Tuesday, August 19, 2008

AUKU : Dari Bilik Kuliah ke Parlimen

catatan : Mohd Aizat Bin Mohd saleh
“Mahasiswa sudah kembali ke zaman gemilangnya semula!” Itulah ungkapan yang boleh saya perkatakan tatkala melihat laporan berita yang disiarkan oleh Buletin Utama jam 8.00 malam tadi.
200 mahasiswa berdemonstrasi membantah pindaan AUKU yang bersifat kosmetik dan ‘main-main oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Beberapa hari lepas sahaja, SMS saya terima berkenaan event tersebut. Lantas saya fowardkan mesej tersebut buat rakan-rakan aktivis mahasiswa yang lain. Masing-masing bertanya, tatkala seakan ragu-ragu berikutan ada beberapa kejutan bakal dilaksanakan.
‘Tak Bai’ di Parlimen
Selepas lebih kurang 10 minit kami terpacak di hadapan Parlimen, sambil ditemani abang-abang POLIS dan SB, front leader mengarahkan kami berbaring di atas jalan raya. Inilah kali pertama dan terakhir demonstrasi yang pernah saya sertai bertindak sebegini. Suatu pengalaman yang sukar dilupakan!

Ada beberapa ketika juga, abang-abang POLIS bermain tarik-tarik tali bersama kami. Saya seakan lucu juga tatkala ada seorang polis yang begitu geram dengan replika ‘mayat’ yang kami usung bersama-sama. Mungkin kecut melihat mayat yang berkafan itu.

Demonstrasi kami disertai hujan renyai-renyai dan beransur lebat apabila beransur 1 jam kami di sini. Delegasi dihantar mewakili beberapa gerakan pelajar, antaranya SMM, GMMA dan GAMIS bagi bertemu sendiri dan meminta jawapan daripada menteri KPT.

Fenomena yang tidak Bisa Dihalang
Saya teringat kata-kata seorang aktivis gerakan, saudara Shekh Omar. Katanya, gerakan mahasiswa umpama sungai yang mengalir, biarpun disekat dengan batu, ia pasti mencari ruang untuk mengalir.

Benar. Saya akui perjuangan mahasiswa dahulu punyai zaman emas. Tidak hairan, pemimpin yang lahir kini umpamanya Dato Seri Anwar ibrahim, Dato’ Shabery Chik, Hishammudin Rais, dan lain-lainnya miliki lagenda tersendiri. Itu dahulu.

Bagi saya, mahasiswa yang lahir dalam akta hari ini tempuhi perjuangan yang lebih sukar berbanding dulu. Dalam cengkaman keras AUKU oleh pemerintah yang tidak berhati perut, masih terbit suara-suara menuntut keadilan dan pembebasan biarpun berhadapan dengan risiko buang universiti.

Sehingga hari ini, pejuang-pejuang mahasiswa seperti saudara Azlan Zainal (PMN), Dzulkhairi (GAMIS), Shazni Munir (GMMA) serta beberapa student leader yang lain, masing-masing mencatat sejarahnya tersendiri. Bukan mereka sahaja, malah ramai lagi yang sudah merasai bisa perjuangan berhadapan pihak berkuasa serta HEP universiti masing-masing.

Walau bagaimanapun, sejara tetap terlakar. Demonstrasi demi demonstarsi tidak akan luput. Suara-suara serta pekikan student power, we unite for justice dan hidup mahasiswa tetap bergema selagi mana masih ada jiwa-jiwa juang anak muda yang memahami sejarah negara dan sedar akan masa depan generasi akan datang.

Percayalah! Kita berjuang bukan untuk kita.. bahkan untuk orang yang hidup selepas kita..
Berita, video dan gambar mengenai Demonstrasi bantah AUKU di hadapan Parlimen. Sila layari:

3 comments:

Shafie Hashim said...

Bagi ana, demo parlimen kelamarin, tidak lagi menggambarkan jiwa mahasiswa yang sayangkan kebenaran sepenuhnya. Andai kata kita mati/ di jail di depan parlimen ,masih wujudkan student leader yang enta katakan akan membela dan menerukan perjuanan ini?.Ana mengutuk keras mahasiswa yg masih lena ,dan berseronok dengan kepentingan diri sendiri. Labih-lebih lagi mereka yang menggelarkan diri sebagai mujahid dan mujahidah. Kita tidak minta nereka untuk menjadi front tetapi cukup sekadar meramaikan majlis tanda partisipasi kita bersama..susah senang bersama tak bolehkah????. Jangan mimpi nak demo macam PKS, n macam-macam lagi kalu demo yang sikit ni pun banyak pertimbangan.

Aizat Salleh said...

terima kasih pie.
ya..benar. bagi ana mesti diperkuat sudut tarbiyah ahli masing2 dahulu.memberi kefahaman bhwa demo adalah medan jihad/perang,baru dapat roh berjauang.kalau mati pun dah redha segala-galanya.apa pun, kita kena muhasabah.syukran.

Unknown said...

sekiranya benar hasrat kalian untuk perkemaskan TARBIYAH silakan!!! TERUS!!!!