Monday, October 26, 2009

"Mahu berkahwin dengan.."

catatan: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Saya menulis catatan ini sambil mendengar alunan Kenny-G Song (titanic) yang saya perolehi dari laman blog abang saya. Hari ini saya mahu berhenti seketika berbicara isu dan gelagat politik.

Entah mengapa terditik nak menulis soal kahwin. Dua hari lepas saya ke Perak berbincang soal pertunangan. Teringat saya juga sahabat seperjuangan Fahmi Suhaimi (Setiausaha Kerja PMIUM) sudah pun selamat majlis perkahwinannya. Juga pada hari yang sama. Tahniah.

Namun sebelum tu, juga kepada ibunda tercinta Azaiah Binti Harun yang baru sahaja melepasi ulang tahun hari lahirnya yang ke-51. Orang yang paling banyak mendidik saya walaupun beliau bukan seorang guru.

Maaf jika tulisan ini terlalu peribadi. Maaf ya..

Perihal Kahwin

Ada orang bertanya saya suatu hari, "Bagaimana nak membentuk perkahwinan yang bahagia?" "Kalau boleh sehingga akhir hayat.."

Hmm.. Soalan yang sangat tajam! Sesak juga dada nak menjawabnya. Tapi bagi saya mudah saja.

"Apa tujuan kahwin?", saya bertanya kembali.

"Memenuhi tuntutan fitrah", rakan saya menjawab.

"Ok.. Selain itu?", saya menyoal kembali.

"Mengelakkan seseorang itu terjerumus ke dalam kemaksiatan", dia menjawab.

Sebelum dan Selepas

Banyak orang berkahwin, hanya memikirkan apa yang perlu dibuat sebelum kahwin. Persediaan, kelengkapan, duit dan macam-macam lagi.

"Hantarannya berapa dulang?"

"Mas kahwinnya berapa?"

"Jangan lupa ajak sedara-mara jauh dan dekat, datang kenduri.."

Tapi banyak orang tidak panjang berfikir. Apa yang akan berlaku selepas daripada perkahwinan tersebut. Seminggu, sebulan, setahun selepas perkahwinan itu.

Saya bertanya kembali, "Adakah berkahwin itu sekadar memenuhi tuntutan fitrah sahaja?"

Adat mengikut Ibadat

Kalau kita fikir, sebab apa tok nenek kita boleh bahagia perkahwinan mereka hingga ke hari ini. Nak kata bercinta macam kita, dulu-dulu bukannya ada handphone nak bersms. Kalau boleh pun, berjumpa. Itu pun masih takut-takut lagi. Tapi hubungan boleh kekal hingga ke tua.

Orang dulu yang mengikat mereka sekuat itu adalah pengamalan adat dan budaya mereka. Misalnya anak dara dahulu banyak pantang larangnya, dijaga dengan penuh cermat dan tingkah lakunya penuh hati-hati.

Berbeza dengan zaman sekarang, anak daranya sudah bebas dan terbuka. Mereka banyak terlibat aktiviti sosial dan bergaul, serta ibu bapa juga ramai yang kurang mengikat mereka.

Oleh itu, apa yang mengikat mereka ini?

Jawapannya adalah akhlak dan agamanya.

Sebab itu, kepada yang bakal-bakal berkahwin, supaya letakkan border siap-siap bahawa agama merupakan asas yang penting dalam pemilihan jodoh.

Bila agama kita letakkan awal, maka tak timbul soal adat itu, adat ini. Bersandinglah, merenjislah dan macam-macam lagi. Kerana kedua pihak memahami corak kehidupan ala apa yang diwarisi dan diaplikasi oleh satu-satu pihak itu.

Berkahwin bukan untuk diri

Dan apabila itu, maka visi dan misi berkahwin itu tidak lagi menjadi sempit tatkala kita dah letakkan sebab agama itu yang utama.

Berkahwin bukan sekadar melepaskan tuntutan fitrah, bahkan perkahwinan itu adalah untuk membina sebuah keluarga yang beriman, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, membentuk peribadi anak-anak menjadi pemimpin yang baik pada masa depan, dan akhirnya membuahkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera yang mengamalkan nilai-nilai Islam.

Dan matlamat berkahwin itu sudah tidak lagi menjadi tuntutan individu diri sendiri, malah semakin luas lagi untuk membina sebuah khilafah Islam sejagat.

Selamat berkahwin kepada semua yang bakal berkahwin. Berkahwinlah untuk agama bukan untuk diri sendiri.

Kepada Abg Dzulkhairi, abg Shahir dan Abg Yusri dengan pasangan masing-masing yang bakal berkahwin. Khususan ila Abang Afiq yang bakal bertunang.. Selamat berbahagia..

1 comment:

M-Aida said...

Salam 'alaik..

Hmm,ana baru baca blog SUA PMI smalam..
Bicara mengenai perkahwinan juga..
Seakan2 bsar sgguh glombang ombak yg SUK PMI bawa dan mghempas pd qalbu kalian..
Apa2 pun, ana doakan smoga ust. dpertemukan dgn yg tbaik utk khidupan ust. sbg pdakwah..
Ana stuju sgt dgn pdapat ust. tu,berkahwin utk agama, bukan utk diri sendiri..
hmm,sbb tu la jg ana lbih prefer plih non-muslim meskipun ana dberi plihan seorg mujahid..
kan bgus andai ust. pun memiliki pndgn spt ana..
Apa2 pun jdoh ptemuan d'tgn ALLAH..
Wallahu'alam..