Monday, January 21, 2008

Redha Manusia lebih penting dari Redha Allah??


“Habislah kau, tak siap kerja tu, nanti bos marah, padan muka..!”

”Kerja ni kena sharp, tak boleh tangguh, kena on time, malam ni nak bentang pada ketua dah..”

”Tinggallah yang lain-lain dulu, kerja ni kena bereskan cepat. Bising dia nanti.. ”


Ungkapan-ungkapan ini amat selalu didengari lewat telinga-telinga kita dan semestinya ia menusuk ke dalam kalbu. Pabila ia disebut, maka akan seperti cacing kepanasanlah kita ke hulu dan ke hilir untuk memenuhi tuntutan tersebut. Perkara-perkara lain ditinggalkan. Kerja didahulukan. Yang rasa kurang penting, (walaupun penting sebenarnya) langsung tidak ditoleh. Yang pastinya kerja itu mesti dibereskan!

Zaman-zaman sebegini, ia memang sering berlaku. Lebih-lebih bagi individu-individu yang bekerja syarikat-syarikat besar di kawasan bandar dan khususnya juga kepada organisasi-organisasi persatuan yang bergerak. Bagi saya, ia suatu yang baik, kerana memberi momentum atau desakan kepada pekerja untuk lebih laju bekerja.

Tapi, ada sesuatu yang patut diperhatikan di sini dan kurang sesuai berlaku.

Saya banyak melihat orang-orang yang bekerja sedemikian. Kadangkala ada yang sedikit tertekan. Kebanyakan rakan-rakan saya yang bekerja dalam situasi ini. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memenuhi tuntutan tersebut. Tetapi, kalau boleh situasi itu juga di praktikkan jua di dalam setiap ibadah kita. Misalnya solat.

Kita mahu majikan kita melihat kita hebat bekerja dengan mengikut masa yang ditetapkan, dengan harapan boleh memperolehi pujian atau sekurang-kurangnya ’naik pangkat’. Tapi dengan Allah? Solat yang Allah perintahkan, kenapa tak sharp atau on-time sebagaimana kerja kita tu?

Saya nak membawa contoh (tapi bukan nak mengaibkan), seorang kawan saya, kuliah start 8 pagi, solat subuh pukul 6 pagi, tak buat, tak bangun pun. Tapi, bila jam tepat 7.50 pagi, terkocoh-kocoh bangun dan terus mandi untuk ke kuliah. Tak pelik ke? Kuliah yang tak wajib (di sisi syarak sebab tak distatekan dalam al-Qur’an, ia tuntutan sahaja) boleh pergi, tapi solat yang terang-terang dalam Al-Quran disebut kewajipannya...diketepikan sahaja.

Sebab itulah kita sekarang jauh dari Tuhan, jauh dari Agama dan tinggalkan kewajipan-Nya. Dan Allah pun banyak menunjukkan bala dan azabnya. Sampai suatu masa nanti, apabila Allah terbitkan matahari dari Barat, maka tiadalah gunanya taubat kita.

Fikir-fikirlah..

1 comment:

Humayra' said...

Salam ziarah....
terima kasih atas perkongsian nie..
mmg betul, sekarang ramai yg cari redha manusia lbih dr redhaNya.
kadang2.. diri sendiri pn sama. jika Allah x sedarkan, nauzubillah..
psl 'redha manusia' mlebihi 'redha rabb' ni.. bnyk sgt kita tertipu.. dgn kawan, lecturer, parents...

moga kita berjaya mendapat redha Illahi yg lebih kekal abadi..