Sunday, January 13, 2008

ANTARA DOKTOR DAN TELEVISYEN



BARU-BARU ini, tanah air kita Malaysia digempari lagi dengan peristiwa kehilangan kanak-kanak. Kali ini Sharlinie Binti Mohd. Nashar pula menjadi mangsa. Anak malang tersebut dilaporkan hilang sejak hari Rabu yang lalu. Sehingga hari ini, tidak kelihatan tanda-tanda dia dijumpai. Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi merayu agar penculik tersebut memulangkan kanak-kanak malang berusia 5 tahun itu ke pangkuan keluarganya. Sebelum daripada ini, Nurin Jazlin Jazimin juga mengalami nasib yang sama, namun berakhir dengan kematian yang tragis. Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh, Datuk S.Krishnasamy mati ditembak.

Jika disoroti sejarah peristiwa jenayah yang berlaku dalam masyarakat kita, penuh dengan kisah-kisah yang sangat memilukan. Saya tidaklah mahu menyenaraikan kes-kes dan peristiwa yang terjadi pada masyarakat kita, cukuplah apa yang kita dengari dan lihat. Lantaran itu, pelbagai usaha yang dilakukan. Bermula dengan pihak kerajaan, mahukan masyarakat lebih berhati-hati, ada juga yang mahu mengambil tindakan tegas dan sebagainya. Bagi pihak polis, mahukan CCTV dipasang lebih banyak agar jenayah dapat diatasi. NGO-NGO pula sibuk dengan desakan-desakan kepada pihak kerajaan agar mengubah itu dan ini. Akhirnya masyarakat yang menjadi mangsanya.
Sedar atau tidak, kita sebenarnya ibarat ‘gajah sibuk bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah’. Begitulah gambaran yang boleh dianalogikan. Pihak-pihak yang ada kuasa sibuk dengan idea-idea baru kononnya mahukan perubahan yang lebih baik kepada ketamadunan bangsa dan negara, sedangkan basic work nya ditinggalkan.

Cukuplah kita halwa kan telinga kita dengan siri-siri kes pembunuhan, kecurian dan rompakan. Cukuplah kita diresahkan dengan berita-berita menyayat hati kehilangan kanak-kanak. Hari ini mungkin anak si dia, esok mungkin anak kawan kita, lusa barangkali adik kepada jiran kita, tetapi mungkinkah tidak akan berlaku kepada anak kita?? Jika begini, barulah kita nak sedar? Ataupun apabila orang tersayang hilang, baru kita tersentak?

Sesungguhnya, seperti ungkapan di perenggan yang ketiga tadi, sebenarnya kita punyai jalan penyelasaiannya. Kita ada rujukan. Kita ada kaedah. Cuma, ego dan bongkak kita yang menafikannya. Ataupun mungkin kerna kejahilan kita barangkali. Tapi sampai bila kita mahu ego dan bongkak? Sampai bila kita akan terus-terusan jahil?
‘Perlembagaannya’, kaedahnya ada, penyelesaiannya juga ada. Itulah Al-Qur’an Al-Karim dan As-Sunnah As-Syariff. Dua rujukan besar dan lengkap buat manusia keseluruhannya. Tidak perlukan kata-kata yang advance, cukuplah ayat-ayatnya yang menyentuh perihal kehidupan manusia. Sesungguhnya, kita diciptakan Allah, maka Allah tahu kehendak, masalah dan jalan keluar untuk manusia yang diciptakannya.

Akhirnya, saya bawa satu contoh yang mudah. Seorang doktor membeli sebuah televisyen jenama SONY yang berharga RM1,200. Agak mahal. Suatu hari entah macam mana televisyennya rosak. Tak boleh ‘hidup’. Lalu dia menghantar televisyen tersebut ke kliniknya, kerana di sana ramai doktor-doktor pakar yang dapat menyelesaikan masalah televisyennya. Dengar macam ‘bodoh’ bukan? Tetapi itulah hakikat yang berlaku pada kita kini. Begitulah, manusia. Apabila ditimpa sesuatu masalah kembalilah kepada siapa yang menciptakan kita. Semestinya Allah s.w.t tempat rujukan. Justeru, Dia memudahkannya dengan mencipta satu buku panduan yang lengkap iaitu ‘Al-Quran’. Apa yang kita mahu lagi??

Kembalilah kepada Al-Quran...

2 comments:

Shafie Hashim said...

bukan pe keselamatan negara kita sekarang ni hanya tertumpu kepada gologan yang berprofile tinggi sahaja..pihak polis la yang punya pasal nie..yang lain tu hanya masalah picisan sahaja..cuba bayangkan statistik mengatakan pada tahun 2007 hampir 10 orang atau lebih di rogol dalam masa satu hari di malaysia...kes bunuh,,rompak,,samun ,belum fikir lagi,semua ni sapa yang bertanggungjawab kalau bukan polis!! betul x ?,seharusnya pihak polis perlu lebih tegas dan indipendent di dlam menyelesaikan masalah ini..jangan hanya rakyat buat demontrasi sahaja baru nak sibuk-sibuk tunujuk belang masing-masing..

Aizat Salleh said...

Benar..bila manusia sudah jauh dari Tuhan, maka Allah akan turunkan balanya..W'alam.