaa86 said...

assalamualaikum ustaz aizat..

berkongsi kehairanan yang sama nampaknya.tapi pelik juga rakyat mcm kita ni hatta masuk HKL pun nak berkira..PM pun manusia biasa apa.

tapi kehairanan ada asasnya,sbb saya yakin dengan teori orang putih. "artist use lies to tell the truth but politician use lies to cover the truth" Selagi kerajaan UMNO-BN politiciannya selagi tu kepercayaan penuh x selayaknya diberi kepada mereka.

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Bukan pelik, tetapi cuba melahirkan kepelikan apabila org kenamaan cuba buat-buat marhaen, walaupun khidmat kepadanya pd hospital yg bertaraf marhaen itu adalah standard ekslusif....