Saturday, October 25, 2008

Otak Bijak, Jiwa Daie

catatan ringkas oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

“Kita perlu ubah imej, supaya mad’u mudah masuk dengan kita..!” Seorang rakan saya berhujah mempertahankan pendiriannya.

“Saya nak ubah kepada tudung bidang enam puluh ustaz, baru kena dengan suasana..” Rakan saya siswi suatu hari berkata seperti itu.

Saya jawab : “Terpulang pada anda..”

Tidak mahu menghukum, kerana saya bukan penghukum walaupun saya mengaji di Jabatan Fiqh Usul. Saya boleh sahaja bagi ‘fatwa’ berdasarkan apa yang saya pelajari, namun bukan itu yang utama. Sehingga hari ini, kefahaman dakwah di kalangan kita masih belum lagi dijiwai.

Ungkapan ’Daie’ itu sangat besar maknanya. Orang-orang yang berpengalaman, yang berkecimpung serta turun ke lapangan sebenar dakwah di ’grass road’ ialah orang yang paling layak bercakap soal dakwah. Kerana mereka merasai dan menyentuhnya!


”Awak nak ubah imej, ubahlah. Yang penting macamana awak bijak approach mad’u.” Bagi saya imej bukan alasan berdakwah. Benar, orang menilai seseorang dengan imej. Imej itu sekilas pandangan, tapi lebih utama pergaulan kita.

“Saya nak tanya dulu sebelum enti ubah tudung. Selama enti bertudung sebelum ini, apa masalah pandangan mad’u? Betulkah mereka takut? Atau itu hanya perasaan enti je?”

“..dan saya nak enti beri keyakinan pada saya, jika benarlah dengan perubahan enti ini berjaya melebarkan dakwah enti berbanding enti sebelum berubah, go onlah..” Saya menoktahkan pandangan.

Jadilah macam Imam Hassan al-Banna. Mengutamakan yang utama. Suatu hari orang bertanya, berapa rakaat yang lebih afdal solat tarawih?. Ada kata 8 rakaat, ikut cara Rasulullah. Sebahagian lain pula mengatakan 20 rakaat, banyak ibadahnya. Apa jawab al-Imam?

“Buat 20 pun boleh, buat 8 pun boleh. Asalkan buat, daripada tak buat langsung..” Jawapan meng’aula’kan elak perpecahan berbanding berkonflik amalan sunat sahaja.

Itulah Daie.

Otak kena bijak, namun jiwanya mendidik.

5 comments:

~*Nurul Fitrah*~ said...

adakah sebab kita terlalu persepsi org lain terhadapt kita..?

Aizat Salleh said...

mungkin juga
atu mungkin alasan shj...

~*Nurul Fitrah*~ said...

cuba kita tgk in other way round...
org yang nak bawa islam..tapi pakai tudung biasa..n dia cube nak tukar cara dia dress up..sume..itu kerna..cara ..pemikiran..n pandangan..org terhadap dia..PERSEPSI..itu salah..pakai jeans pon salah..semua serba tak kena..
"to plz everybody is a failure"

p/s ana cube nak bukak ruang lingkup permasalahan diluar kerangka student NP

syuhadah dzarawi said...

get our own confidence and know what we wanna do~

kiTa mgkin teRlalu bermasalah dengan kurang yakin dengan diri sendiri..jadi diri sdr dan berdakwah mengikut cara masing2. lontaran idea yang bgus..cuma perlu juga timbulkan pro dan kontra.

p/s: fit, whats' wrong with np..?

~*Nurul Fitrah*~ said...

ya true..we juz do watever dat can give benefits to Islam..caranya..mengikut individu itu sendiri..

p/s: nothing..juz wat is wrttn in this article seem similar to their situation