Monday, January 11, 2010

Faham islam cara artis

Anne buka tudung kerana watak

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar SHAIFUDIN MOHD NOR

MELIHAT Anne Ngasri mula berhijab ternyata membuatkan mana-mana mata yang memandangnya terasa sejuk sahaja. Penghijrahan pelakon yang memulakan kariernya dari usia muda itu dilakukan selepas Anne pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Tetapi timbul cerita yang kurang manis apabila tudung Anne ini dikatakan umpama pakai buang kerana dia masih dilihat di beberapa buah drama yang baru menunjukkan auratnya itu walaupun Anne sudah memilih untuk berubah.

Anne yang ditemui ketika penggambaran drama Mayang Mengurai di Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor baru-baru ini mengakui, dia memang membuka tudung ketika berlakon baru-baru ini demi memenuhi kehendak produksi itu.

Ujar ibu anak dua ini, niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan.

"Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya se

bagai Anne Ngasri memang sudah bertudung.

"Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.

"Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau 'buka' sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.

"Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa okey," ujar isteri kepada Abdul Wafi Hassan ini lagi.

Anne pada masa yang sama menyedari pasti ada yang keliru dengan penampilan dan keputusannya itu.

Namun begitu, dia menegaskan, sebagai wanita Islam dia sudah membuat keputusan untuk menutup auratnya.

Mendapat sokongan penuh daripada seluruh ahli keluarga, Anne berkata, keputusannya untuk berhijab bukanlah atas paksaan sesiapa tetapi atas kesedaran diri sendiri.-utusanonline

1 comment:

Mohd Afiq Mohd Saleh said...

salam wbth, nice artikel untuk mengingatkan..

jangan pula satu ketika nanti Anne atau lain2 aktress menyebut: "saya terpaksa telanjang kerana mengikut skrip cerita. cuma di dalam drama, di luar saya tidak begitu, saya menutup aurat"

maaf agak kasar komen ini, tetapi sekadar sama2 kita fikirkannya