oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh
Seperkara yang menjadi kelemahan kepada gerakan Islam pada hari ini adalah tertutupnya pintu berfikir dan berijtihad dalam melaksanakan satu-satu tindakan.
Apabila ahli gerakan malas berijtihad, atau disekat, maka sebuah jemaah akan menjadi sempit, jumud, tidak berkembang serta kadang-kala boleh menjadi autokrasi.
Disamping itu juga, akan wujud sindrom takut membuat keputusan, rasa keputusan tidak tepat dan akhirnya langsung tidak dapat membuat keputusan.
Sejarah ijtihad dan taqlid
Ijtihad adalah lawan taqlid. Ijtihad adalah penyelidikan dan menghasilkan keputusan, manakala taqlid adalah menerima apa sahaja tanpa usul periksa.
Punca berlaku taqlid, mengikut sejarahnya adalah apabila para fuqaha mula mengalami kurang yakin untuk berijtihad pada pertengahan abad keempat hingga kejatuhan Baghdad ke tangan Tartar pada 656 Hijrah.
Maka umat Islam ketika itu hanya mengguna-pakai hasil pandangan ulama terdahulu.
Manakala selepas daripada itu, setelah kembalinya golongan muwahhidin memerangi gejala taqlid yang melampau, membuka mata umat Islam bahawa perlunya tajdid dan ijtihad dalam memajukan ummah.
Sumber ijtihad
Ijithad sudah lama berlaku, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Hadith Muadz Bin Jabal yang masyhur, tatkala Baginda mengutuskan beliau ke Yaman, Baginda telah mengujinya bahawa dengan apa beliau akan membuat keputusan.
Beliau menjawab : "Dengan Al-Qur'an, Hadith, dan sekiranya tiada saya berijtihad dengan menggunakan fikiran saya tanpa ragu-ragu" Lalu Rasulullah tersenyum.
Satu lagi hadith Nabi s.a.w yang masyhur adalah : "Apabila seseorang hakin itu berijtihad atau berhukum, dan benar maka ia mendapat dua pahala, dan apabila salah maka ia mendapat satu pahala."
Antara prinsip dan prosedur
Apabila berijtihad, kita akan merujuk kepada prinsip di dalam Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kadang kala juga sirah Nabi s.a.w.
Maka asasnya prinsip itu datang dari Allah dan Rasul-Nya.
Apabila memegang kepada prinsip, maka ruang ijtihad sangat luas kerana kebebasan berfikir akan ditentukan melalui prinsip yang jelas.
Walaupun prosedur ada ketikanya terpaksa dilanggar atau diubah. Prosedur adalah ciptaan manusia, seperti mana sistem juga yang boleh diubah.
Penyakit
Apabila ahli gerakan gagal membezakan antara prinsip dan prosedur, maka penyakit takut berijtihad dan membuat keputusan akan berlaku.
Ditambah lagi dengan doktrin 'jangan melawan' dan 'jangan mengkritik', jika mengkritik kurang adab dalam jemaah.
Lebih membimbangkan, sekatan-sekatan dalam penjelasan dan hujah dengan berperisaikan 'status quo' di dalam gerakan meruncingkan lagi penyakit taqlid buta dalam jemaah.
Akhirnya, ahli jemaah menjadi beku. Ahli gerakan yang sedikit aktif dan lantang mengkritik dikatakan tidak beradab dan melanggar pimpinan.
Sedangkan ahli gerakan ini, jika diberi ruang yang sesuai, padang yang 'kena' dengannya, maka mereka akan menjadi 'keuntungan' kepada jemaah bagi melawan musuh.
Ahli gerakan yang rajin berijtihad dan mengkritik, akan cepat berubah. Manakala ahli gerakan yang kekal hanya sebagai mengikut, kurang berfikir akan selama-lamanya menjadi 'beku' dan ketinggalan ke belakang.
Jangan sekat ijtihad
Sekurang-kurangnya, gerakan jangan menyekat ahli-ahlinya berijtihad, membuat keputusan dan mengkritik jika gerakan tidak mampu melakukannya.
Tarbiyyah yang baik dan berkualiti adalah melahirkan ahli yang lebih baik daripada naqibnya. Dan naqib atau pimpinan yang baik akan tersenyum bangga apabila melihat ahli-ahlinya lebih hebat darinya, kerana itulah sifat tarbiyyah sentiasa melahirkan manusia yang lebih baik.
Orang yang menyekat orang lain untuk menjadi hebat, adalah orang yang tidak ditarbiyyah!
"Kefahaman asas tindakan"
2 comments:
Satu lagi boleh juga kita masukkan bagaimana sistem malaikat diaplikasikan oleh manusia. dengan alasan berhati-hati dalam memilih,padahal mereka sedang menzalim!!! inikah ISLAM dan PERJUANGAN yg dilaungKAn? hentikanlah..ISLAM akan JUMUD dgn cara itu.bg yang mencintai perObahan mereka akan lebih agresif lagi!mereka TIDAK perlukan sebarang KABEL utk hidup dalam ISLAM~sesuatu kepercayaan bukan boleh dibuang dan dicabut2..
~hidOpku Matiku Kerna Islam Bukan KRONI~
Syabas dan tahniah dengan semangat yang ada dan diharap agar semangat itu berkekalan hingga terbit buah yang boleh dinikmati mungkin oleh anak dan cucu kita nanti.
Benar ijtihad di dasari oleh 'prinsip' al-Quran dan as-Sunnah. Soalannya, adakah kita sudah menguasai 'ilmu alat' untuk memahami keduanya?. Abaikan persoalan itu jika kita berpendirian bahawa sampai bila pun ilmu takkan cukup.
Persoalan kedua. Apa yang hendak di ijtihadkan? Adakah perkara yang bakal menambahkan iman dan amal? Adakah selepas ijtihad maka semakin tawaddu' kita atau mengejar populariti dan glamer?
Awas penyakit hati yang bakal membinasakan. Ingatlah peritiwa Imam Malik yang ditanya 40 soalan, 37 daripadanya dijawab dengan 'aku tidak tahu'.
Post a Comment