Saturday, February 6, 2010

'Dato Saifuddin menteri KPT kami'

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Datuk Saifuddin Abdullah, timbalan menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menerima kunjungan kami 9 mahasiswa demonstrasi Sogo, tempoh hari.

Sebenarnya, beliau sendiri yang mahu berjumpa dengan kami. Beliau menghubungi salah seorang dari kami untuk bersemuka dengan kami dan bertanya khabar.

Pada saya, keterbukaan serta kefahaman beliau kepada hasrat dan kehendak mahasiswa sangat saya hormati dan sanjungi. Beliau memang seolah-olah ayah yang mendengar suara anak-anaknya. Lihatlah pandangan dan idea-idea beliau sebelum ini.

Banyak yang saya perolehi dari beliau, terutama nasihat serta pandangan. Beliau menghargai suara kami, tidak menghalang kami berdemo. Katanya : "Biarlah mahasiswa bersuara, kita orang dewasa kena kaji sebab apa mereka bersuara.."

Mulai hari ini, beliau kami lantik sebagai menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kami. Saya pasti semua mahasiswa di luar sana juga bersetuju dan sependapat dengan kami.


Dato Saifuddin buat lawak, kami tergelak

Idris serahkan memo yang tak sampai ketika demo di KPT tempohari! Tak sampai sebab polis tangkap 2 mahasiswa, polis halang naik pejabat KPT.

Hidup..hidup mahasiswa!
Student power!

4 comments:

Wardah Faqihah said...

Salam alaik

Alhamdulillah.

Maryam Muneerah Ahmad said...

ASSALAMUALAIKUM,

TERUSKAN PERJUAGAN HINGGA KEAKHIR HAYAT, HARAPNYA MATI SYAHID DI JALAN ALLAH JADI IDAMAN HATI,,(*_*)

Ibnu Sina said...

Kamu tertipu dengan taktik "Good cop, bad cop".

Anonymous said...

eh..
datuk saifuddin ni memang best..
open minded
very appreciate student..
n,
sangat la sempoi..
best dapat tukar pandangan dengannya..
kome cubalah interaksi ngn de baru tau..