Saturday, December 26, 2009

'Amilin dan kompetensi

oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Prakata

Sehingga hari ini, jika boleh dibilang, ia terlalu sedikit dan masih jauh untuk menemui seorang petugas Islam (amilin) yang betul-betul kompeten dan memiliki keperibadian daie yang lengkap dan sempurna.

Dengan perjuangan yang panjang, dan cabaran yang bersimpang-siur, gerakan Islam khususnya memerlukan petugas-petugas yang bisa menjawab keperluan dan menghilangkan kehausan ummat terhadap kecerahan Islam.

Kedahagaan ummat kepada daie

Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya di tengah-tengah manusia”

Seorang amilin haraki, adalah Muslim yang dapat mengembangkan nilai-nilai perjuangan Islam di tengah masyarakat dan dia adalah pembawa risalah Islamiyyah dalam kehidupan ini. Sedapat tidak para Nabi dan Rasul dijadikan role model untuk dirinya.

Mereka ini semuanya manusia-manusia yang hidup aktif di tengah-tengah masyarakat, bergaul dengan mereka, makan dan minum bersama mereka, berpenat-peluh dalam kerja-kerja masyarakat, lalu bermuamalah dengan mereka melalui gambaran Al-Quran dan sabda Nabi s.a.w.

Murobbi yang dirujuki dan dirindui

Disamping itu, seorang amilin haraki didalam masyarakat adalah sebagai penasihat (nasih) yang dirujuki dan sentiasa memberi pandangan yang membina.

Kata-kata dan tindakannya selalu positif dan membangkitkan iltizam dan semangat kerana berpaksikan agama itu sebagai “Ad-diin an- nasihah” (agama sebagai nasihat).-Hadis Nabi s.a.w


Tugas yang paling besar dan berat

Tidak perlu pergi jauh dan berbincang perkara-perkara yang panjang dan kompleks, hanya merenungi hadis diatas,kita melihat kerja utama bagi seorang amilin haraki adalah sebagai juru nasihat kepada ummah.

Nasihat itu agama, kerana di dalamnya terkandung semua keperluan dan kedahagaan manusia. Manakala, agama itu adalah nasihat kerana dengan cara itulah bagi kita untuk mencapai keperluan-keperluan tersebut. Justeru, tugas juru nasihat adalah tugas yang besar dan berat. Ibarat menanggung sebuah agama.

Namun, keberatan itu hanya dinilai sebagai cabaran dan mehnah. Perjalanan yang harus dilalui. Biarpun panjang dan tidak berkesudahan. Sehingga kadang-kadang mereka kehilangan perkara-perkara yang mereka miliki. Keluarga, harta, kasih-sayang malah jiwa, semata demi membayar harga sebuah perjuangan.

Persiapan amilin munazzamah (pekerja yang strategik)

Al-Ustaz Imam Hassan Al-Banna, menggariskan hanya dua perkara penting dalam mendepani sebuah gerakan dalam menyelesaikan persoalan ummah. Para amilin yang iltizam, haruslah menjauhkan diri-diri mereka daripada terjebak dengan dua perkara ini.

Rosaknya hubungan dengan Allah

Benteng dan motivasi paling ampuh bagi seorang amilin adalah kuatnya pergantungan dirinya dengan Allah. Ini bermakna, seorang petugas Islam akan meletakkan sepenuh pengharapan akhir dalam segenap strategi dan gerak kerjanya kepada Allah.

Begitu juga dalam perjuangan, mereka tidak meletakkan nilaian kemenangan itu penentunya, bahkan dalam usaha yang bersungguh-sungguh. Ini kelebihan para amilin berbanding musuh-musuh mereka.

Banyaknya bertelingkah

Perpecahan yang berlaku hari ini ibarat menjauhkan lagi jemaah-jemaah Islam antara satu sama lain. Sedangkan antara mereka bertanggungjawab menjadi penampung antara satu sama lain. Bahkan lebih dari itu dalam matlamat juang.

Di sini, konsep ukhuwwah yang utama adalah salamatu as-sadri (berlapang dada) serta ithaar (mendahulukan orang lain) dalam ikatan sesama jemaah. Ia pastinya akan mengurangkan bibit perpecahan apabila masing-masing menerima pandangan antara jemaah.

Akhir

Dan barangkali, sudah tiba masanya para amilin mengorak langkah baru dalam mendepani dakwah yang bersifat global dan kompleks. Persediaan memahami waqi (keadaan) adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.

4 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

perkongsian yg amt berguna, semoga diberikan kekuatan utk terus menulis..amin (^_^)

Soul Ihya' Yakuza said...

amat setuju dengan adikanda sy y diatas itu...

Soul Ihya' Yakuza said...

tertarik dengan part ni..

Seorang amilin haraki, adalah Muslim yang dapat mengembangkan nilai-nilai perjuangan Islam di tengah masyarakat dan dia adalah pembawa risalah Islamiyyah dalam kehidupan ini. Sedapat tidak para Nabi dan Rasul dijadikan role model untuk dirinya.

Mereka ini semuanya manusia-manusia yang hidup aktif di tengah-tengah masyarakat, bergaul dengan mereka, makan dan minum bersama mereka, berpenat-peluh dalam kerja-kerja masyarakat, lalu bermuamalah dengan mereka melalui gambaran Al-Quran dan sabda Nabi s.a.w.

kenapa kdg2 dalan keterujaan mahasiswa dan mahasiswi pendokong gerakan islam terlalu teruja dengan aspek haraki sehingga meminggirkan aspek ilmiyyah y sepatutnya menjadi awlawiyyat mereka..setidak tidaknya berusaha sedaya upaya untuk cemerlang dalam kedua-dua aspek tersebut tanpa mengorbankan salah satu...

ini adalah sekadar pandangan sy y mengandungi kelemahan.....

cuma sy hrp saudara dpt bagi sedikit idea sbg perkongsian bagaimana caranya agar teks turath y ditadabbur oleh para amilin kita tak statik hanya pada syeikh hasan banna dan ikhwanul muslimin..(walaupun sume kitab trsebut adalah khulasah dan ringkasan kpd pmslhn umat y terbaik dn terkini ) namun turut membuka mata pada kitab2 dr mujahid lain spt gerakan tullab nur di turki pimpinan fethullah gullen...

Aizat Salleh said...

Kpd Hazwan dan Yakuza:
Saya sependapat dengan akhi. Maksud disini apa sahaja nilai2 keIslaman yang boleh membawa kepada seorang amilin itu diterima dan dihormati masyarakat adalah sgt perlu dipraktikkan oleh amilin.