Thursday, May 20, 2010

Maksud bebas bagi mahasiswa

oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Menjawab persoalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Saifuddin Abdullah hari ini, yang merungut kerana Sudut Pidato di kampus-kampus lengang dan tidak dimanfaatkan.

Sebelum itu, tahniah saya ucapkan kerana berjaya membuat sedikit sebanyak perubahan kepada mahasiswa khususnya dari aspek kebebasan bersuara.

Kerisauan timbalan menteri itu bagi saya tidak pelik.

Bagi saya, sebenarnya kebebasan bersuara tidak boleh diukur dengan pertambahan medan-medan pidato. Banyaknya platform-platform aktiviti pelajar, atau tumbuhnya persatuan-persatuan di universiti.

Jika kebebasan bersuara diukur melalui kewujudan sudut pidato di kampus, bagi saya ia silap.

Jika kebebasan beraktiviti dan penglibatan pelajar dalam aktiviti dinilai melalui banyaknya program dianjurkan di kampus, itu juga silap.

Justeru, apa nilaiannya?

Kebebasan bagi mahasiswa adalah mereka bebas daripada cengkaman dan belenggu peraturan dan undang-undang yang menyekat mereka daripada bebas bersuara dan bergiat.

Sudut pidato misalnya, mengapa perlu ada lagi peraturan seumpama tidak boleh berucap berkenaan tajuk-tajuk yang menyentuh aspek politik, agama dan sebagainya. Lebih malang, teks ucapan perlu diluluskan oleh HEP sebelum disahkan dan disampaikan oleh pelajar. Kebebasan apa ini?

Terkini, tiga mahasiswa UKM yang diheret ke tribunal universiti AUKU atas kesalahan terlibat dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini.

Dalam perkara keterlibatan mahasiswa dengan kegiatan luar. Seringkali AUKU dijadikan senjata untuk menakutkan mahasiswa. Melarang mahasiswa terlibat dalam politik.

Di universiti beri terlibat dalam pilihan raya kampus, tetapi di luar melarang. Kalau begitu, mengapa tidak saja ambil tindakan kepada mahasiswa yang mengundi di dalam pilihan raya umum? Mereka kan terlibat politik? Pilih parti politik.. Pangkah parti politik..

Kedunguan pentadbir universiti hari ini semakin menjadi-jadi. Mereka tidak suka mahasiswa menjadi bijak, menjadi cerdik. Mereka suka mahasiswa diperbodohkan dan menjadi bodoh seumpama mereka.

3 comments:

qudwaH_Humaira' said...

ayat hujung tu berani betul ya.

Aizat Salleh said...

benar kata seorang tokoh gerakan Islam, "Universiti adalah pusat penyembelihan mahasiswa.."

محمد حذوان بن حميدان said...

entry yg membuka minda pembaca.. (^_^)