Thursday, January 1, 2009

Terpaut Pada Mujahidah

Hari ini sudah genap setahun. 2008 melabuh tirai, 2009 menjengah. Saya mengatur-atur apakah pula azam tahun baru ini. Mahu lebih baik dari tahun lepas? Ah..itu ayat lama.. Dah biasa dengar!

Malam tadi, saya dengan beberapa sahabat ikut serta dalam ekspedisi dakwah malam Tahun Baru di Taman Tasik Titiwangsa. Program ini adalah aktiviti tahunan menjelang datangnya pesta-pesta sebegini. Namun, kali ini rasa agak lain sikit. Eager untuk memesrai tumpul. Saya rasa mungkin disebabkan jumlah crowd kami agak ramai. Rasa 'zouk' untuk approach juga berkurang.

Yang nak saya ceritakan di sini, dalam crowd, yang saya sebagai ketuanya, tatkala separuh jalan kami berdakwah, datang tujuh student perempuan berpurdah daripada kolej Islam sekitar Selangor. Katanya mahu terlibat sekali. Saya lantas mengalukan kehadiran mereka.

Sepanjang ekspedisi dakwah, saya lihat merekalah orang yang paling bersemangat dan aktif approach mad'u. Kalah lelaki yang lain dalam kumpulan saya. Sewaktu operasi, mereka tidak mengenakan purdah.

Akhir ekspedisi, kami buat sesi sharing moment tentang pengalaman atau perkara baru yang diperoleh sepanjang perjalanan. Sungguh saya agak terharu mendengar luahan rasa. Rata-rata berasa kecewa tak dapat bertemu ramai mad'u, masih belum puas mendekati dan memesrai. Sehinggalah saya tersentak satu kata daripada salah seorang tujuh muslimat yang berpurdah. "Kami sebenarnya ijtihad membuka purdah kami untuk ikut ekspedisi ini. Jika tidak kerananya, kami tidak sesekali buka. Tempat pengajian kami langsung kami jaga dengan baik."

Saya balik dengan banyak pertanyaan. Apakah purdah penghalang seseorang berdakwah? Purdah memalitkan imej 'gerun'kah? Atau langsung memburukkan Islam ? Mengapa? Berpurdah tak boleh berdakwahkah?

Jawapannya ada pada diri dan sikap anda!

3 comments:

Ummu Syazwina said...

salam alaik,

soalan yang dilontarkan itu sebenarnya atas diri individu itu sendiri bagi ana. Bagi ana x mustahil muslimat berpurdah mampu berdakwah dan approach mad'u. Setiap individu dilahirkan berbeza dan melihat kepada cerita nta, Muslimat itu ramai dan itu mungkin salah satu kekuatan mereka.

Ana kerap juga berbincang dan memikirkan persoalan ni, rata-rata mengatakan alasan waqi di Malaysia berbeza..(???)

bagi ana, main point penting bagi seorang pendakwah adalah peribadi,dan kesediaan (ilmu dan kekuatan) mereka untuk turun ke medan.

Tiada beza muslimat berpurdah dengan x berpurdah jika hadirnya tidak memberi kesan pada org sekelilingnya.
-muhasabah diri sendiri.

~Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan...~

sekadar pandangan,
wallahua'alam.

ruhooljadid said...

salam..
pemakaian purdah adaalah sesuatu yang baik.malah digalakkan oleh islam bagi menjaga daripada fitnah dan menjaga kesempurnaan akhlak dan aurat.
namun ia bukanlah satu penghalang bagi menjalankan misi perjuangan islam yang lebih besar serta menyampaikan mesej dakwah kepada umat islam.
yang jelas, misi dakwah bukan terletak pada bahu muslimin sahaja, benih-benih perjuangan muslimat perlu dicambahkan seiring dengan ramainya populasi wanita pada hari ini..
salam dakwah.
senyum sokmo.

ruhooljadid said...

salam
pemakaian purdah adalah sesuatu baik..
tetapi bukanlah ia sebagai satu penghalang untuk berdakwah...
biarlah kita mengorbankan pemakaian purdah kita demi menyelamat ummah..
walaupun saban hari kita menjaga aurat kita dengan sebaik-baiknya alhamdulillah namun kewajipan amar makruf bukan terletak pada bahu lelaki sahaja..
ayuh wahai mujahidah kuatkan azam, buangkan sifat keankuhan untuk menyambung risalah Rasullullah saw.