Friday, September 12, 2008

BAS : UM PERLU CONTOHI RAPIDKL

Isu sistem pengurusan dan perkhidmatan bas shuttle yang kurang cekap dan tidak terurus di kampus Universiti Malaya menjadi satu perkara yang masih belum dapat diselesaikan lagi. Sehingga hari ini, banyak rungutan saya terima berkenaan dengan masalah tersebut.

Bas lewat sampai.
Terpaksa berasak-asak untuk ke kelas.
Tunggu sehingga sejam, bas masih tidak muncul.


Rata-rata yang mengalami masalah ini adalah pelajar daripada tahun satu. Ini kerana peraturan baru menetapkan pelajar junior tidak dibenarkan membawa apa jua jenis kenderaan ke kampus. Saya agak, pihak pentadbiran Universiti Malaya boleh mencontohi sebuah syarikat bas terkemuka di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah pengurusan bas di UM.

Semalam, saya terbaca artikel berkenaan dengan syarikat bas Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), iaitu antara sebuah syarikat pengangkutan awam yang cekap di Malaysia. Melalui Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah, syarikatnya akan memperkenalkan perkhidmatan bas percubaan baru yang dikenali sebagai “Perkhidmatan Bas Fajar” mulai pada 15 September 2008.


Apa yang menariknya, perkhidmatan ini bermula seawal jam 5.10 pagi bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang mahu memulakan perjalanan awal dan tidak mahu tersekat dengan kesesakan ke tempat kerja. Apa yang penting, perkhidmatan ini adalah pada peringkat ’percubaan’ untuk mengenal pasti permintaan pengguna. Seandainya sambutan menggalakkan, pihaknya akan mengekalkan perkhidmatan tersebut.

Pendapat saya UM wajar mencontohi syarikat RapidKL dalam menguruskan sistem shuttle bus di UM. Paling penting, buatlah sesi ’percubaan’ terlebih dahulu bagi menilai sejauh mana keberkesanan peraturan baru yang ingin dibuat.

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh
Duta Pro-Mahasiswa Universiti Malaya.

3 comments:

syuhadah dzarawi said...

salam~hmmm...mcm ada yang tak kena..bas um ni perkhidmatan percuma, rapidKL plak kena bayar. pemandu bas um bukan ajer kena bw student tp byk lagi kegunaan lain yang memerlukan khidmat mereka ni.rasanya sedara aizat kena fikir dari kedua2 sudut sebelum mengeluarkan kenyataan. jangan terlalu negatif hanya kerana anda bukan pro universiti..

by the way, did you ever used the bus anyway..? apa kata cuba dulu..?

-pengguna setia rapidKL-

Anak Muda Reform said...

woi, sape lantik ko jadi Duta Pro-M??

padan muka, tak pernah naik bas bagi komen bas..huhuhu..

syuhadah dzarawi said...

we learn from misTake...teruskan menulis. its good aLreadY u have idea.