Sunday, June 21, 2009

Kerajaan Perpaduan : Satu Analisis Ringkas

oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Dalam memahami definisi 'Kerajaan Perpaduan', boleh dirujuk pada pengertian ini:

'Kerajaan perpaduan atau dalam bahasa Inggerisnya "unity government" atau "national unity government" atau "national union government" atau "national government" bermakna sebuah kerajaan camporan yang meluas disertai oleh parti-parti politik utama atau semua parti politik yang mempunyai wakil dalam dewan parlimen (atau apa jua nama dewan yang sama dipanggil) biasanya dibentuk bilamana sesebuah negara menghadapi satu-satu keadaan kecemasan (atau dharurat) atau di dalam zaman perang.'

Disini timbul persoalan, adakah Malaysia menghadapi darurat atau keadaan yang sangat memaksa untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan?

Dalam menilai tujuan itu, mari kita tengok apakah model terbaik Kerajaan Perpaduan yang pernah terbentuk di negara-negara di seluruh dunia:

Kanada:
'Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan dibentuk di Kanada. Kerajaan Konservatif pimpinan Sir Robert Borden telah mengajak Parti Liberal (parti pembangkang) pimpinan Sir Wilfrid Laurier untuk menyertai kerajaan tetapi ditolak. Walau bagaimanapun, Borden berjaya memujuk ramai pemimpin Parti Liberal secara individu menyertai kerajaan "Union Government" yang beliau bentuk. Dalam pilihan raya umum yang diadakan dalam musim luruh tahun 1917, Parti Liberal (yang enggan menyertai kerajaan perpaduan) telah kalah.'

Luxumbourg:

'Di Luxumbourg, kerajaan perpaduan pernah wujud sebanyak dua kali. Pertama, semasa Perang Dunia Pertama (1916) bilamana semua parti-parti utama yang mempunyai wakil di dalam "Chamber of Deputies" menyertai kerajaan di bawah pimpinan Victor Thorn. Kerajaan Perpaduan itu kekal hanya selama 16 bulan.'


'Kedua, dalam tahun 1945, sekali lagi terbentuk kerajaan perpaduan di Luxembourg di mana kesemua empat buah parti yang mempunyai wakil di parlimen menyertai kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Pierre Dupong. Ia kekal sampai tahun 1947 sahaja.'


United Kingdom:

'United Kingdom juga berpengalaman dalam hal kerajaan perpaduan ini. Ia pernah wujud semasa Perang Dunia Pertama dan kerajaan perpaduan itu kekal sampai ke tahun1922. Di zaman kemelesetan besar, parti-parti Buruh, konservatif dan Liberal membentuk "National Government" dalam tahun 1931 tetapi ahli-ahli parti Buruh yang menentang penyertaan parti mereka dalam kerjaaan perpaduan itu telah meninggalkan parti lalu menjadi ahli pembangkang di dalam parlimen.'


Amerika Syarikat:
'Di Amerika Syarikat kerajaan perpaduan hanya memngambil bentuk "rallied around the President" di saat negara menghadapi keadaan genting, misalnya semasa Pearl Habour diserang, pembunuhan Presiden Kennedy dan yang terkini ketika menghadapi peristiwa 9/11. Tidak pernah dua atau lebih parti yang ada perwakilan di Dewan Perwakilan bergabung membentu secara formal kerajaan perpaduan.'

Justeru, dalam suasana kini, model terbaik boleh dilihat dalam petikan ini:

'Di zaman kita ini, contoh terbaik kerajaan perpaduan ialah di Afrika Selatan di mana pernah wujud apa yang dipanggil sebagai "Government of National Unity (GNU)." Ketika kerajaan Afrika Selatan ditadbir di bawah Perlembangaan Sementara (April 1994 Februari 1997), mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi di National Assembly boleh menyertai kerjaan dan menuntut satu atau lebih portfolio lembaga menteri.'

dan negara Iraq juga boleh dijadikan model:


'Kerajaan Parpaduan Nasional Iraq (National Unity Government of Iraq) yang ditubuhkan dalam tahun 2006. Kerajaan berkenaan disertai oleh semua parti yang menang di dalam pilihan raya umum dan membuat perishtiharan memberi komitmen kepada 34 prinsip yang menunjangi kerajaaan perpaduan itu.'


'..semua pihak yang bergabung membuat komitmen untuk melindungi kedaulatan negara Iraq, mengisi kemerdekaan dan memperkasakan perpaduan dan untuk menentukan bahawa kehadiran tentera asing di Iraq akan berakhir dan pasukan keselamatan Iraq mengambilalih tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan sama-sama memerangi keganasan.'

Justeru itu, PAS dan UMNO perlu membuat penentuan sikap.

(Analisa ini saya petik dalam beberapa tulisan serta artikel ilmiah daripada sumber yang diyakini. Terima kasih kepada Dr Rosli Yaakob, pimpinan PAS Negeri Sembilan atas rujukan artikel)


4 comments:

wearelearningparents said...

analisa yg bagus. tp bolehkah ahli pas bersabar utk seketika waktu? biarkan pimpinan menentukan...

Ummu Syazwina said...

Tapi, ana merasakan ia hanya ibarat berdiri atas ranting yg dah retak. Adakah mampu dua pihak yang berbeza sama ada dari sudut matlamat, ideologi dan sebagainya bersama seiring dalam pentadbiran. akan ada sebelah pihak yg akan tersingkir suatu masa nanti...

Aizat Salleh said...

Kepada AnjeRuby:
Sewajarnya peringkat kita mahasiswa perlu ada stand dlm menghadapi isu ini. Dan mesti berasaskan bukti, fakta dan merujuk sirah nabawiyah. Perlu juga diingat bahawa dalam adab berjamaah, teguran kpd pemimpin juga adalah salah satu daripadanya..

Aizat Salleh said...

Kepada Ummu Mujahidah:
Perlu berasaskan sirah, pengalaman dan meneliti politik syariyyah. Dan rujukan utama semestinya Al-Quran dan Sunnah.
Allahu a'lam..